Lima

837 90 14
                                    

"Nyoung-ah! Noona dah balik!" jerit Youngseol sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Mark mengekorinya di belakang, matanya memandang sekeliling rumah setingkat itu.

Rumahnya seakan rumah Mark, oleh kerana mereka berada di kejiranan yang sama. Hiasan dalamannya kelihatan simple, semua perabot serba putih, kayu. Langsir dan permaidani juga putih, menampakkan rumah itu bersih dan luas.

"Omma dengan appa awak mana?" tanya Mark, kerana rumah itu kelihatan sunyi. Youngseol meletakkan begnya di atas sofa, kelihatan relaks.

"Dah cerai. Appa pergi kerja. Omma tak tahu. Oh, nak air?" tanya Youngseol tenang membuatkan Mark sedikit terkejut dengan jawapannya. Mark tak sempat membalas, Youngseol sudah terlebih dahulu menuju ke dapur, meninggalkan Mark yang rasa bersalah kerana mengajukan soalan itu.

"Nyoungie! Tidur ke?" bebel Youngseol sebelum masuk dapur. Tak lama kemudian dia keluar semula dengan dua cawan air. Dia menghulurkan satu kepada Mark dan Mark menyambutnya sambil mengucapkan terima kasih. Saat itu, salah satu pintu bilik terbuka membuatkan mereka menoleh. Youngseol tersenyum gembira melihat adiknya manakala Mark sedikit terkejut.

Seorang jejaka yang duduk di atas sebuah kerusi roda keluar sambil memutarkan roda kerusi itu. Jejaka itu kelihatan teruja, seperti sudah lama sangat tak jumpa Youngseol.

"Noona! You're home!" kata remaja itu dan Youngseol tergelak kecil. Dia kemudian menoleh ke arah Mark.

"Mark, ni adik saya. Nyoung, ni kawan noona" kata Youngseol dan remaja itu tunduk 45' kepada Mark.

"An nyeong! Adik lelaki kesayangan Youngseol noona, Park Jinyoung imnida" Jinyoung kenalkan diri, semangatnya sama seperti Youngseol sewaktu Mark pertama kali mengenalinya hari itu.

"Siapa sayang Nyoung? Sorry sikit" gurau Youngseol dan dia menjelir lidah kepada Jinyoung yang ketawa, matanya kelihatan terdapat kedutan unik, menampakkan remaja lelaki itu lebih comel.

Jinyoung memutarkan roda kerusinya lagi untuk menghampiri Mark dan Youngseol manakala Youngseol meminta izin untuk ke bilik seketika. Mark duduk di atas sofa dan Jinyoung berhenti di hadapannya. Mark sempat melihat kaki Jinyoung, nampaknya normal.

"Noona okay tak dekat sekolah?" tanya Jinyoung, mengembalikan Mark kepada realiti. Mark tersenyum dan mengangguk sebagai response.

"Dia okay. Cuma dia memilih sikit bab makanan" kata Mark, bernada gurau dan Jinyoung ketawa kecil.

"Dah agak dah. Dia cerewet sikit bab makanan. Itu tak makan, ini tak makan. Tapi ada satu benda yang dia takkan tolak"

"Chicken" kata Jinyoung dan Mark serentak membuatkan mereka ketawa dan menepuk lima jari.

"Woah, hyung dah kenal dia agak dalam nampaknya" kata Jinyoung dan Mark hanya tersenyum. Tiba-tiba Mark mendapat tanda tanya terhadap Jinyoung tetapi dia agak bimbang untuk menyatakan.

"Uhm...Jinyoung-ah" panggil Mark dan Jinyoung memandangnya, sedia mendengar. Mark diam seketika, memikirkan ayat yang betul.

"Kenapa...Jinyoung guna kerusi roda?" tanya Mark, nada perlahan sahaja. Jinyoung tersenyum riang, seperti jawapan yang bakal dia berikan itu tidak membebankannya.

"Nyoung pernah kena langgar lari. Nyoung koma 2 tahun and sedar-sedar je, doktor kata Nyoung dah separuh lumpuh sebab kes tu. Sejak tu, Nyoung buat keputusan untuk tak sekolah lagi sebab appa tak mampu nak bayar Nyoung ke sekolah khas" terang Jinyoung membuatkan Mark rasa simpati terhadap remaja itu.

"Ah...sorry hyung tanya" kata Mark, sedikit rasa bersalah. Jinyoung tersenyum manis dan menggelengkan kepala.

"Gwenchana. Nyoung happy sebab noona bawa kawan dia datang. Tak adalah bosan sangat Nyoung dekat rumah" kata Jinyoung, nadanya ikhlas. Seperti Youngseol, perasaan berkawan dengan Jinyoung juga membuatkan Mark selesa. Mark memberikan senyuman manis dan dia memegang bahu Jinyoung.

"Let's meet more often then" kata Mark, sangat memaksudkannya.

---

Yugyeom keluar dari biliknya selepas terdengar bunyi pintu utama rumah itu dibuka. Kelihatan Mark baru masuk dan menutup pintu, membuatkan Yugyeom memandang ke arah jam. 8 malam.

"Hyung berlatih sampai malam? Lambatnya balik" tanya Yugyeom. Mark membuka beg sandangnya dan letakkan di atas sofa, sebelum dia menoleh ke arah Yugyeom.

"Hyung pergi rumah kawan kejap" kata Mark. Yugyeom terus mengecilkan mata, memandang Mark dengan reaksi ragu-ragu. Mark faham maksud reaksi itu, jadi dia terus jawab.

"Youngseollie" jawabnya sepatah, tenang. Yugyeom membuat muka tak percaya.

"I knew it!" Kata Yugyeom, memetik jari. Mark menggulingkan mata sebelum dia berlalu.

"Apa masalahnya hyung pergi rumah dia?" kata Mark sambil menuju ke dapur. Yugyeom diam. Otaknya ligat memikirkan gadis baru yang semakin rapat dengan abangnya itu.

"It's getting dangerous" kata Yugyeom perlahan, matanya memerhati Mark yang meneguk air.

[C] He Is My Brother! | Got7 YugMark Malay FanficWhere stories live. Discover now