D U A

2.9K 74 9
                                    

"Woi malam ni race jangan lupa !" Jerit Afiq dari atas motor di sebelah motor Adi

"Aku tak pekak lagi lah bodoh !" jerit Adi di sebelah Afiq pula.

Mereka berpisah. Adi ke simpang kanan dan Afiq ke simpang kiri.

Laju Adi pacukan motornya ke rumahnya. Akhirnya Adi selamat sampai. Syukur dia tak mati katak dalam perjalanan tadi.

Sesampainya Adi di rumah ada orang bukakan pintu. Adi tersenyum kepada pakcik guard yang bertugas membukakan pintu pagar.

"Lewatnya balik malam ni. Race lagi ke ?" Tanya pak guard

"Pergi singgah burger jap tadi cik" balas Adi

"Haih. Sayang nyawa kamu tu Adi. kalau jadi apa2 malam ni kan susah. Fikir orang tersayang Adi" nasihat pak guard.

Adi tersenyum sinis sambil membalas.

'Macam tau2 je orang tua ni' getus Adi dalam hati

"Orang tersayang ? siapa yang sayang anak haram macam saya ni cik"

"haish ! kamu jangan cakap macam tu. Pakcik ni sayangkan kamu. Kalau pakcik tak sayang, tak ada maknanya pakcik ingatkan kamu." Tegas pakcik guard sambil menepuk2 bahu Adi.

Orang tua ni lah yang selalu menjaga Adi. Adi menganggap pakcik guard ni sebagai ayah dia.

Bukan hanya pakcik guard dianggap keluarga, malahan warga di sini dengannya bagaikan satu keluarga yang tak boleh dipisahkan. Ya, warga Rumah Anak Yatim Al-Fitriyyah ni bagaikan keluarga nya yang selalu ada dengannya saat susah dan senang.

Setelah habis berbual Adi pergi ke biliknya. Buka saja pintu ada Anid yang sedang menari bagaikan orang tak betul di dalam bilik.

"Astaughfirullah.. keluarlah hang wahai syaitoonnnn... Allahuakbar !!"

Kata2 Adi mengejutkan Anid.

"Cilake punya member. hang pergi mana hah ? macam orang gila aku tunggu hang."

Anid bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arah Adi. Memandang Adi atas bawah.

"Hahaha aku pergi lepak. Siapa suruh hang taknak ikut. Mereput lah hang sorang2 dalam bilik" jawab Adi sambil meletakkan helmetnya dan jacket kulitnya di atas meja di sudut bilik.

"hang ni tak bosan ke keluar tiap2 malam ? lepak dengan mamat2 pula tu. Cuba ah lepak dengan awek2 hang. Awek berkepul, tapi hidup serupa hidup segan mati takmau juga" Anid marah2. Aku malas nak dengar dia membebel aku ambil tuala terus ke toilet.

Anid ni kurus tak kurus, gemuk pun tak gemuk. Biasa2 je dia. Dia putih. Dia pengkid macam Adi. Adi dengan dia bagaikan belangkas, berkepit je. Mereka rapat sejak kecil. Mungkin disebabkan nasib mereka sama. Cuma bezanya ibu dan ayah Anid tinggalkan Anid ketika terlibat dalam kemalangan besar. Anid minat korea so dia selalu jugak dress up ala2 artis korea. Dia ada sorang awek dah 2 tahun couple. Dia setia dengan awek dia. Setia, hmmm.

Ketika Adi dalam bilik air, dia membuka pintu sedikit.

"Oii Nid" Panggil Adi

"Hmm.. Pedia ?" Anid Khusyuk melihat telefonnya mungkin membaca mesej awek kesayangan dia.

"Bang Anid.... Tak nak join adik dinda Adi keeeee ?" kata Adi cuba meleretkan suaranya supaya berbunyi menggoda. Dia kenyitkan mata.

"NOKHAROMMMM ADIII ..!!!!!!!!!!!!!!!!!"

"HAHAHAHAHAHAHA" pantas Adi menutup pintu sambil ketawa berdekah2

"Woii cepatla ! satgi lambat nak pergi sekolah !" jerit Adi ketika menuruni tangga hostel. Adi ingin ke dewan makan.

"Sabar lah !! Aku nak pakai tudung ni !" Jerit Anid dari dalam bilik.

Adi terus ke dewan makan. Ambilkan makanan untuk dia dan Anid. Sayang juga dia dekat sahabat dia.

Habis saja makan mereka mencuci tangan dan terus bersalam dengan mama mereka.

"Ma, kami nak ke sekolah dah. " pamit mereka pada mama.

"Yelah, kamu berdua bawa motor elok2 ye. Terutamanya Adi ni, bunyi enjin motor dia kat sekolah pun mama boleh dengar kat sini."

Adi hanya tersengih seperti kerang busuk. Dia tahu dirinya selalu bawa motor laju2. Dia rasa tak puas kalau tak bawa motor laju2.

Mereka menunggang motosikal mereka ke sekolah. Ketika ingin masuk ke pagar sekolah Adi hampir terlanggar sebuah Myvi putih yang senang2 saja membelok tanpa memberi signal membuatkan motor Adi dan Anid brek mengejut sehingga terangkat tayar belakang mereka.

"Sial ! Myvi je kot nak belagak dah" bentak Anid.

Anid memaki hamun driver Myvi tadi. Tapi Adi terdiam, terkedu dan terkelu lidahnya. Bukan kerana dia terkejut tapi dia terpana melihat seorang perempuan yang duduk di seat belakang kereta tadi.

'cantiknya perempuan tu.' Getus hati Adi.

"Woi Adi. Hang menung apa ? dah lah jom masuk."

Adi menunggang motornya kembali ke pagar sekolah.

Sepanjang perjalanan ke kelas Adi hanya terdiam memikirkan perempuan tadi.

Ini kali pertama hati dia terusik dengan kehadiran seorang perempuan. Dia tak pernah rasakan hal seperti ini.

Kedebuk !

Dia terlanggar seseorang.

"Aduh ! isyy tak Nampak ke orang nak jalan huh ?!" terdengar suara seorang perempuan yang marahkan Adi kerana melanggarnya.

"Sorry" Adi berjalan tanpa menghiraukan perempuan tadi malah wajahnya pun tak dipandang.

"Oi. Belagaknya hang. Taknak tolong perempuan tu ke ? boleh tahan lawa jugak dia" tegur Anid

"Lantaklah dia" Adi meneruskan perjalanannya, fikirannya hanya memikirkan seorang perempuan.

BUAYA (GxG)Where stories live. Discover now