"Nombor plat yang awak bagi ni nombor plat kereta yang hilang. Ada aduan kehilangan kereta ni 2 minggu lepas." Kata seorang anggota polis beruniform kemas. Bermisai nipis.
Lalu polis tersebut menyambung lagi,
"Tak apa. Mungkin ini kes mereka curi kereta dan gunakan kereta untuk tujuan jenayah. Kami akan buat banyak rondaan lagi di sekitar kawasan yang adik bertiga report ni"
Anid, Adi dan Zia menarik nafas lega di balai polis itu. Adi dan Zia harus lebih berhati - hati kerana ada orang berniat buruk terhadap mereka.
Mereka bertiga menaiki kereta Zia menuju ke sebuah kawasan beriadah. Di situ ada taman permainan dan tempat nya sangat menenangkan walaupun ramai orang.
Adi dan Zia berjalan berdua. Anid memberi ruang untuk mereka berdua. Dia pergi mencari makanan. Anid dan lapar tak boleh berpisah.
"Awak, nanti dah habis sekolah, awak nak sambung study kat mana ?" Zia memulakan bicara.
"Emm saya tak sambung mana² kot"
"Eh kenapa pulak ?"
"Yela saya tak pandai. Duduk pun kelas belakang². Tak macam awak, pandai." Kata Adi merendah diri.
"Hmmm tak semestinya la sayang. Sekarang awak rajinkan lah study. Ada masa lagi untuk awak berubah" Zia memberi kata semangat.
"Hmm okay sayang. Tapi awak ajar saya eh ?"
"Ye sayang. Saya ajarkan awak cara mencintai saya sekali hehe"
"Hahaha cia ciaa ciaaa.. Eh tapi kan sayang, kenapa awak masuk class saya ? Awak kan pandai. Patutnya awak masuk class depan."
"Mula tu memang kerani tu nak bagi saya class depan. Tapi class tu ramai jadi dia letak saya kat class yang paling sikit orang. Class kita sekarang ni la"
"Hahaha ye memang sikit pun. Tapi paling kecoh. Class kita kan class student bermasalah terutama saya hehe" Adi tersengih².
"And aku jugakk !!" Tiba² Anid menyampuk dari belakang membuatkan Adi dan Zia terkejut.
"Woi hang tak reti bagi salam ke ? Asyik menyampuk ja. Dasarr" Adi memarahi Anid.
"Eleh asyik dating ja jealous lah aku. Kenapa la awek aku jauh sangat." Kata Anid lalu memuncungkan bibirnya.
"Hahaha korang dua ni so cute lah bercakap dalam dialek negeri sendiri. Tapi kenapa korang macam boleh jugak cakap macam dialek biasa ?" Tanya Zia.
"Sebenarnya kami dua ni orang utara. Anid dari Penang, saya dari Kedah. Mulanya saya diletakkan di rumah anak yatim di Kedah lepastu saya dipindahkan ke sini. Macam tu jugak la Anid" Panjang lebar Adi menerangkan kepada Zia.
"Ohhh macam tu. Baru saya faham. Ehh jom kita balik, dah lewat petang. Esok sekolah pulak" kata Zia.
Mereka bertiga pulang ke kediaman masing².
......
Waktu pagi seperti biasa, Adi dan Anid akan bersiap dan bersarapan dulu. Seperti biasa juga mereka menunggang motor ke sekolah.
Sampai di sana, Adi sudah nampak si 'Dia' menunggu di tempat parking motor. Adi tersenyum bahagia. Turun dari motor dia terus ke arah Zia.
"Sayang.." Tiba² Erin datang entah dari mana memeluk lengan adi. Adi tergamam begitu juga dengan Zia.
Wajah bahagia Zia bertukar menjadi marah. Dia terus ke kelas tak menghiraukan Adi lagi.
"Sayang.. You tengok apa tuu.. I kat sini laa" Erin menarik² lengan Adi.
YOU ARE READING
BUAYA (GxG)
RomansSenang untuk jatuh cinta. Tapi sukar untuk mempertahankan nya. Sekali hati terluka, parut nya akan tetap ada. Sekali kepercayaan dikhianati, mustahil untuk didapatkan kembali. Cinta bukan hanya memerlukan kesetiaan semata-mata. Cinta juga memerlukan...