Chapter 1; Ceiling

47 0 0
                                    

28 Mei 2033; 0237.

Sara melangkah dengan senyap melalui siling yang penuh dengan sarang labah-labah. Sara terpaksa menahan bersin akibat habuk-habuk yang tebal seinci seperti tebal mekap orang-orang gajinya. Maklumlah kalau dia terbersin, satu dunia boleh bergegar. Habis jatuh reputasi sebagai wanita yang berfeminin lah sangat.

Mata Sara semakin berair akibat menahan bersin. Kalau dia menutup hidungnya nanti susah untuk dia bernafas. Sudahlah bernafas mengeluarkan gas karbon dioksida, lepas itu bertindak balas dengan udara melalui proses kondensasi akan menghasilkan air, lebih kurang macam peluh. Itu yang dia sangat tidak suka. Badannya pun sudah melekit. Boleh pengsan jika dia cuba menghidu bau badannya pada ketika ini.

Jauh lagi ke makmal? Sara bermonolog sendiri. Dia terus mempercepatkan langkahnya tanpa membuat sebarang bunyi. Tangan kirinya masih erat memegang lampu suluh, manakala tangan kanannya memegang pistol Glock-17 yang dijumpai di atas almari di pejabat tadi. Walkie-talkie masih belum didengari oleh suara Frank. Harap-haraplah Frank okay.

Sara terpijak lantai siling yang agak keras berbanding lantai-lantai sebelum ini. Ini mungkin berlapis dengan dinding yang agak tebal. Sara meneruskan langkahnya mencari jalan masuk; dia yakin, dia telah sampai ke tempat yang dicari-carinya.

Akhirnya Sara terjumpa jua lubang kecil. Maka betullah ini tempatnya. 3 minggu lepas berlaku letupan akibat eksperimen tidak jadi di makmal ini-maka tidak hairanlah mengapa wujud lubang di siling ini. Nampaknya belum dibaiki lagi. Nasiblah tidak boleh marah orang-orang gaji makan gaji pada ketika ini.

Tanpa membuang masa, Sara mematikan lampu suluh dan menyeluk dalam beg sandang bersama pistol itu. Sara terus perlahan-lahan memasuki lubang itu dan melompat turun dari situ. Sara berguling jatuh di lantai untuk mengurangkan daya impuls dan daya tujah dengan bantuan beg sandang dan akhirnya dia berjaya mendarat Walaupun jarak antara siling dengan lantai kira-kira 30 meter, Sara berjaya turun dengan selamat tanpa kecederaan mahupun sebarang bunyi bising-walaupun dia berposisi seperti Spider-Man sekarang ini. Minumlah Anlene. Hebat tak hebat.

Sara mengipas-ngipas bajunya yang penuh dengan habuk. Akhirnya dia boleh bersin sekuat yang mungkin memandangkan dinding makmal ini boleh memantulkan bunyi-maka tidak boleh didengari di luar makmal ini. 1,2,3-haccuum! Okay, that was real good! Okay, di mana kita tadi?

Langkah Sara terhenti apabila lampu makmal itu ternyala dengan terang sekali. Sara mengecilkan matanya akibat terlalu silau.

Pak! Pak! Pak!

Sara berpaling kearah bunyi tepukan itu. Hairannya Sara tidak langsung menunjukkan riak terkejut. Sebaliknya dia menghadiahkan kembali senyuman sinis khas untuk si penepuk itu.

"I was expexting you, Xander. Sedap tak makan asap aku tadi?"

Xander mengangguk diikuti dengan senyuman sinis, "Sedap sangat. Rasa nak lagilah. Ada lagi tak?"

Sara mengangkat kening. "Habis stok. Tak bawa banyak."

Xander ketawa dengan sinis sekali. "Sara, Sara. Kau tak terkejut ke kenapa aku kat sini? Inikan tempat privacy kau. Aku pun tak tahu kod nak masuk makmal ni."

Konco-konco di belakangnya hanya ketawa mengejek.

Sara memahami apa yang dimaksudkan oleh Xander. Mata Sara terus meliar. "Mana Frank? Korang taklah belasah anak orang dengan teruk kan?"

Konco-konco itu ketawa mengejek sekali lagi. Sara sudah mengepalkan tangannya. Geramnya, macamlah diaorang tahu apa yang kami cakapkan ni. Diam sudahlah.

"Enough!" Arah Xander. Kemudian, dia kembali memandang Sara yang masih tenang itu. "No worries. He's okay, but I hurt him just a little bit because he seemed so stubborn and he won't tell me until I cut his precious skin on his face. Oh god, it's deniable that he has such flawless skin though."

Tech CintaWhere stories live. Discover now