part 2

333 5 0
                                    

Prolog (2)- Zulaikha

Sebulan kemudian.

“Makanlah Zulaikha!” Umi memujuk aku. Aku menggelng. Tingkap aku renung. Air mata mengalir laju. Bibir aku semakin pecah. Esakan Umi turut kedengaran. “Puteri Ajla Zulaikha, makanlah.. dalam seminggu, empat kali aje Zulaikha makan, boleh mati kalau tak makan. Asyik minum aje.”

Air mata aku mengalir lagi. Langit menjadi santapan mata aku.

“Zulaikha, apa Zulaikha buat ni” Umi mengusap air mata aku. “Janganlah asyik menangis aje”

“Zulaikha nak Yusuf” Esakan aku semakin bergema. “Zulaikha nak Yusuf”  air mata aku mengalir laju. “Mana Yusuf, Umi? Yusuf…” aku mengongoi lemah. “Nak Yusuf. Zulaikha cintakan dia. Zulaikha sanggup buat apa sahaja untuk dia.”

“Zulaikha..”

“Tolonglah Umi..”  mata aku terpejam lemah. “Zulaikha cintakan dia. Zulaikha mahukan dia. Zulaikha hanya nak Yusuf yang suapkan Zulaikha. “

“Dah sebulan Zulaikha macam ni, asyik menangis aje” Umi turut sama menangis. “Zulaikha tak sayang umi ke? Zulaikha tak sayang kami semua?”

Aku diam.

“Janganlah macam ni Zulaikha, doktor cakap kalau Zulaikha asyik menangis, mata boleh buta”

“Zulaikha nak Yusuf”

Umi terdiam.

Dan tiada ada daripada yang ada itu,
Aku hanya mahu Yusuf.

**--**-

 Aku peluk kain seperti kain perca itu. Air mata aku mengalir laju. Aku mengesot ke hujung katil dan lutut aku rapatkan ke dada. Bibir aku bergetar. Nafas aku semakin panas. Kain tadi, aku peluk dan aku cium.

Yusuf..

“Cinta itu milik Allah, Zulaikha”

Bau Yusuf aku ambil. Sebahagian daripada kain baju Yusuf yang terkoyak. Yusuf, saya rindu awak. Aku kertap bibir. Saya cintakan awak. Kenapa, kenapa awak pergi dari saya? Hodoh sangat ke rupa saya untuk saya menjadi teman sehidup semati awak?

“Dan jika Cinta itu milik Allah, cinta itu juga akan jadi milik awak jika awak memncintai Allah”

Air mata aku mengalir lesu. Ya Allah, kenapa aku langsung tidak dibenarkan untuk mencintai Yusuf? Dan jika Cinta itu milik Allah, cinta itu juga akan jadi milik awak jika awak memncintai Allah. Suara Yusuf bergema lagi. Nafas aku semakin perlahan. Air mata aku langsung tidak kering.

Dan bahagian baju yusuf yang terkoyak, aku bawa ke pelukan. Kain tadi aku peluk dan aku kucup sehingga mata aku tertutup.Membayangkan Yusuf yang aku peluk.. Yusuf yang aku kucup.. Yusuf yang aku cintai.

“Akak” suara Zulaisya.

Aku tidak berpaling ke arahnya. Mata aku meratap kain koyak daripada baju Yusuf. Sekali lagi air mata aku jatuh. Kain tadi aku kucup berulang kali. Bahagia terasa bila membayangkan Yusuf ada bersama aku.

Yusuf..

“Puteri Ajla Zulaikha” suara Zulaisya tegang. “Akak pernah tanya kisah nabi yusuf.” Dia duduk disebelah aku. “Akak tahu kan keseluruhan cerita itu?”

Geleng.

“Zulaikha, isteri kepada Putifar, ketua polis mesir yang membeli Yusuf.”

Zulaikha? Aku pandang Zulaisya tajam. Yusuf? Kenapa.. kenapa aku tak tahu ada nama watak Zulaikha dalam kisah Nabi Yusuf. Dan semasa Yusuf ceritakan tentang kisah Nabi Yusuf, dia tak sempat habiskan ceritanya dan hanya setakat kisah Yusuf dijual aje. Aku pandang Zulaikha dengan pandangan berharap yang dia menyambung ceritanya.

pengajaranWhere stories live. Discover now