bab 8

43 1 0
                                    

Qaisara mengesek-gesek matanya. Dia mengerling ke arah jam di dinding. Oo.. baru pukul 10.30. What?!! 10.30?!!

"Alamakkk lupa nak call papa. Bangun lambat pulak tu. Damn!!" Kata Qaisara terus bangun dan mencari telefonnya. Dia mencari nama papa.

Haihh.. ini semua salah Rayyan la ni. Sepanjang malam aku fikir pasal dia !

"Hello, assalammualaikum papa?"

"Ha, Sara where are you? Kenapa tak masuk office lagi ni? Dah pukul 10.30 dah ni.."

"I'm so sorry papa. Sara lupa nak call bagitau yang hari ni Sara tak masuk office. Tapi setahu Sara, hati ni takde meeting penting kan?"

"Memang takde.. takpe lah. Kamu cuti lah. Rehat-rehat sikit."

"Ok, thanks pa. Eh kejap kejap." Kata Qaisara. Dia ada soalan yang ingin ditanya.

"Haihh.. apa lagi ni Sara. "

"Err.. Sara nak tanya, papa dah pecat Emir ke belum?" Dato Karim mengeluh.

"Not yet. I don't know if i should do that. Dia bagus bekerja Sara. Susah papa nak cari salah dia." Rendah saja suaranya.

"Papa please.. for me. Sara tak nak lah nanti dia tak dapat Sara, dia balas dendam dengan syarikat kita pulak."

"Papa pun tak tau lah apa jadi dengan kamu berdua ni.. tapi papa cubalah." Dato Karim mengalah.

Selepas memberi salam, talian dimatikan. Banyak lagi masa sebelum pergi ke pejabat Rayyan. Dia mengambil tuala dan mandi. Nak siap lawa2 sikit.. hahaha

XXX

"Hello, can i meet Rayyan?" Kata seorang wanita kemudian membuka kaca mata hitamnya.

"Cik ada buat appoinment?" Kata Lily, pembantu Rayyan.

"Perlu ke saya buat appoinment untuk jumpa boyfriend saya?" Kata wanita tadi sedikit meninggi suaranya.

"Maaf cik, kalau cik tak buat appoinment, cik tak boleh jumpa Tuan Rayyan."

"Like i care" kata wanita itu kemudian terus berjalan mahu masuk ke dalam bilik Rayyan.

Lily memegang dan menarik tangan wanita itu. Tetapi nampaknya wanita itu lagi ganas. Dia menolak-nolak Lily ke belakang. Sampai sahaja di hadapan bilik Rayyan, terus dia menolak pintu kasar. Menyebabkan Rayyan bangun dari duduknya.

"Sayang.. tengok staff you ni. Dia tak bagi I masuk.. " kata wanita tadi tergedik-gedik.

"Maaf Tuan, saya dah cuba halang dia." Kata Lily kemudian tunduk.

"Takpe Lily, kamu boleh keluar." Lily mengganguk kemudian berlalu keluar. Wanita tadi tersenyum sinis.

"Sayang.. how are you? Kenapa dah lama tak nampak?" Kata Wanita itu kemudian berjalan ke arah Rayyan. Rayyan mengekuh kemudian terus duduk di tempatnya, menyambung kerja yang terhenti tadi.

"What do you want, elly?" Tanya Rayyan tanpa memandang wanita yang digelar Elly itu.

Elly duduk di atas meja. Sebelah tangan kiri Rayyan.

"I miss you sayang.." kata Elly kemudian cuba untuk mencium pipi Rayyan. Tapi dengan pantas Rayyan menolaknya. Rayyan bangun

"What the hell are you doing Elly?! For your information, I dah bertunang!" Jerit Rayyan. Walaupun belum bertunang, dia tidak kesah. Yang dia tahu, dia tidak mahu diganggu dengan wanita bermekap tebal ini.

Elly terkejut mendengar kata-kata Rayyan. Dia turut berdiri.

"Bila?! You jangan nak tipu I. That's not even funny!"

i hate you , i love youWhere stories live. Discover now