(1)

42 3 2
                                    

"ergh buat penat aku je berlatih bola baling semalam dari pagi sampai petang , last last cancel" kata aku yang duduk berdepan dengan aisyah iaitu rakan sekelasku.

"hey relakslah, maybe minggu depan ada lagi game" kata aisyah pula

aku tersenyum sinis .'heh perempuan ni taktahu aku berhempas pulas berlatih semalam sebab nak menang handball' aku bermonolog sendiri.

Lalu kami pun bersembang kosong untuk mengisi masa yang terluang. Lagi 35 minit perhimpunan akan bermula.kami duduk di kantin.

Sedang bersembang, aku mengeluarkan phone untuk buat mood 'mute' takut takut nanti dirampas.

Tiba tiba, aku terdengar satu suara daripada belakang.

"Bukan ke phone barang larangan ke sekolah?"

Oh dia rupanya. Dia ini pengawas yang tidak disenangi ramai kerana sikapnya yang suka mengadu kepada guru disiplin tentang kesalahan pelajar. Tapi itu tugas sebenar pengawas kan? mengawasi setiap salah laku pelajar.

Aku tersenyum manis terhadapnya lalu aku menjawab soalannya dengan tenang.

"Aku bawak sebab ada handball harini, aku fikir lepas handball bolehla aku nak selfie tapi tiba tiba handball cancel" aku berharap bahawa dia mengerti dengan keadaan yang merumitkan ini.

'Tolonglah jangan bagitahu cikgu disiplin, mati aku nanti' aku bermonolog lagi.

Lalu pengawas itu pun beredar meninggalkan ku dengan senyuman yang sinis. aku tahu senyuman itu mempunyai maksud tersendiri. senyuman yang membawa seribu makna. aku malas mahu berfikir tentang definisi senyuman itu.

Ah, aku serabut.

L A R IWhere stories live. Discover now