(3)

38 3 0
                                    

Aku ternampak seorang lelaki yang mempunyai rambut yang sangat panjang. Muka kedut seribu. aku yakin sebelah matanya berlubang tidak mempunyai bebola mata walaupun matanya tertutup. dia sedang bertapa.

belakangnya terdapat satu tirai kosong yang bewarna hitam. dia duduk bertapa di depan tirai itu. dan ruangtamu itu amat kosong.
Hanya ada sofa bewarna putih disudut ruang tamu itu.

Yeah mungkin itu tempat yang sesuai untuk menyorokkan phone aku. aku perlu senyap supaya tidak mengejutkan bomoh itu. eh bomoh ke?

Usai selesai meletakkan phone. aku menggengam tangan aisyah dan berlari ke arah pintu cepat cepat ingin keluar. sempat juga anak mataku melarikan pandangan ke arah bomoh itu.

Tiba tiba, matanya terbuka. dia sudah tersedar. hah memang betul sangkaanku bahawa sebelah matanya berlubang tidak mempunyai bebola mata.Dia tersenyum sinis menangkap anak mataku dan berkata "larilah sepuasnya aku akan kejar kau"

Dengan perasaan takut, aku cepat cepat menggengam tangan aisyah dan berlari meninggalkan rumah usang itu. aku cepat bergegas ke arah tangga .

Turun turun dan turun lagi. Hey kenapa tak turun turun ni? dah berapa kali aku cuba untuk turun tangga tapi mengapa keadaan masih sama? Bukan ke tadi aku ditingkat 3?

Aku harus lagi dari bomoh itu! cepat, ya cepat aku harus cepat. Aku terpandang akan tingkap di dinding tangga.

Mungkin aku boleh keluar terjun dari tingkap ini?

L A R IWhere stories live. Discover now