bab 6

58 1 0
                                    

"Amboi.. berseri-seri muka bakal tunang kita ni" kata Eliza sambil membawa dua mug dan diberikan kepada sahabatnya, Qaisara. Mereka sedang duduk di ruang tamu.

"Eh? Berseri ke? Memandai je kau ni.." kata Qaisara. Dia mengambil mug yang dihulurkan.

"Hmm.. nanti.. sunyi la rumah ni. Tinggal aku sorang jela nanti." Kata Eliza sebak.

"Ishh, kau ni.. ha, ni la yang aku tak suka. Emo sangat la kau ni. Aku boleh datang sini bila2 yang aku nak and..kalau aku nak tido sini pun, aku rasa Rayyan bagi la." Kata Qaisara sudah cuba memujuk kawannya itu.

Memang dari mula diberitahu tentang pertunangannya, Eliza sudah sedih dan nak menanggis. Tapi, nak buat macam mana terima jela ada kawan yang emo macam ni. Haha

"Tapi.. seorang isteri mestilah dengan suaminya" kata Eliza. Mulutnya sudah memuncung.

"Dah macam itik dah aku tengok kau ni. Aku kahwin lambat lagi la. Chill la.."

"Hmm.. harap-harap aku pun jumpa jodoh lah. Boleh duduk dengan laki aku. Takde la aku kesunyian. Cehh.." Kata Eliza. Dia sudah berangan sambil tersenyum-senyum.

"Aminn.. harap-harap muka dia macam lee min ho kau tu la ye" kata Qaisara. Dia memerli sebenarnya.

"Aminn" Eliza sudah meraup mukanya mengaminkan kata-kata Qaisara.

"Eh, kau jadi pengapit aku tau nanti" Qaisara sudah tersenyum.

"Of course la. Eh jap, kau ni happy semacam je. Tunang pun belum lagi. Aik.. ni mesti ada apa2 ni.. cerita la.." Eliza sudah mula mengorek rahsia.

"Aku rasa.. Rayyan ni sweet lah." Qaisara sudah tersenyum-senyum menampakkan lesung pipitnya.

"Mana kau tau? Bukan kau cakap yang korang jumpa time business je ke?" Kata Eliza

"Tadi dia datang office aku. I mean, office papa aku. Dia ajak aku lunch." Eliza hanya menggangguk dan meminta dia meneruskan cerita.

"Kitaorang makan. Kau tau tak, tiba2 Emir muncul. Macam pelesit" kata Qaisara sambil membuat muka. Kemudian dia ketawa sendiri.

"Emir? Emir yang kau cakap dia nak bagi kau masa untuk suka dekat dia tu ke?" Tanya Eliza sudah mula berminat dengan cerita Qaisara. Qaisara menggangguk.

"So, what happened?"

"Emir sampai nak tumbuk aku bila aku cakap aku tak suka dekat dia. But, nasib Rayyan jadi hero. Dia dah tumbuk Emir sebelum Emir tumbuk aku."

"What?!!" Jerit Eliza. Qaisara yang hendak minum tersedak kerana terkejut dengan jeritan Eliza.

"Kau ni.. tak yah over." Qaisara memukul lengan Eliza. Alah, pukul2 manja je.

"Emir nak tumbuk kau? Tak jentle la.. " kata Eliza

"Apa2 jela. Yang aku tau sekarang, Rayyan boleh jaga aku. Aku cuma nak tau satu je lagi."

"Apa dia?"

"Aku nak tau yang dia boleh bimbing aku ke tak" Eliza sudah menukar siaran tv. Agaknyatadi dia tak dengar kata2 Qaisara.

XXX

"Sayang, sayang.. please, forgive me. Bagi saya satu peluang.. satu je lagi peluang.. please.. i'm begging." Kata Emir dia sudah mengejar-ngejar Qaisara.

Hari ni Qaisara datang awal ke pejabat kerana ada kerja melambak semalam tak siap. Tak disangka pula Emir pun ada sama.

Qaisara mengambil kertas dan membuat kerjanya kemudian membelek-belek fail. Sengaja saja dia menyibukkan dirinya kerana tidak mahu diganggu Emir.

i hate you , i love youWhere stories live. Discover now