Notifi

230 46 11
                                    


Aku membuka laptop. Tergerak hati nak menyambung segala fanfic yang berhabuk dalam works. Sudah lama aku tinggalkan ia tergantung.

Aku menyediakan sebotol minuman soda serta sepaket biskut di tepi sebagai peneman aku. Maklumlah. Waktu malam. Rakan aku semua sudah tidur. Tinggal aku seorang di dalam dorm. Diterangi dengan cahaya malap koridor. Aku dah biasa. Sebelum ni juga aku menulis sebegini cara. Cuma ia jadi kurang biasa apabila aku dah lama berhenti menulis.

Aku menekan laman notifi. Ramai juga readers menyuruh aku siapkan segala story dalam works. Tapi, aku masih dalam mood EXAM. Hanya seminggu aku diberi masa untuk siapkan segala ff. Lepastu, aku terpaksa hadap semula kertas berminggu minggu. Oleh sebab aku kasihankan pembaca, aku sambung.

Aku menekan salah satu ff yang masih belum complete. Aku menaip.. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, masa dan lokasi. Banyak kali aku ditangkap oleh warden kerana menjadi 'burung hantu'. Tapi, aku biarkan.

Semasa aku menaip, Aku terdengar satu hentakan tapak kaki dari arah hujung koridor. Aku syak itu warden. Aku menyediakan diri. Sudah lama aku tidak alami perkara ini. Aku menaip seperti sediakala. Menunggu teguran warden.

15 minit telah berlalu. Tapi masih tiada apa apa panggilan. Aku menghela nafas lega. Aku memfokuskan semula pada kerja aku. Sedang seronok aku menaip. Aku dapat notifi.

"Awak.. Followback?"

Aku menurut arahannya. Aku menekan gambar profile dia untuk pergi ke wall dia. Akan tetapi.. "User not found."

Eih? Takkan tukar username dah?

TBC.

[C]™Ghost | WATTPAD Where stories live. Discover now