Elvroseth
Nobody and only a person with Thorns,roses,and all.
Isnin, 14 November 2016
Retold (I) ; 'YOUSUF'prolog (1)- Yusuf
Dengan menyebut nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha penyayang.
Mata melangkah jauh ke arah kerusi menunggu. Kaki menarik telapaknya terheret sama dengan bagasi ke bangku besi. KLIA 1 tidak sesesak KLIA 2 dan tidak semegah KLIA 2. Boh..san. Dia mengeluh. Dia duduk di atas kerusi tadi dengan muka yang kurang nak berperasaan.
Mata dia melilau ke kiri dan kanan. Ada kedai Pusrawi, kedai coklat dan bla bla bla tapi tidak segempak KLIA 2. Jam yang terikat di tangan dikerling. Dah lima minit aku tunggu.
Lima minit dan.. tap! Jarum panjat menyentuh 12. Okeh, enam minit,dude. Punggung dia dah panas. Tudung labuh paras punggung diselak ke atas dan bahagian depannya dikibaskan ke muka gaya gangster aje. Tangan disinsing ke atas sehingga menampakkan separuh lengan.
Aurat.
Dia senyum sinis. Aku kisah hapa, aku panas. Mata-mata yang memandangnya di-buat-bodohkan aje. Maybe dorang expect aku ni jenis pakai handsock dekat dalam kot. Jenis manusia tudung labuh yang alim.
Peduli hapa.
“Assalamualaikum, ya Zulaikha”
Darahnya beku. Suara itu. Zulaikha mendongak ke atas mencari suara tadi dan..
Dia ternganga.
Abi. Zap! Lengan turun jatuh sampai ke telapak tangan. “Ya, Abi!” dia sengih. “Waalaikumusalam abi” tangan dihulur. Gaya peduli-hapa-aku dia tadi dah hilang berganti dengan gaya muslimah sejati. Gaya yang sepatutnya mentaliti masyarakat terhadap gadis bertudung labuh. Ayu, sopan dan berrriman!
Dan dia?
Zulaikha telan air liur. Aku swag. Dia biarkan dahinya dikucup Abi. “Bagaimana Mesir sana?”
“Alhamdulillah” dia menjawab penuh lemah dan kelemubutannya mencapai tahap infiniti. Matanya terkelip lemah dan menunduk, “Abi sihat?”
“Sihat anakku” Abi senyum bahagia.
Zulaikha mengangguk. Geez, bila nak balik ni? Dia mengeluh dalam hati. Aku dah penat beramah mesra dekat sini. Aloha abi ni pun..
“Marilah pulang Zulaikha” Bagasi di angkat. Zulaikha menolak lembut tangan abi dia.
“Tak apa, Zu buat sendiri”
“Zu penat, biar abi tolong”
“Tak apa..” dan Zulaikha yang swag tahi kucing tadi betul-betul ikhlas untuk kali ini. “Zu buat sendi..”
“Tak apa, biar saya buat”
Hoarse voice but sensual. Beautiful Voice. Membuatkan dua beranak itu mengangkat wajah ke arah suara tadi.
“Ya tuhan!” Abi ketuk kepala dia sendiri seraya ketawa kecil-sopan. “Yusuf! Abi terlupa sama kamu”
“Tak apa..” Yusuf tarik beg Zulaikha. “Marilah kita pulang, Abi. Biar Yusuf angkatkan barang puteri abi”
Abi senyum ikhlas. Baik betul budak ni. Yusuf dipandang sekilas dan pandangannya terkalih pada Zulaikha. “Zulaikha, ini yusuf” Abi memperkenalkan. Yusuf angkat wajah memandang Zulaikha. Abi sambung, “My new son and your new brother. Baru masuk islam enam bulan lepas.”
Yusuf senyum. “My name is Joseph . Yusuf binti Abdullah nama islam” dan senyuman itu semakin manis untuk Zulaikha.
Dan hakikatnya..