Hai nama aku Wafa Aulia.Aku seorang yang berpegang pada prinsip.Prinsip apa ye?.Ha nak tahu,prinsipnya takkan ada istilah cinta sepanjang tempoh aku belajar tak kiralah di peringkat sekolah ke atau di peringkat tinggi.
Dada langit yang bertona gelap menandakan bila~bila masa saja hujan akan turun.
"Haihh,mana la Tina ni tadi aku call dia beria~ria kata on the way dah naik lenguh aku tunggu dia kat sini."Omel Wafa.
Dari jauh kelihatan kelibat orang yang sangat di nanti~nantikan oleh Wafa.
"Woii,Wafa sorry la aku lambat.Tadi aku ada hal sikit dengan sistem pencernaan aku ni."Dalih Tina segera sebelum peluru berpandu dilepaskan.Bukan dia tidak tahu sikap Wafa yang suka pandang panas jika dia kena tunggu orang terlalu lama.
"Sorry naik lori la kau.Aku tunggu kat sini dah berjanggut kau tahu tak.Nasib baik kucing tak boleh tumbuh tanduk tau,kalau boleh la aku rasa dah tumbuh dah."Omel Wafa tak puas hati dengan sikap kawannya yang satu itu,bukan sekali dia datang lambat dah berkali~kali.
"Dah la jom, nanti lambat pulak kita sampai kelas,dah la disebabkan tunggu kau proses bacaan aku terganggu .Sebelum pengawas terhormat kita tu a.k.a.ketua pengawas sekolah kita ni menyanyi panggil murid~murid suruh berkumpul dekat tapak perhimpunan.Dah jom"
Dua orang sahabat baik itu berlalu pergi dari situ dan menuju ke kelas mereka yang berdekatan dengan bilik guru.Semasa mereka berdua sedang rancak berbual dalam perjalanan,tiba~tiba terdengar satu suara yang menegur Wafa.
"Hai Wafa awak nak pergi mana tu boleh saya join."
"Malaun mana pulak panggil aku ni."Omel Wafa lalu menoleh ke arah suara tersebut.
"La aku ingat malaun mana tadi rupanya ulat bulu belukar."kata Wafa sengaja dia menaikkan nada suaranya supaya ulat bulu belukar itu dapat mendengarnya dengan jelas.Biar buka sikit minda tu supaya tak kacau orang sesuka hati.
"Ha mana~mana oii ulat bulu belukar tu,aku pun nak tengok sikit ulat bulu tu hinggap kat mana."Balas Tina sengaja menambahkan lagi perasa biar pedas berasap sikit.Baru tingkatan 5,baju pun ibu bapa yang beli ada pulak hati tu nak tackle anak dara orang.
Lantas mereka berlalu dari situ sambil menahan geli hati melihat muka cemberut ulat bulu belukar itu.
Siapa lagi ulat belukar tu kalau bukan si Arman tu.Budak kelas sebelah yang suka sangat kacau keamanan orang lain dan sebab itulah gelarannya ulat bulu belukar pantang tengok dahi licin sikit mula la nak menggatal macam ulat bulu.***
"Wafa kau tahu tak aku dengar cite yang kelas kita ni nak ada budak baru tau,siapa eii nama dia."Emm Tina mengetuk~ngetuk jarinya di meja sambil membuat lagak befikir ala~ala serius."Tapikan aku rasa la aku dah lupa" balas Tina.
"Tapi takpa nanti aku usaha ingat semula and lepas tu aku bagitahu kau."
"Emm,kau tak payah ingat pun takpe tak penting pun buat semak kepala kau dan aku je.So kalau kau tak ingat lagi bagus."balas Wafa selamba badak.
Perhatian kepada semua pelajar anda diminta berkumpul di tapak perhimpunan sekarang.sekian terima kasih.
"Tu ha,abang pengawas kau dah melolong panggil.Dah jom kau jangan nak bermalas kat sini."ajak Wafa setelah mendengar pengumuman tadi.Baginya masa tu penting jadi setiap kali kalau ada apa perhimpunan pastinya dia orang pertama yang akan terpacak sebelum orang lain datang.
Setelah mereka berdua sampai di tapak perhimpunan secara spontan mata Wafa menangkap kelibat manusia yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.Ehh..siapa pulak mamat cermin mata besar tu tak pernah nampak pun sebelum ni.omel Wafa dalam hati.
"Hei..Tina kau cuba tengok mamat yang dekat sebelah cikgu Azliza tu.Dia ka budak baru yang kau katakan tu?"soal Wafa kehairanan.
"Mana~mana?
Owhh..yang tu,mungkin la kot aku pun bukannya kenal dia pun,aku cuma tahu nama dia ja.Tu pun sebab aku terdengar perbualan cikgu~cikgu dekat pejabat semalam masa aku tolong hantarkan barang cikgu Aminah.Kalau tak silap aku nama dia Harraz .Ha betul irsyad.Budak sekolah mana aku tak tahu pulak."balas Tina dengan nada yang pasti."Yela dah la tu sekarang tumpukan perhatian kat depan tu,cikgu tengah bagi ucapan tu.Nanti silap hari bulan pengawas tu tulis nama kau sebab dari tadi kau bercakap tak henti~henti.Kau cuba tengok tu dari tadi lagi pengawas tu tengah usyar panas je belah kita.so diam sikit mulut kau tu."kata Wafa sengaja menakut~nakutkan sahabat karibnya itu.
***
"Cikgu Azliza apa nama kelas saya tu ye?"soal Harraz ingin tahu.Memandangkan dia budak baru di sini jadi wajip baginya untuk mengambil tahu tentang semua yang berkaitan dengan sekolah ini."Okay,nama kelas kamu 5 Ceria.Nanti bila diorang dah habis perhimpunan tu saya akan perkenalkan kamu kepada rakan~rakan baru kamu.Sekarang ni kamu tunggu cikgu dekat kerusi tu sekejap, cikgu ada hal yang nak diselesaikan dulu."
"Baik cikgu kalau macam tu saya tunggu dekat situ,lagipun saya boleh la pantau~pantau kawasan sekolah ni dulu."balas Irsyad sambil tersenyum sebaris.
"Okay la kalau macam tu cikgu pergi dulu."Balas cikgu Azliza sambil menghadiahkan senyuman kepada pelajar barunya itu.
Harraz memperbetulkan cermin matanya.Dia mendongakkan kepalanya dan mula memandang setiap isi sekolah tersebut.
Sekolah ni tak la besar sangat macam sekolah aku dulu, tapi boleh la not bad.Kalau boleh aku tak nak sorang pun tahu yang aku ni anak orang berada,and sebab tula aku pakai cermin mata besar ni biar nampak neard sikit,aku tak care pun orang nak kata apa pun.Janji senang hati.omel Irsyad seorang diri sambil tersenyum apabila mengenangkan tindakannya itu.Sedang dia meninjau~ninjau
Keluasan sekolah itu,dia di sapa dari belakang oleh seseorang yang amat asing baginya."Kau ni budak baru kelas apa ye?"soal Tina lagaknya seperti inspektor polis saja.
Ehh apahal minah ni pandang orang macam nak makan orang je,seram pulak aku tengok.
"Ha'ah saya budak baru tu dan saya akan masuk kelas 5 ceria."Kenapa ye?"soal Harraz kembali.
"Ohh,kalau macam tu selamat datang.Aku Tina Batrisyah.Boleh panggil aku Tina.Ha kau buat apa dekat sini,kenapa tak masuk kelas lagi."Soal Tina
"Kalau ikutkan hati memang aku nak masuk sekarang, tapi aku tunggu cikgu Azliza dululah.Lagipun aku datang dengan cikgu Azliza so aku akan pergi dengan dia.Tapi apa pun gembira dapat kenal kau."
"Kalau kau dah cakap macam tu aku pergi dulu.Bye jumpa lagi nanti."balas Tina dan menghadiahkan senyuman menyengetnya.Tina berlalu pergi dari situ dengan hati yang berbunga~bunga.
"Berita sensasi ni,aku kena cepat bagitau Wafa ni."omel Tina sendirian.
YOU ARE READING
Cinta Pertama Dan Terakhir
RomanceWafa Aulia..cantik orangnya disebabkan kecantikannya itu,dia menjadi kegilaan ramai jejaka di sekolahnya.Baginya cinta di alam persekolahan hanyalah cinta monyet semata~mata.Namun kehadiran Rifqi mengubah segala~galanya. Tengku Harraz Rifqi bin Dat...