"Doktor, macam mana keadaan anak saya?"
Aku membuka mata. Aku.... Kat mana?
"Dia seolah olah seperti trauma. Puan dan tuan jangan risau. Saya pasti lama lama dia pasti kembali normal. Saya minta diri dulu."
Aku memandang doktor itu keluar dari kamar.
"Sayang mama... Risau mama," Mama mengusap rambut aku. Air mata dia tidak berhenti mengalir. Aku tersenyum pendek.
Apa dah jadi sebenarnya?
Aku imbas kembali. Last aku ingat. Aku sediakan makanan untuk adik beradik dan aku makan bersama mereka. Kemudian aku membuka laptop dan..."Argh.." Kepala aku sakit.
"<ur name>, kamu okey? Jangan fikirkan apa apa. Kamu rehat saja ya?" Ayah memicit kepala aku.
"Kalau tak ada apa apa.. Kami berdua nak sambung kerja. Nanti esok.. Mama dengan ayah datang sini semula. Sebab malam ni kami ada meeting. Nanti adik dengan abang jaga kamu ya nak?" tanpa aku kata apa apa. Mereka mengucup dahi aku. Dan melambai kepada aku.
Sebaik sahaja mereka pergi. Aku memandang kedua beradik aku yang khusyuk bermain telefon mereka.
"Korang.. Nak tanya sikit. Kenapa kak kat hospital?" Aku bahasakan diri aku kakak. Maklumlah aku seorang anak perempuan.
"Kami berdua call mama. Kak tak sedarkan diri. Abang kata kak tengok satu benda dalam laptop dekat dekat. Lepas tu terus menjerit. Bila kami tengok semula.. Laptop tu terus terpadam. Tak sempat nak pandang apa apa. Kak jerit sampai tertarik kabel laptop tu yang termati."
Aku memang tak faham. Gambar hantu yang aku tengok haritu. Datang dari mana? Setahu aku.. Aku cuma cari gambar yang tidak nampak muka sahaja. Bukan seperti tu...
"Kak tak payahlah fikir macam macam.. Kitaorang teman akak kat sini. Kak tidur lah. Lagipun doktor kata kak kurang rehat."
Aku memejamkan mata. Aku terasa tangan aku digenggam oleh seseorang. adik lah tu..
---
10.00 p.m"KENAPA KAU TAK SELAMATKAN DIA!!!"
Aku tersentak. Aku tengok keadaan sekeliling.
Gelap.. Tidak bercahaya.
Mana abang dan adik? aku terdengar jeritan tadi. Datang dari arah mana ya?
"DASOM!!!!!!" Jeritan lagi. Nama tu datang dari luar. Aku tau nama ni. Dalam cerita aku?
"KIMJONGIN!! JANGAN PERGI!" aku dengar lagi.. Aku semakin tak tenang. Aku lihat pintu kamar aku seperti bergegar. Cahaya dari luar cukup untuk aku bayangkan segalanya.
Seseorang seperti menolak seseorang ke pintu kamar aku. Aku rasa mereka gila. Mana nurse?? Sungguh aku tak tenang dengan keadaan jerit jerit sebegini.
Aku memerhati sekeliling. Mencari butang kecemasan. Memanggil nurse atau doktor datang ke sini. Maklumlah, bilik aku jauh dari kawasan pemantauan para doktor. Kamar aku berdekatan dengan bilik bedah. Mereka hanya lalu sekiranya sedang menjalankan pembedahan sahaja.
Aku berusaha capai. Jeritan orang luar semakin kuat. Aku ngantuk sangat, tempat ni juga jadi pilihan mereka untuk bertekak.
Aku tunggu nurse. Lama juga, sehinggalah mereka di luar berhenti bergaduh, barulah aku dengar bunyi ketukan pintu.
"Cik.. Ada apa apa yang boleh saya bantu?" lembut sahaja suara ini. Kadang ladang seram sejuk aku.
Aku memandang nurse itu. Pelik nurse ni.. Dia tunduk ke bawah. Rambut pendek dia, dia jadikan penutup sebahagian muka. "Tadi, ada orang gaduh dekat luar. Saya nak panggil doktor. Sebab dia ganggu ketenteraman pesakit."
YOU ARE READING
[C]™Ghost | WATTPAD
Mystery / ThrillerWattpad yang penuh misteri, Penuh dengan luahan para penulis, Penuh dengan kisah dendam, cinta, dan lawak jenaka. Tempat penghibur hati! Juga tempat dijadikan hobi. Siapa sangka, disebalik luahan hati sang penulis, ada sesuatu yang menggang...