~Bab 7~

70 13 0
                                    

Hari ni hari pertama untuk ujian percubaan UPSR. Aku masuk ke dalam kelas kemudian letakkan beg ku di atas kerusiku.

Aku duduk tepi Atiqah cam biasa. Aku lihat dia membaca novel. 'What? Hari ni percubaan dia relax baca novel jer? Hmm..' fikir aku sambil menjeling dia.

"Tak yah jeling-jeling. Aku tau aku cantik!" ujar Atiqah. Dia sedar pulak aku jeling dia. Wait? Dia cantik. Please lah, nak muntah jap! Bueeekkk..ok,done!

"Ehem, sedar sikit diri tu! Muka mu cantik? Kau tengok cermin pun pecah nanti tu cermin" kata aku kemudian ketawa terbahak-bahak. Atiqah hanya memaki aku guna jari tengahnya.

"Kamu ada belajar ka?" tanya Thiah yang tiba-tiba datang entah dari mana.

"Ada" jawabku pendek.

"Dakda..aku lupa hari ni ada ujian," kata Atiqah.

'Dia ni asyik-asyik cakap tu kalau ada orang tanya.  Napa nak tipu lagi? Tau kau ada belajar di rumah berhabis-habisan!'  hatiku sudah geram.

"Ouh.." jawab Thiah.

"Weih! Kamu tak takut ka UPSR makin dekat?!" tiba-tiba Thiah panic.

"Mestilah takut." jawab aku. Memang betul,UPSR is around the corner..takut giler aku!

"Boleh la." jawab Atiqah pendek.

Aku memberi jelingan kepada Atiqah. Dia tunjukkan jari tengahnya lagi apabila dia sedar yang aku jeling dia. 😒

Kkrriinnngg...

Apabila loceng berbunyi menandakan kelas hendak bermula,aku keluarkan kotak penselku.

"Selamat pagi,kelas," ucap Cikgu Lukman,guru pj. Kelas kami ucap yang sama,lepas tu..apa lagi? Kami duduk lah,adoi! Sangka kami nak buat apa?

Dia serahkan kami kertas ujian satu-satu. Kemudian,masa untuk menjawab sudah bermula.

Aku teliti soalan satu-satu,pastu aku jawab perlahan-lahan. Kalau laju-laju,mesti salah eja. Inikan pula subjek bm,mestilah tak bole salah eja. Kena potong markah,baru tau!

Selepas satu jam 15 minit,aku berjaya selesaikan semua soalan. 'Susah jugak soalannya ni! Nasib dapat siapkan sebelum habis masa' fikir aku.

Tinggal 15 minit lagi sebelum waktu menjawab habis..

Apalagi? Aku menconteng meja jer lah. Bosan tahap nak mampus ni! Kelas krik-krik jer. Menconteng meja pun dah rasa muak aku nak buat. Jadi,aku ambil semula kertas ujian yang aku letak dalam laci tadi. Aku semak semula jawapan ku. Semuanya aku puas hati. Takde salah ejaan,takde ayat tunggang-langgang.

'Hmm..boringnya,' keluh aku lalu meletakkan kepala aku di atas meja. Aku lihat jam tanganku. "Jam 7: 25? Lima minit lagi? Lamanya lagi!" kuat aku mengeluh. "Lima minit jak pun. Bukannya lama sangat," aku dengar seseorang tegur dari belakang. Rupanya Cikgu Lukman. "Sudah semak ka kertas mu?" tanya cikgu. Aku sekadar mengangguk jer. Malas nak jawab. Cikgu pergi melihat murid lain lepas aku mengangguk.

'Hmmmmmmmmmmm..bosannnnnnnnnn,' keluhhhhh akuuuuu.

Aku tengok jam dinding lagi. Dah enam kali dah aku tengok walaupun aku ada bawa jam tangan. "Masih lagi jam 7:25?"

'OMG! Lamanya lima minit!'

Aku tengok jam dinding lagi. Tetap jam 7:25.

Aku tengok lagi lepas lama menghayal. Masih jam 7:25.

"Okay,kelas. Orang paling belakang kutip kertas." arah cikgu.

"Aikk! Tapi sekarang jam 7:25 lah. Lima minit lagi" kata aku perlahan. Aku tengok jam tangan ku. Ia menunjukkan jam 7:31 pagi.

'Astaghfirullah, jam dinding tu mati  rupanya, bangang la aku ni' kata aku sambil tersenyum sedikit.

"Senang ka,mim?" tanya Atiqah.

"Sederhana. Ada yang senang ada yang susah." jawabku.

"Ouh" jawab Atiqah pendek.

"Haraplah yang subjek yang lain tak susah," kata aku sambil menyerahkan kertas ujian kepada Nicklous sebab dia orang duduk belakang sekali.
__________________________________

Aku salah..soalan subjek lain susah gila! Tapi,aku jawab jer asal ada jawapan. Mana tau diterima jawapanku.

Minggu depan,dibagi result ujian percubaan tu! Moga dapat 6A!

***
Yo,author here! Thanks for the votes! Harap kamu enjoy bab ini pulak. Sorry kalau author ada typo sikit. Tak yah lah nak bagitau,haqimi_damn. Okay,bye n assalamualaikum! ;-)

P/S: sorry sebab bab ni pendek!



Kelasku, 6 JINGGAWhere stories live. Discover now