TZA 2

3K 93 0
                                    

Selesai sudah majlis perkahwinan aku dan Zhaff. Fuhh penat giler,dengan jemputan nya yang dekat dua ribu orang. Boleh patah tulang kaki aku ni,dengan pakai high heels nya yang setinggi 6 inci -_- Apalah nasib. Huhuhu.

"Adoi penatnya." Kataku sambil membaringkan badan ke atas tilam di dalam bilik ku dan membuat kan aku terlelap.

"Sayang bangun sayang dah masuk isya' ni. Jom bangun solat lepastu baru sambubg tidur" Kejut Zhaff ditelinga aku sambil tangan mengusap ngusap pipiku.

Aku yang terjaga dari tidur terus terjerit melihat muka Zhaff yang hanya seinci dari muka ku. Zhaff yang melihat reaksi ku tergelak gelak sambil menekan nekan perutnya. Acah lawak sangat la tu. Aku yang bengang di gelakkan oleh Zhaff terus naik keatas badan nya yang sedang baring menelentang menghadap syiling sambil tergelak gelak.

Terus berhenti ketawa Zhaffran melihat diruku yang berada diatas nya dan berkata "Nak goda abang ke apa sayang ni?"

Aku dengan senyuman nakal menjawab "Takde lah nak goda cuma nak senyap kan mulut awak tu yang gelak tak ingat dunia. Kenapa? Awak tergoda ke?"

"Tergoda la sikit,lagi lagi bila hari dah malam ni kan." kata Zhaffran sambil melingkarkan tangan nya ke pingang ku.

"Ish mengada nya,hah tangan nya ni duduk diam diam tak boleh ke?" Marah marah manja aku kepada Zhaff.

"Tadi goda abang sangat pastu marah marah abang. Nakal nya bini abang ni." Zhaffran berkata sambil sebelah tangan nya mencuit hidung Adiraa dan sebelah lagi masih dilingkarkan di pinggang Adiraa.

Kerana malas mahu melayan sikap nakal zhaffran Adiraa terus bangun dari atas badan Zhaffran dan masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu'. Selepas Adiraa keluar giliran Zhaffran pula mengambil wudhu'.Solat isya Adiraa di imamkan oleh suami nya buat pertama kali dalam hidupnya. Dengan suara merdu Zhaff membaca ayat ayat suci alquran membuat kan hati Adiraa sayu dan tersentuh.

Selepas menunaikan solat isya' Adiraa menyalami tangan Zhaffran dan memohon ampun dari suami nya jika dia tidak dapat menjadi isteri yang sempurna dan meminta supaya Zhaff sudi membimbing nya menjadi isteri yang solehah.

Zhaffran dengan hati yang tenang membalas,"kita sama sama tak sempurna. Allah satu kan kita supaya kita dapat sempurna kan antara satu sama lain,jadi sebagai suami memang tanggungjawab abang untuk bimbing Adiraa menuju ke jalan Allah." Terus dipeluk Adiraa dengan kejap untuk membukti kan kasih sayang nya terhadap Adiraa tak akan pernah hilang.

"Terima kasih awak." Balas Adiraa di dalam pelukan Zhaffran.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tengku Zhaffran AdamWhere stories live. Discover now