Picture.

171 33 34
                                    

Aku masih fobia dengan laptop tu. Kalau ada syaitan pun dalam bilik aku. Jangan lah ganggu aku menaip. Ni gangguan emosi yang harus aku elakkan! Lagi lagi bila aku menaip story uang bergenre gini.

Aku tidak lagi duduk dalam laptop. Aku duduk di ruang tamu. Meja aku letakkan menghadap laluan bilik tidur dan ruang makan. Rumah aku macam rumah kampung. Setingkat sahaja. Tapi luas.

Jam sekarang baru pukul 10 pagi. Adik dan abang aku semua masih bermain diluar. Manakala orang tua aku, sibuk bekerja. Jadi.. Aku seorang di rumah..

Seorang....
Bertemankan wattpad.

Aku menyambung cerita..

---

Jongin P.O.V

Sedar sedar, aku ada dalam satu bilik gelap. Bilik tu dikunci. Aku cuba bangun. Menguatkan diri aku untuk pergi ke arah pintu.

"Tolong.... Tolong" aku mengetuk pintu besi tu semampu yang boleh. Lama lama aku penat.

Dari luar. Aku terdengar seorang perempuan jerit meminta pertolongan seseorang. Minta dilepaskan. Macam.. Dianaya.

Eh.. Bini aku!!

"Dasom!!! Eh jantan tak guna!!! Kalau kau benci sangat pada aku! Lepaskanlah dia!!!! Jangan kau lepaskan segala dendam kau pada bini aku!!!!! KAU BUNUH AKU JE!"

Aku terpekik terlolong seperti orang gila. Dalam bilik gelap ni.. Hanya aku, dan bilik kosong. Tiada apa apa yang boleh aku usaha untuk keluar selamatkan Dasom.

Tingkap?

Ya.. Bilik tu ada tingkap. Tapi tiada apa pada tingkap tersebut. Hanya cermin lut sinar yang telah kabur. Tak boleh lihat dengan jelas dari luar. Yang pasti. Arah tingkap tu... Aku ternampak tali gantung.

Tak silap aku lah!

Aku tak tau tali gantung apa. Yang aku tahu! Aku nak keluar!!! Aku mengetuk cermin itu.

dumm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


dumm.

"Diam lah. Bising."

Aku mencebik. Tu mesti orang suruhan lelaki tak guna tu. "Hei! Kau ikut manusia tu... KAU DAPAT KE GAJI YANG LUMAYAN? TAK TAKUT KE MASUK PENJARA SEBAB BUNUH AKU? BIAR POLIS KESAN MAYAT AKU... KORANG MASUK PENJARA! MATI!"

Aku terdengar pintu yang berkunci itu terbuka. Aku menyengih. Aku rasa dia dah sedar.

Pfftt.. Sangkaan aku meleset. Jauh lari dari apa yang otak aku fikirkan.

Sekumpulan lelaki yang berpakaian seperti gangster datang dan melihat aku. Dia makin dekat. Aku menelan air liur. Aku dapat agak lepas ni aku dekat mana.

Menyesal aku tak ikut lelaki tu haritu..

"Polis? Boleh syaki kami ke kalau kami makan daging/tulang/rangka kau? Aku tanya ni" baik je suara dia. Tapi isi setiap ungkapan dia. Aku semakin takut.

[C]™Ghost | WATTPAD Where stories live. Discover now