(2)

34 3 0
                                    

"Betina tu mesti nak pergi bagitahu cikgu disiplin aku bawak phone pergi sch" -aku

"Hm kalau macamtu jomlah ikut aku. aku tahu dekat mana tempat orang selalu sorok phone"kata aisyah pula

'kadang kadang perempuan ni berguna jugak kan' ku bermonolog lagi. habit baru bermonolog mungkin?

Aisyah membawaku ke luar sekolah untuk menyorokkan phone yang aku bawa. entah kemana dia nak bawak aku. kalau tgk masa sempat lagi ni, masa masih berbaki 15 minit untuk perhimpunan. kalau lambat nanti dikenakan tindakan disiplin pula kerana lambat masuk sekolah.

Tempat itu tak jauh pun, hanya berjalan kaki 3minit dari sekolah dan we arrived! fuh tenang rasa jiwa ni.

Keadaan disitu sungguh sesak. Macam lautan manusia pula aku lihat. Kenapa begitu ramai manusia ni? Apa yang terjadi dengan apartment ni? Aku membuntuti aisyah yg berjalan ke blok A. Aku terpaksa juga redah orang yang teramatlah ramai.

Apabila tiba dia blok A. kelihatan lif sudah rosak. haih apalah nasib harini. tiba tiba aisyah bersuara.

"Takpe rumah tu dekat tingkat 3 takpayah naik lif pun tak apa" aku mengiakan katanya.

Aku naik tangga bersama aisyah. Warna dinding tangga amat lusuh. Dan yang membuatkan aku takut, dinding itu dihiasi dengan berbagai jenis cop tapak tangan yang berwarna merah. warna itu seperti darah. Mungkin sangkaanku tepat.

"hey tempat apa ni? kenapa semuanya macam pelik" aisyah hanya membalas "  kau senyap"

' eh kenapa dengan dia tiba tiba ni? memang nasib tidak menyebelahiku harini?' monolog lagi.

Usai sampai ditngkat 3, lorong itu sangat gelap. bagaimana sebuah apartment mempunyai lorang yang gelap sebegini ? ah aku biarkan saja perasaan itu. Janji phone aku dapat disorokkan.

Aisyah masuk ke sebuah unit rumah. aku membuntuti nya lagi. Bila pintu dibuka. Sungguh terkejut aku. Jantungku bagaikan nak tercabut. Hatiku mula tidak keruan. Kaki ku lemah gemalai.

L A R IWhere stories live. Discover now