Retold (III) - Yuosuf
ZRAPPP!Detik waktu terhenti.
Aku tergamam. Aku pandang Yusuf. Yusuf juga seperti turut terkedu dengan apa yang dah berlaku. Baju aku.. belakang.. terdedah separuh.
Separuh.
And life is round and round.
**--**
Sepantas kilat! Aku bersandar pada dinding. Menutup yang terdedah. Aku pandang dia tajam. “Keluar!” aku kertap bibir. Ah Zulaikha,ini memalukan! “Keluarlah!!” aku betul-betul naik hantu!
Dia masih tergamam.
Erghh, “Please, get out from my room” aku betulkan baju. Shets! Baju ni pun satu! Kenapa tak berkualiti sangat! Aku semakin rapat pada dinding. Wajah Yusuf yang masih terkedu tu aku pandang tajam. Apa lagi dia ni?
“Saya minta maaf” bahagian koyak tadi, dia genggam. “Saya tak sengaja. Saya hanya nak bergu..”
“Cut the crap and go to the hell with your sorry, now please get out” aku menghembus nafas tajam. “Leave me alone”
“I won’t”
What?! Aku pandang dia tajam. Dia selamba aje mendekati aku. Bahu aku dipegang. “Kenapa lari daripada saya?” suara dia perlahan dan lembut. “Bukan ini ke yang awak nak selama ini?” dia cuba pegang tangan aku tapi aku tarik kasar. Dia mengeluh, “Awak nak cinta saya, bukan?”
“Saya dah dapat lebih daripada cinta awak walaupun bukan cinta awak” ah, macam jiwang sangat pula ayat ni. Ah, lantaklah! “Saya dapat cinta Allah” aku pandang dia tajam. “Dan saya tak perlukan cinta awak”
“Pretty little liar” dia pegang wajah aku, memaksa aku untuk pandang dia. Aku cuba mengelak, namun tangan dia semakin keras. Nak tolak dia tapi pergerakan aku dikawal oleh baju yang nak terlondeh! Aku pegang baju jubbah aku di bahagian bahu yang hampir nak terjatuh. Nafas dia semakin keras menampar pipi aku. “Please, look at me”
“What?” aku gertap gigi. Mata dia, aku pandang tajam.
Dan pandangan berani-mati kami bertemu.
“Awak cintakan saya” dia ketawa kecil. “Why you want to deny it? Just tell me the truth. Kalau awak tak cintakan saya, kenapa awak kucup bahagian baju saya yang terkoyak dulu? Kenapa awak menangis untuk saya? Kenapa awak lari daripada saya?” hidung dia semakin menyentuh kelopak mata aku.
Lidah aku kelu.
“Saya tak pernah bencikan awak, Zulaikha”
“Tapi awak lari dan pergi dari hidup saya!” aku tahan getaran air mata. “Kenapa sibuk nak kembali? Kenapa tak pergi aje? Awak pernah kata awak bencikan saya, apa masalah awak ni? Dah gila ke?”
“Saya..” pandangan matanya redup. Wajah aku dilepaskan namun tangannya mendarat lesu di sebelah bahu aku. Kepalanya ditundukkan dan seperti hampir mahu berlabuh di bahu aku. “Saya betul-betul minta maaf” nafas berat dihela. “Saya ikut perasaan saya. Saya.. saya rasa marah bila awak malukan saya. Awak fitnah saya.”
Aku nak minta maaf tapi.. kelu. Aku menjauh bila terasa dia semakin rapat. Tapi kakinya menahan lutut aku dan aku terkunci! Arghhh! “Lepaslah!”
“Saya masih tak habis cakap lagi” dia menunduk memandang aku. “Saya nak tebus semua kesilapan saya”
“Saya tak nak”
“Sampai bila awak nak jadi isteri tanpa suami?”
Aku terdiam.
“Apa yang kita buat ni salah di sisi islam. Kita kena perbetulkan semuanya”