Satu

1.1K 117 13
                                    

"Yugyeom-ah~ ireona! Nanti kita lambat nak pergi sekolah!" jerit Mark sambil tangannya lincah menuang air panas pada dua mee cawan di atas kabinet dapur. Tangannya terhenti dan dia memandang ke arah pintu bilik yang berada agak dekat dengan dapur.

"Kim Yugyeom?" panggil Mark lagi, dan masih tiada response. Mark mengerutkan dahi. Biasanya Yugyeom tak susah untuk dikejutkan.

Mark menyiapkan kerjanya dahulu sebelum dia meletakkan cerek di atas dapur gas semula dan dia menuju ke pintu bilik adiknya. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan dia ternampak pergerakan kaki yang sempurna.

Mark membiarkan pintu terbuka hanya sedikit, dan dia menjengah ke dalam bilik itu. Kelihatan Yugyeom memakai earphone, tubuhnya seolah-olah dikawal oleh lagu yang didengarnya. Mark tersenyum kecil.

Yugyeom nampaknya tak perasan yang dia diperhatikan, jadi dia terus menari dengan lagu Wrist-Chris Brown bermain melalui earphone yang dipasang di telinganya. Setiap langkahnya kelihatan sempurna seolah-olah sudah ditetapkan, walaupun hakikatnya remaja itu hanya mengikut deria hatinya.

Lebih kurang dua minit berlalu, akhirnya Yugyeom berhenti menari dan dia terus mengeluarkan telefonnya dari dalam poket, kemungkinan menutup music playernya. Dia menoleh sambil membuka earphonenya dengan tenang dan saat itu matanya terpaku pada tubuh Mark yang menjengah dari celah pintu. Mark memberi senyuman nakal, wajah Yugyeom mula merah.

"Chochochocho~! Hit the stage!!" jerit Mark sambil masuk ke dalam bilik adiknya itu. Yugyeom hanya ketawa mendengar abangnya itu menyebut nama pertandingan menari yang dia pernah menang dulu. Perkara itu sudah agak lama berlalu, tetapi nampaknya Mark masih belum lupakan.

"You still got the rhyme, brownie~" kata Mark, menggunakan nama timangan Yugyeom yang direkanya oleh kerana Yugyeom sangat meminati Chris Brown. Mereka menepuk lima jari selepas Mark tawarkan tapak tangannya dan Yugyeom mengusap tengkuk menahan malu.

"Berapa lama hyung ada dekat pintu?" tanya Yugyeom. Mark hanya memberikan senyuman sinisnya membuatkan Yugyeom faham. Abangnya memerhatikannya sepanjang masa dan itu membuatkan Yugyeom lebih malu.

"Eyy~ mana boleh masuk bilik orang tak ketuk pintu!" marah Yugyeom tak serupa marah. Kelihatan Mark menahan tawa.

"Gyeom bukan manusia"

Mark terus lari keluar selepas berkata demikian membuatkan Yugyeom ketawa dahulu dan dia mengejar abangnya itu. Dia menghampiri Mark dan belakang badan remaja itu dipanjat oleh Yugyeom membuatkan Mark hampir terjatuh. Mereka ketawa dan bergurau lagi sebelum tiba-tiba bertanding 'siapa sampai dapur dulu, dia menang'.

---

Yugyeom berjalan seorang diri di koridor sekolah yang dipenuhi locker-locker bersandar sepanjang dinding. Mark biasanya akan ke gelanggang bola keranjang dahulu, melakukan latihan bersama ahli kumpulannya yang lain. Memang jadi kebiasaan setiap pagi Mark oleh kerana remaja itu ialah salah seorang wakil terbaik sekolah mereka bagi sukan bola keranjang.

"Blondie!"

Langkah Yugyeom terhenti apabila dia terdengar suara yang sangat familiar memanggilnya tidak jauh di belakang diikuti dengan bunyi larian ke arahnya. Yugyeom menoleh dan seperti yang diteka, kawan baiknya-Bambam menghampiri. Yup, hanya Bambam memanggilnya dengan warna rambutnya.

Tanpa memulakan apa-apa teguran, mereka terlebih dahulu menepuk lima jari dengan tenang sebelum mereka dab sambil Bambam membuat bunyi 'whoo!'. Entah kenapa tapi itulah cara mereka greeting antara satu sama lain. Lagi-lagi Bambam yang sangat suka dabbing, jadi Yugyeom hanya ikut kehendak kawan baiknya itu.

"Kau okay tak?" ayat pertama yang Bambam keluarkan selepas mereka mula jalan seiringan. Yugyeom memandang Bambam yang ketinggiannya agak sama dengan Mark.

"Maksud kau?" tanya Yugyeom. Bambam tergelak kecil, bunyi agak tak ikhlas di situ.

"Takkanlah aku nak tanya 'Kau apa khabar hari ni?'. Kan lame tu" kata Bambam dan Yugyeom ketawa dengar balasan Bambam.

"Macam biasalah. Belum nak mati lagi" kata Yugyeom tenang dan Bambam menjelingnya.

"Ingat lawak?"

"Of course!"

"Geez" Bambam pissed off dan Yugyeom ketawa lagi. Mereka senyap seketika sebelum Bambam teringat berita yang didengarnya pagi tadi.

"Oh ya, dengar cerita ada murid baru perempuan nak masuk kelas abang kau hari ni" kata Bambam, kelihatan lebih fokus sekarang. Yugyeom mengerutkan dahi.

"Mana kau tahu?" Yugyeom berbalas soalan dan dia memandang Bambam, kaki masih bergerak ke kelas mereka.

"Aku dengar pengetua cakap dengan omma aku" balas Bambam, mentioning ibunya yang bekerja sebagai guru penolong kanan hal ehwal murid di sekolah itu. Yugyeom terdiam seketika sebelum dia meluahkan apa yang hatinya fikir.

"Hopefully dia tak ada perasaan dekat abang aku" kata Yugyeom. Bambam kemudian ketawa kecil.

"Mark hyung tu kingka sekolah ni, Yug. Dialah murid paling pandai dalam batch dia, dialah yang menang award pelajar paling handsome dekat sekolah ni selama 5 tahun berturut-turut dalam prom party, dialah atlit terbaik sekolah dalam basketball and archery, dia peramah, baik. Memang idaman setiap perempuan" bebel Bambam dan Yugyeom mengangguk setiap penerangan yang Bambam berikan.

Yugyeom melepaskan nafas berat, oleh kerana hatinya betul-betul mengharapkan tiada apa yang berlaku antara abangnya dengan murid baru itu nanti. Kawan boleh, tapi kalau lebih daripada itu...

Yugyeom terpaksa terlibat.

[C] He Is My Brother! | Got7 YugMark Malay FanficWhere stories live. Discover now