~Bab 3~

103 17 6
                                    

"Shamim,bangun. Lambat suda kau mau pergi sekolah!" kata ibuku sambil menggoyangkan bahuku. Apabila ibuku melihat aku sudah bangun,dia beredar keluar dari bilikku.

Aku melihat jam dindingku yang berbentuk segi empat tepat.

"Jam 6:10???!!" teriak aku. Aku segera ke bilik mandi.

Selesai memakai baju,sku segera ke tingkat bawah untuk breakfast.
____________________________________

"Alamak! Ada pengawas! " aku segera meneliti jam tanganku yang menandakan jam 6:48 pagi.

"Oh! Shit!" aku sempat lagi memaki sebelum aku berlari ke pagar sekolah.

"Kau lambat! Aku kena ambil nama kau!" katanya sambil meneliti name tag ku.

Aku hanya memuncungkan mulutku.

'Hmph! Reian ni muka je hensem,simpati sikit pun tak dibagi' fikir aku.

"Okay. Masuklah." katanya dengan muka melihat buku notanya.

"Okayy..masuklahhh..hish,mcm suara pompuan jer," sindir aku kuat sikit supaya dia dengar.
Malangnya dia tak dengar.

Setiap hari Selasa,Rabu dan Khamis, murid-murid akan membaca buku bagi melancarkan program semai.

Aku pergi ke barisan kelas jingga dan duduk di belakang sekali. Aku duduk dengan geng yang aku jarang bersama iaitu,Dalilah,Shafiqah,Afeeqah,
Aniesha dan Aziana.

Aku keluarkan buku novelku yang bertajuk 'Cupcake Girl'. Apabila aku mula membaca, geng dekatku ketawa-ketawa jer. Ada lagi yang tak bawa buku cerita. Siapa yang tak bawa buku cerita,kena denda oleh cikgu yang bertugas. Dorang tak mengaku pun yang dorang tak bawa buku. Tapi aku tak tegur pun sebab aku pun selalu begitu. Hehehe..

Selepas semai...

Kami (kelas 6 jingga) berdiri lalu bergerak ke kelas dalam barisan dan secara senyap sebab Madam Rajesh kata ,"Jangan buat bising!"
Teriakannya boleh didengar satu sekolah!

Madam Rajesh memang terkenal dengan suaranya yang menakutkan. Dia okay jer orangnya,tapi bila kau buat dia marah, takda tempat dah nak lari.

Setibanya dikelas, aku duduk di tempatku. Aku lihat Yasmin keluarkan buku kerja sejarah dan kotak penselnya dengan kelam-kabut.

"Yasmin,apasal kau terhegeh-hegeh keluarkan buku sejarah ngan kotak pensel?" tanya aku dengan kening sebelah kiriku naik.

"Aku belum siap kerja sejarah!" katanya sambil menulis sesuatu pada buku sejarah dengan cepat sekali.

"Kita ada kerja rumah?! Ya Allah! Aku lupa lah!" aku terus mengambil kesemua barang yang diperlukan untuk menyiapkan kerja rumah sejarah.

Aku buka halaman muka surat yang harus disiapkan. Terus aku nak give up! Susahnya soalannya! Aku terus lari ke tempat Atiqah dengan buku sejarah dan sebatang pen di tanganku. Yelah,Nur Atiqah Abdul Halim ni budak pandai dalam kelas ni. Boleh la aku tiru bukunya.

"Atiqah! Bak sini buku mu!" aku kata dengan ganasnya.

"Kalau mau, tanya sopan sikit lah. Ni terus datang 'Atiqah! Bak sini buku mu!'. Apalah.." jawab Atiqah dengan mulutnya yang muncung.

"Hmm,oklah! Wahai kawanku Atiqah, bolehkah saya meminjam buku kerja sejarah mu?" kata aku dengan nada ku yang paling sopan. Padahal,dalam hati geram menggila.

"Itu terlampau sopan. Tapi takpalah. Aku tetap tak mau bagi buku ku."

'Apa lagi yang dia mau?' marah ku secara diam-diam dalam hati.

"Fine. Aku belanja kau RM 1 nanti." aku terpaksa buat ini demi kerja rumahku.

"Okay! Nah,ambillah," kata Atiqah lalu merampas duit RM 1 dari tanganku.

"Kamu ni buat rasuah ka?" kata satu suara yang aku tersangat kenal.

Rupanya Monjing!

"Terpaksa! Demi kerja rumah sejarah!" kataku.

"Hah!? Sejarah ada kerja rumah ka?!" teriak Monjing. Besar mulutnya ternganga.

"Mighis,pinjam buku tu!" kata Monjing dengan kasarnya.

"Jomlah. Kita tiru sama-sama!" ajak aku menuju ke mejaku.

"Teruknya kamu ni. Kerja rumah pun boleh lupa," keluh Atiqah.

"Biasalah tu. Budak 6 JINGGA kan!" kata aku sambil membuat tangan peace.

Aku dan Monjing meniru kerja Atiqah secepat kilat. Dalam tiga minit,sudah kami siapkan tiga halaman kerja sejarah. Kami memang terer kalau meniru.

Selepas rehat, masa subjek sejarah...

Cikgu Jiyah,iaitu guru sejarah tahun 4,5 dan 6 masuk ke dalam kelas. Semua murid terus diam sebelum Rozaimi berkata "Seeellaamaatt sejaahteraa,Cikguuu Jiiyahh." Kami  mengikut Rozaimi.

"Selamat sejahtera. Sila duduk." kata Cikgu Jiyah sambil menyusun buku-bukunya di atas meja guru. Kami mengucapkan terimah kasih lalu duduk.

"Siapa yang tidak siapkan kerja rumah minggu lalu,sila berdiri." arah Cikgu Jiyah.

'Fuh,nasib baik aku siapkan kerja rumah ku tadi,' aku bersyukur kepada ilahi kerana membawa duit  lebih untuk bagi Atiqah tadi.

Beberapa orang sahaja yang berdiri. Satu-satu mereka ditanya alasan,sesiapa alasannya diterima,maka boleh duduk. Yang masih berdiri,berdiri sampai habis masa subjek sejarah.

'Kesiannya.' fikirku dalam hati.

Pelajaran sejarah diteruskan apabila kami disuruh membuka buku teks.


Kelasku, 6 JINGGAWhere stories live. Discover now