bab 9

63 0 0
                                    

"Bila saya boleh masuk meminang?" Tanya Datin Ros.

"Bila-bila pun boleh." Datin Marliza mengambil cawan dihadapannya lalu menyicip sedikit.

"Kita buat grand grand nak perkahwinannya?" Tanya Datin Ros.

Mereka duduk di kerusi yang ditempatkan di dalam butik Datin Ros.

"Of course.. kalau boleh saya nak buat wedding of the year"

"Nanti baju kahwin tu pilih dekat butik saya ye. Jom lah tengok2 dulu."

"Ok jom" mereka berdua bangun. Datin Ros mengambil album baju-baju kahwin.

XXX

Pintu diketuk oleh Datin Marliza.

"Dah siap?" Tanya Datin Marliza. Dia memandang anaknya yang duduk di atas katil. Bajunya cantik berwarna putih bersulamkan manik-manik kecil. Mak andam yang menyiapkannya keluar.

"Dah ma. I'm nervous." Kata Qaisara. Datin Marliza duduk di sebelah anaknya.

"Biasalah tu. Mama dulu pun sama." Kata Datin Marliza sambil menggengam tangan Qaisara.

Qaisara tersenyum. Mamanya memang betul2 dah berubah. Sangkanya, mamanya hanya berpura-pura sahaja. But, people can change right?

"I want to ask you something" kata Datin Marliza. Qaisara mengganguk. Datin Marliza menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan.

"Kamu pasti ke dengan pertunangan ni? Mama rasa menyesal sangat sebab paksa kamu? Kalau kamu tak nak, madih sempat lagi Sara." Mata Datin Marliza sudah berkaca.

"Ma, what are you talking about?" Dahi Qaisara berkerut.

"Sara ok je nak kahwin dengan Rayyan. He's a good boy. He's nice. I like him." Kata Qaisara dengan senyuman. Dia memang dah suka dengan Rayyan pun. Suka sebab keprihatinan Rayyan padanya.

"Really?" Tanya Datin Marliza. Dia tersenyum.

Pada mulanya, memang dia ada niat jahat. Dia inginkan harta yang ada pada keluarga Rayyan. Dia juga tidak mahu suaminya terus-terusan menanggung Qaisara. Tapi, dia sudah mula sedar. Apa salah Qaisara padanya? Dia yang mendera Qaisara sedangkan Qaisara tidak pernah sekali pun membalas perbuatannya.

*flashback* (time ni, Marliza dengan Karim belum jadi dato&datin)

"Liza, akak harap kamu dapat jaga anak akak macam anak kamu sendiri kalau akak takde nanti. Akak tak tau nak harap dekat sapa lagi. Kamu je satu-satu harapan akak."

"Iye kak. Kami janji. Akak jangan banyak fikir. Akak tu dah nak bersalin." Kata Karim. Marliza hanya menjeling kepada suaminya. Dia mendokong anaknya.

" Puan, rasanya puan dah boleh melahirkan. Mari masuk ke dalam" kata seorang jururawat wanita.

"Ingat pesan akak ye, mar, kasim." Kata Marlia. Kakak kepada Marliza.

"Iye kak. Kami ingat." Balas Karim. Dia memandang isterinya yang buat tak tahu. Selepas Marlia dibawa pergi, Karim menegur isterinya.

"Awak ni dah kenapa? Diam aja. Kakak awak kan nak melahirkan tu. Dia dah lah takde sokongan dari siapa-siapa." Marliza memandang suaminya tajam.

"Siapa suruh dia kahwin dengan penagih dadah? Kan dah kena tinggal. Yang awak pun satu, pandai-pandai aja nak berjanji dengan dia. Kita ni baru aja nak dirikan syarikat. Tambah lagi dengan anak dia. Tak ke menyusahkan nanti?" Datin Marliza menjeling suaminya.

"Astraghfirullahaladzim.. apa yang awak cakap ni, Mar? Awak sedar ke tak apa awak cakap ni? Dia tu kan kakak awak. Anak yang dilahirkan nanti tu pun anak saudara awak jugak."

"Saya sedar lah apa yang saya cakap. Awak tu yang tak sedar." Marliza masih lagi melawan suaminya.

"Saya tak faham la, kenapa awak benci sangat. Dendam sangat dengan kakak awak tu." Marliza tersenyum sinis.

"Masa saya kecik sampai ke besar, mak dengan ayah asyik2 lebihkan dia aja. Saya diketepikan. Dia aja yang dapat lebih dari saya. Sekarang, padanlah dengan muka dia. Siapa suruh kahwin dengan penagih dadah. Ntah-ntah anaknya pun besar nanti menagih."

"Awak jangan saya lempang. Dia bukannya tahu pun yang suami dia tu menagih." Karim sudah mengamuk. Nasib baik dia tahu ini hospital.

Baru saja Marliza ingin membuka mulut, seorang doktor lelaki keluar. Karim bangun.

"Doktor, macam mana dengan kakak saya?" Tanya Karim. Doktor itu mengeluh.

"Saya harap berita yang saya sampaikan ini dapat diterima. Puan Marlia sudah meninggal dunia selepas menyambut anaknya." Doktor lelaki itu menepuk-nepuk lembut bahu Karim.

Karim terduduk. Dia memandang isterinya yang terdiam. Tapi tidak ada pun sikit riak kesedihan di wajah isterinya.

*end of flashback*

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

i hate you , i love youWhere stories live. Discover now