"Can I see your boarding pass, ma'am?"
Dia yang pada mulanya leka membaca komen-komen di Instagram itu mengangkat wajah bila terdengar suara anak kapal bertanyakan boarding pass pada salah seorang penumpang wanita yang baru masuk ke dalam kapal terbang tersebut.
Matanya melirik dari atas hingga ke bawah, wanita itu nampak bergaya sehingga membuatkan dia tertarik untuk memandang lebih lama lagi. Tudung yang dililit kelihatan cantik pada wajah bujur sirih itu. Cara berpakaian juga boleh tahan. Seolah-olah model muslimah yang dia lihat di pentas peragaan. Saat wanita itu tersenyum pada anak kapal yang bertugas, dagu yang berlekuk itu juga turut tersenyum.
Oh, God! She's beautiful! Pujinya dalam hati.
Kaki disilang, manakala Iphone yang tadi dipegang, diletakkan di lengan kerusi. Tangan menongkat dagu tetapi matanya tidak lari dari memandang wanita itu.
Jika wanita itu duduk di sebelahnya, dia akan pastikan, perjalanan yang mengambil masa 45 minit ke Johor Bahru itu akan digunakan dengan sebaiknya.
Luthfi Insyad atau lebih dikenali dengan nama Syad cuba menyembunyikan senyuman. Hatinya nakal nak berkenalan dengan wanita cantik itu. Apatah lagi tempat duduk di sebelahnya masih kosong. Namun, wajah yang tadi bersinar-sinar kini sirna bila wanita itu hanya lalu dan terus menuju ke bahagian ekonomi. Tengok dia pun tidak. Cis!
Gigi diketap geram. Baru nak test market, dah 'ditinggalkan'. Langsung tak sempat nak berkenalan. Iphone kembali dicapai dengan wajah bosan.
Today is not my lucky day, hatinya bersuara dengan keluhan yang berat.
SETELAH lambang tali pinggang dipadamkan, Insyad orang pertama yang berdiri untuk mengambil bagasi di storage compartment. Wanita cantik tadi tidak dihiraukan lagi. Kalau tak kenal dengan wanita itu pun tak apa. Ramai lagi wanita cantik yang berderet menunggunya di Kuala Lumpur.
Bibir tersenyum bangga, apatah lagi pramugari yang melayannya sepanjang perjalanan ke Johor itu menyelitkan nombor telefon secara sembunyi padanya.
Huh, lain yang dia nak, lain yang dia dapat.
Sebelum melangkah keluar dari pesawat itu, dia sempat mengenyit nakal dan kertas yang tertulis nombor telefon pramugari itu disimpan ke dalam kocek seluar. Kalau dia bosan, dia akan menghubungi wanita itu. Kalau tidak, ke tong sampahlah kertas itu nanti.
Usai saja flight mode ditukar, ada beberapa mesej masuk melalui aplikasi WhatsApp. Di antaranya adalah Hanafi. Sahabat yang bakal bernikah esok petang.
Dude, Milia jemput kau nanti - Hanafi
Dia mengeluh berat.
Milia, adik Hanafi yang ditolak cintanya mentah-mentah. Sudah lama dia tidak berjumpa gadis itu. Tak sangka, gadis itu masih mahu berjumpa dengannya.
Ketika terdengar derap langkah seseorang dari belakang, dia menoleh. Wanita cantik tadi kini sudah berjalan seiring dengannya namun mata wanita itu fokus memandang ke hadapan. Dia cuba berdeham, dan ternyata perbuatannya itu mengundang perhatian dari wanita cantik itu.
Namun malangnya, tak sampai lima saat, wanita itu kembali memandang ke hadapan. Seulas senyuman juga tidak menghiasi bibir wanita itu. Seolah-olah dia hanya lelaki 'biasa' yang dipandang tanpa rasa.
Langkah wanita itu semakin laju dan lama-kelamaan, dia tertinggal jauh di belakang. Kakinya terhenti dari melangkah. Kelibat wanita itu dipandang sehingga hilang dari pandangan. Tanpa sedar, ada senyuman meniti di bibirnya. Tak sangka 'taktik' yang selalu dia lakukan, tak menjadi kali ini. Walhal dia hanya mengharapkan balasan senyuman dari wanita itu.
Baru nak atur langkah kembali, WhatsAppnya berbunyi lagi dan kali ni dari nombor yang tidak dikenali.
Hey, I'm Milia. Still remember me? Ke dah lupa? - Milia
Insyad tersenyum nipis. Nampaknya Milia tidak menyimpan dendam terhadapnya.
Dengan pantas jemari membalas mesej gadis itu.
Of course I remember you, dear. Hanafi bagitahu I, you yang jemput I eh? - Syad
Yup. I dah sampai ni. Tak sabar nak jumpa you - Milia
Mesej itu tidak dibalas lagi, sebaliknya, kaki bergerak laju kerana tidak mahu Milia menunggunya lama.
Dia ternampak kelibat Milia dari jauh. Gadis itu tak berubah walaupun hampir tiga tahun mereka tidak bersua muka. Namun yang membuatkan keningnya berkerut bila wanita cantik yang dilihatnya tadi, sedang rancak berbual dengan Milia.
Dia membuat keputusan untuk mendekati kedua manusia yang rancak bertukar cerita itu sebelum wanita itu berlalu pergi.
"Milia!" Laungnya.
"Hey, Syad!" Teruja Milia menyapanya.
"Wow! Look at you... bertambah cantik." Pujian itu diberikan kepada Milia tetapi mata melirik ke arah wanita cantik yang masih berada di situ.
Milia ketawa seraya menjeling manja. "You memang tak berubah dari dulu, Syad. Mulut manis sangat."
"Oh ya..."
Bila terkenangkan teman yang berada di sebelahnya, Milia terus memperkenalkan Zahra kepada Insyad.
"Syad, yang ni kawan baik I. Zahra Zulfa. I call her, Ara."
"I'm sorry, what? Arang?" Tanpa berniat untuk mempersendakan nama wanita itu, Insyad bertanya sekali lagi.
Dia kembali memandang wajah yang ketat tanpa senyuman itu. Sayang... muka dah cantik, tapi nama...
"A. R. A. Ara!" Eja Milia geram.
"Oh, sorry. I'm sorry, dear. I tak bermaksud nak..."
"That's okay," balas Zahra dengan senyuman paksa.
"I'm Luthfi Insyad, by the way. Just call me, Syad." Tangan dihulurkan namun yang menyambutnya adalah Milia.
"Jom! You nak I hantar ke hotel atau you nak makan dulu?"
"I nak berkenalan dengan kawan you dulu," ujarnya berterus-terang. Belum apa-apa, Milia dah potong line.
"I rasa dah cukup. I tahu nama you, you tahu nama I. That's it." Zahra sudah mula menarik bagasinya. Dia tak perlu kenal siapa Insyad. Dia datang ke Johor kerana ingin memenuhi undangan Milia untuk majlis perkahwinan Hanafi dan selebihnya ingin menetap lebih lama di situ berbanding di Rawang, Selangor.
"Kan dah kena," ejek Milia. Dia tahu, Zahra takkan menyambut huluran tangan Insyad itu. Sebelum lelaki itu malu, lebih baik dia mencelah.
Insyad ketawa kecil. "Memang dia jenis macam tu ke?"
"A'ah. Kenapa?"
"Interesting!" Ujarnya dengan penuh minat.
*****
How was it?
Nak lagi?
Jangan lupa vote and komen ye 😉Oh ya... Kalau berkenan, boleh order terus ke Penerbitan BesQ. Mereka dah open order till 8 Dec 2016