Works

132 37 4
                                    

Yeyy.. Akhirnya aku dapat buka laptop. Laptop baru yang papa belikan. Laptop lama telah aku jual pada kedai komputer. Aku pelik juga.. Bila orang tu kata dah betulkan. Tapi, bila aku buka semula. Tetap tak berfungsi.

Aku meneruskan menaip cerita yang mempunyai watak jong in.

----

Jong in membiarkan lelaki misteri itu pergi. "Huh, lantak kau lah orang tak waras."

Dah lama jong in menyorok di sebalik meja itu. Tapi, tiada sesiapa yang perasan dia. Hanya pintu yang dilihat memerhati nya. Jong in membuat keputusan untuk memerhati setiap kelakuan di sebalik pintu. Dia duduk di situ, tiada apa yang dapat membantunya.

JONGIN P.O.V
Perlahan lahan aku pergi ke bilik tersebut. "Dasom..." tu nama bini aku.

"I ingat U dah lama tinggalkan manusia gelandangan tu.. Rupanya U kahwin dah dengan dia.."

Gelandangan?? Siapa? Aku ke?

"Yah Darling~ I memang nak tinggalkan dia. Tapi sebab my family takkan bagi harta pada I kalau I tak kahwin dengan dia. So, what I will do? I accept it." Aku tak sangka bini aku mata duitan. Selama ni.. I mean selama aku kutip dia dari tong sampah dulu.. Baik sangat. Rupanya, ada hati menipu jadi family kaya.

"U sayang dia ke?"

"Buat apa sayang dia. I dah meluat tengok dia hari hari.."

"So, U nak I bunuh dia? Supaya kita bersama?" ayat ni.. Sh*t man. Sanggup dia bunuh aku?

"No, No... Kita pakai cara lain. Lagipun I dah nak balik ni.. Nanti mama I risau."

Aku segera membetulkan posisi aku. Sedaya upaya aku mencari jalan keluar yang selamat.
Aku terdengar pintu bilik itu dipulas. OMG. aku masih di sini.

Aku tiada harapan lain, aku terpaksa lalu pintu hadapan. Tempat dimana penuh dengan security dan guard 'lelaki perampas' tu. Tapi..

"Jong in?" tu suara dasom. "Awak buat apa dekat sini?" aku terdiam. Aku kaku. Kenapa aku tak boleh gerak?

"Sayang, U cakap dengan siapa?" aku dengar suara lelaki tu semakin menghampiri aku.

"Oh? Ur Husband... Jongin right?? Hello, im her future husband to be.." Berani dia...

"Oh. Ni kerja awak masa saya tak ada? Tak sangka saya bakal dapat madu." aku tersenyum senget.

"Jong in," Lelaki tu menghampiri aku.
"Sayangnya kita tak boleh bermadu... Sebab ur wife nak saya bunuh awak sebelum kami kahwin.." Hati aku berdebar.

Kenapa aku takut ni? "Guard.. Bawa masuk jong in ke dalam BILIK TETAMU.. Kita tak boleh biarkan tetamu terhormat kita pergi tanpa dilayan apa apa. Kan Jong in?" Aku cemas. Mata aku terbeliak.

Kini, tangan aku dipegang oleh orang suruhan lelaki itu. Aku nak di bawa kemana? "Eh encik.. Tak apa lah. Saya nak balik. Lagipun isteri saya dah habis berurusan dengan encik. Kan awak?" aku menghalakan soalan pada Dasom.

"Iy----"

"Eh siapa kata dah? Kami baru nak bermula. Guys. Bawa dia masuk dalam bilik tamu. Saya akan sampai nanti." Aku mula rasa tak sedap hati..

"Choi jang sik.. Apa kau nak buat?--" aku memerhatikan Dasom.

"Tenang sayang.. Perkahwinan kita bakal berlangsung tak lama lagi."

Aku ... Dah nak mati??

-----

Aku meregangkan badan. Huh penat memerah otak memikirkan sambungan. Bukan mudah aku nak type cerita ni. Sampaikan aku rasa.. Perut aku lapar.

Aku membiarkan laman works di wattpad itu hidup. Aku bangun pergi dapur mengambil 3 paket makanan ringan beserta sekotak susu strawberry.

Aku memerhati keadaan rumah aku. Sunyi.. Mungkin sebab family aku keluar berjalan. Dan aku tidak mahu mengikut mereka. Alasan aku.. Aku nak taip cerita.

Aku kembali semula ke bilik. Aku menutup pintu. Eh kejap. Aku terdengar satu bunyi. Seolah olah ada orang menekan sesuatu.. Aku memandang laptop aku..

Aku meletakkan makanan di tepi.

TOLONG SAYA...
TOLONG.!

Siapa type ni? ..

Tuhan, jangan bagi aku dugaan sebegini? Tak silap aku aku biarkan sahaja perkataan mati menjadi akhir part ini. Tapi kenapa?

Aku menekan butang backspace.. Tapi ia tidak menimbulkan apa apa kesan.

Sebaliknya. Mouse itu yang berjalan. Pergi menekan text cerita yang lain. Aku tiada pilihan.. Aku biarkan TOLONG itu dan terus menekan publish. Akhinya berjaya..

Kenapa ni? Takkanlah laptop baru bermasalah lagi?

[C]™Ghost | WATTPAD Where stories live. Discover now