Random Bab : Part 2

1.8K 60 8
                                    

Dari jauh dia memerhatikan kemesraan yang terjalin di antara keluarga Milia itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dari jauh dia memerhatikan kemesraan yang terjalin di antara keluarga Milia itu. Si ibu berpelukan dengan si anak. Si ayah juga begitu. Manakala pula si abang yang bergelar raja sehari pun masih sempat mengusik si adik. Si menantu yang baru menjadi ahli keluarga juga turut tersenyum melihat gelagat keluarga mentua. Waktu sesi bergambar bersama keluarga dipenuhi dengan gelak tawa.

Ah, alangkah indahnya kalau keluarganya juga begitu. Mesra. Erat. Saling melengkapi antara satu sama yang lain. Mampu bergurau sesama sendiri. Namun untuk dia merasa keindahan itu, mungkin agak mustahil. Kerana setiap kali dia pulang ke rumah, yang dia rasa cuma perasaan yang kosong.

Dia sendiri tidak tahu di mana silapnya sehinggakan Puan Yasmin bersikap dingin terhadapnya. Bukan hanya sebulan dua tapi sudah bertahun-tahun. Pernah dia suarakan perkara itu kepada Haji Ziyaad namun ayahnya mengatakan itu sekadar pandangannya sahaja.

"Mak Ara memang macam tu perangainya. Jangan ambil hati." Itu kata Haji Ziyaad setiap kali dia mempertikaikan layanan dingin Puan Yasmin.

Dia hairan, layanan Puan Yasmin terhadap adiknya sangat berbeza. Ibarat menatang minyak yang penuh sehinggakan Zuhairi jadi besar kepala. Langsung tak dengar cakap orang tua. Kerjanya nak melawan saja dan menghabiskan duit mak ayah.

Paling dia tak suka bila setiap kali dia bergaduh dengan Zuhairi, Puan Yasmin pasti akan mempertahankan si adik. Salah atau tidak, si adik pasti akan menang.

Dan kata-kata yang paling terkesan di hatinya bila Puan Yasmin berkata, "jangan sentuh anak aku! Jangan sesekali tangan kau sentuh dia. Kalau tak, tangan aku yang melayang ke badan kau nanti."

Anak aku? Hanya Zuhairikah anak Puan Yasmin? Dia ni siapa? Sedangkan sijil kelahirannya tertulis nama Puan Yasmin sebagai ibu. Sungguh, hatinya rawan setiap kali terkenangkan kata-kata itu.

Tanpa sedar, pipinya dibasahi dengan linangan air mata. Berdepan dengan Puan Yasmin, air matanya ibarat kering dari mengalir. Walau hatinya terluka dengan layanan dingin itu, dia tidak akan sesekali kelihatan lemah. Tidak kira pada siapapun.

"I tak sangka pula you sedih bila tengok Hanafi kahwin."

Teguran itu mengejutkan Zahra dari terus terkenangkan kisah sedihnya. Dia paling wajah ke sisi. Cuba menyembunyikan air mata yang masih berbekas di pipi.

"Nah..." Handkerchief dihulurkan kepada Zahra. Insyad tak tahu kenapa Zahra menangis bila melihat Hanafi bersanding dengan isteri.

Mungkin wanita itu menyimpan perasaan terhadap Hanafi kut, telahnya.

"Tak apa," tolak Zahra seraya mengelap air mata dengan hujung jari.

Kerana tak berpuas hati dengan penolakan itu, Insyad mencapai lengan Zahra dan meletakkan handkerchief itu di tapak tangan wanita itu.

"Tak salah pun kalau you terima, Ara."

Zahra terdiam namun perlahan tangannya mengelap sisa air mata dengan handkerchief milik Insyad.

"Sama-sama," ucap Insyad tiba-tiba. Dia tahu wanita itu takkan ucap terima kasih kepadanya.

Zahra masih membisu meskipun dia terasa dirinya diperli.

"You should forget him, Ara. He's married now. Let them be happy." Pandangan Insyad terarah pada pasangan sejoli yang bergelar raja sehari itu. Dia tahu Hanafi bahagia bersama Sofia. Kerana itu dia menasihatkan agar Zahra melupakan saja cinta yang tak kesampaian itu.

Zahra gigit bibir bawah. Rasanya Insyad dah salah faham kenapa dia menangis. Namun begitu, dia tidak ada hati hendak memperbetulkan keadaan. Biarlah Insyad fikir dia menangis kerana Hanafi.

"I rasa, ada ramai lagi lelaki yang lebih baik dari dia. Salah seorangnya, of course, me." Tawa terlepas dari bibir Insyad. Zahra dilirik sekilas dan wanita itu kelihatan menjulingkan mata ke atas tanda meluat.

"Esok I dah nak balik KL. Boleh I minta your phone number?" Dengan selamba Insyad meminta nombor telefon Zahra. Dia harap wanita itu lembut hati untuk memberikannya.

"You tahu jawapan I, Syad. Jangan buang masa minta yang bukan-bukan."

"I cuma nak berkawan dengan you. Bukan minta you jadi girlfriend I."

"Berkawan pun I tak nak. Kita tak ditakdirkan untuk berkawan sekalipun."

Insyad tarik nafas dalam bila mendengar kata-kata yang penuh yakin dari Zahra itu. Dirinya terasa dicabar lagi.

"Remember, dear... lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu. Kalau dengan cara ni I tak dapat, I ada banyak cara lagi untuk dapatkannya. So, you buatlah keputusan. I minta dengan cara baik ni."

"Kenapa? Kalau I tak nak, you nak paksa I ke?" Zahra pandang Insyad sambil tangan memeluk tubuh.

"I tak suka memaksa. Tapi mungkin itu jalan yang terakhir."

Tergeleng-geleng kepala Zahra. Dia tak tahu kenapa Insyad nak sangat berkawan dengan dia sedangkan dia terang-terangan menolak lelaki itu.

"Jalan terakhir? I rasa, sampai bila-bila pun you takkan dapat. Sebab I takkan menurut walau dipaksa sekalipun. And bear in mind, you takkan dapat tundukkan I."

Insyad paksa bibirnya untuk tersenyum. Wanita di hadapannya itu benar-benar mencabar jiwa dan raganya. "We'll see, dear. We'll see."

Senyuman sinis meniti di bibir Zahra. Dia bukan wanita lemah. Yang akan menurut bila dipaksa. Selagi dia mampu melawan, dia akan lawan. Tak kira berbeza jantina sekalipun.

"Oh ya... I lupa. I lap peluh dengan handkerchief tu tadi," beritahu Insyad bila melihat handkerchiefnya masih berada dalam genggaman Zahra.

"What? You...!" Automatik tangan Zahra melayangkan handkerchief itu kepada Insyad. Pipi dilap berkali-kali dengan belakang tapak tangan. Geli bila memikirkan peluh Insyad melekat pada pipinya.

"Sorry, sweetheart. I harap jerawat tak naik kat pipi tu nanti." Kali ini, Insyad pula yang meninggalkan Zahra bersendirian di situ. Tawa dilepaskan sebaik saja dia melangkah beberapa tapak.

Sumpah! Dia berpuas hati bila melihat wajah Zahra yang berkerut seribu itu. Padahal, tak benar pun apa yang dikatakannya tadi. Saja nak buat Zahra 'hangin' dengannya sebagaimana wanita itu berjaya membuatkan dia rasa tercabar berkali-kali.

******

Jangan lupa vote and komen ya!

Kalau teringin nak beli, ni cara-cara pembelian 👇

Kalau teringin nak beli, ni cara-cara pembelian 👇

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Demi CintaWhere stories live. Discover now