~Bab 4~

88 16 5
                                    

"Huh,boring nya.." keluh aku sambil melihat apa yang sedang berlaku dalam kelas. Aku duduk di bahagian sudut depan kelas dekat meja guru. Jadi,aku boleh lihat semua yang berlaku dengan jelas.

Seperti biasa, si kembar,Atiqah,Aina,Farah dan Monjing bercerita. Sama jugak dengan Siti Syazana dan Batrisyia. Nichole pulak belajar melukis ngan Nadzirah. Danish,Qimi dan Tengku pula bercerita. Semua orang lah bercerita. Hanya aku jak di sini buat blur..

"Aku sangka takde cikgu best,rupanya boring," bebel aku sendiri.

"Pergi tempat Nichole lah," aku sudah membuat keputusan. Aku sekarang selalu ngan Nichole dan Nadzirah sebab dorang suka melukis kartun. Melukis tu hobi aku.

Dalam perjalananku ke meja Nadzirah iaitu terletak di belakang sekali,aku lalu meja Nicklous dan Darryl.

'Haraplah dorang tak cari pasal,' harapanku memang ku taruh tinggi-tinggi. Malas nak layan kerenah dorang..

Bila aku nak lalu meja Nicklous,aku hampir jatuh. Rupanya Nicklous memang nak jatuhkan aku dengan kakinya. Nicklous dan Darryl melihat aku sambil ketawa terbahak-bahak. Mau jak aku tumbuk.

"Kenapa bila aku lalu kamu buat begini? " tanya aku sambil manhan geram.

"S..sebab muka m..mu lucu!" jawab Darryl dengan tergagap-gagap. Budak ni memang selalu tergagal-gagap apabila bercakap.

Aku hanya teruskan berjalan selepas aku berkata dengan mereka," fuck you," tapi mereka balas balik benda yang sama.

Setibanya di meja destinasiku, aku melihat Nichole dan Nadzirah melukis. Lukisan Nichole boleh lah. Lukisan Nadzirah buat aku ternganga. Cantik menggila lukisannya. Dia lukis seorang puteri berambut panjang.

"Wah! Cantiknya kau lukis!" puji aku pada Nadzirah.

Nadzirah dan Nichole dengan serentak mengucapkan terima kasih.

'Aikk.. Napa Nichole pun cakap terima kasih? Aku puji Nadzirah jer,' fikir aku sambil menjeling Nichole.

"Nichole,aku puji Nadzirah bukan kau," kata aku dengan tangan di dahiku.

"Yakah?" tanya dia balik.

"Tidaklah. Aku memang puji kau pun.. Kepala hotak kau aku puji kau,dah aku bilang aku tak puji kau,kau tanya lagi!" aku melepaskan geramku yang aku simpan semasa aku hampir jatuh tadi kepada Nichole walaupun dia takde kena-mengena.

"Sorry lah. Jangan lah mengencang!" balas dia.

Aku menarik nafas panjang-panjang kemudian menghembusnya. Tetapi,aku masih lagi stress. Jadi,aku terus memerhati dorang melukis.

Lama-kelamaan,aku rasa boring  jadi aku pergi ke tempat duduk ku. Nicklous cuba jatuhkan aku lagi tapi aku fail. Sekarang,aku pula yang ketawakan dorang. "Bueekkk! Tak jadi pun! Hahahaha," sindir aku selepas menjelirkan lidahku.

Aku duduk demgan tenang sambil menconteng mejaku. It's not vandalisme if you erase it,right?

"Kau ni! Harta sekolah kau pergi conteng! Apalah!" aku dengar tiga orang di belakang mengecam aku.
Itulah Danish,Qimi dan Tengku.

"Kamu ni! Aku tengah tenang,kamu pegi kacau! Apalah!" jawab aku balik.

"Kami tegur pun tak boleh!"  kata Qimi pulak.

'Hmm..ya allah! Malasnya nak layan dorang! Kenapa Engkau ketemukan aku dengan dorang? Kenapa?' tanya aku dalam hati.

Semasa aku mengambil pemadam dari kotak pensel, aku terdengar suara orang ketawa.

"Hahahahahahahahahah!"

"Hahaha..siapa lagi tu kalau bukan Muhammad Izz Lutfi a.k.a. Lutfi? Satu sekolah kenal ketawanya!" kata aku sendirian.
I know forever alone,kan?

"Hahaha..alone!" aku dengar seseorang ejek dari belakang.
Pfftt..Danish lagi!

"Kenapa kau dak pegi sama dorang Atiqah?" tanya Tengku.

"Malas. Dorang sedang bercerita tentang sebuah drama di TV3. Aku tak berapa suka tengok benda cam tu." kata aku sambil memadam coretan di mejaku.

Dorang bertiga hanya menjawab ,"ooo" sahaja.

Tak lama kemudian,Cikgu Rusnah,guru Bahasa Malaysia, masuk.

Selepas mengucapkan selamat pagi dan terima kasih,kami duduk.

"Baik. Keluarkan buku teks,muka surat 56," arah cikgu.

"Mighis,baca petikan pertama,"

Tiba-tiba,namaku dipanggil. Kenapa tak Yasmin? Aku hanya menurut arahan.

Aku baca dengan teliti dan intonasi yang betul.

"Okay,bagus. Truva,sambung," arah cikgu kepada Truva pulak selepas aku habis baca petikan pertama.

Aku merenung ke arah buku teks semasa Truva sedang membaca petikan seterusnya.

"Okay,bagus,Truva. Baiklah,kelas,faham kah apa yang disampaikan dalam petikan ini?" tanya Cikgu Rusnah.

Kami semua menjawab," Faham!"
walaupun mungkin ada segelintir yang tidak faham.

Cikgu memberi kami latihan berdasarkan petikan tersebut. Aku menyiapkan latihan tersebut secepat mungkin tapi mesti ada orang yang lagi cepat dari aku. Dan orang itulah Yasmin. Dia menulis dengan laju tetapi tulisannya tetap kemas dan cantik. Tapi,kadang-kadang ada salah eja.
____________________________________

"Sedapnya sup tadi!" kata aku sebelum minum air kotak jus anggur. Monjing hanya mengangguk.

"Kamu selalu makan sup? Sedap sangat kah?" tanya Atiqah.

"Mestilah sedap. Nanti lambat-laun kami berhenti lah makan sup," kata aku.

"Hmm..iyalah," kata Atiqah lalu mengajak kami ke kelas.

Kelasku, 6 JINGGAWhere stories live. Discover now