Bab 3

360 15 0
                                    

MALAM itu mereka semua berada di meja makan untuk makan malam, dalam keadaan sopan dan sunyi. Sehinggalah terdengar telefon pintar seseorang berbunyi. Semua mata memandang Khalil. Semuanya berasa pasti deringan itu datangnya daripada pemuda yang duduk sebelah menyebelah dengan isterinya itu.

"Sorry," katanya kepada semua orang dan bingkas bangun selepas memandang skrin telefon. Sempat tersenyum kepada isterinya.

Dia beredar ke ruang depan untuk menjawab telefon, tapi semua orang masih tetap dapat mendengar suaranya. Kenapa tidak, ruang depan itu sangat besar. Jadi, sesiapa yang bercakap di ruangan itu, suaranya akan bergema.

"Hah, Sam, kau dekat mana? Kau patut call aku semalam, bukan hari ini. Kau dah lupa ke?" kata Khalil kepada seseorang yang bernama Sam di hujung talian.

"Apa sajalah yang kau sibukkan tu Sam? Kau bukannya kerja lagi," katanya lagi.

Telinga Emierda turut terbuka luas mendengar semua percakapan Khalil.

"Heh, aku dah hampir satu bulan tau hantar kad jemputan tu dekat kau. Lagi dua minggu majlis aku berlangsung. Saudara-mara aku semua dah berkampung dekat sini. Besok Ajai dengan Diana confirm sampai sini. Tapi, batang hidung kau tak ada tanda nak muncul pun. Ajai dan Diana tu punya jauh sanggup datang awal. Kawan apalah kau ni."

Khalil menambah. "Ya, besok pagi dia orang sampai."

"Berapa orang kawan Khalil nak datang?" Puan Julia berbisik kepada Salina yang duduk di depannya.

"Katanya bertiga saja yang bermalam di sini, mak ngah. Tapi, hari persandingan tu nanti, mungkin lagi ramai yang datang," jawab Salina sambil mengangguk pasti.

"Apa pula lama lagi?"

Terdengar lagi suara Khalil dari ruang depan.

"Oh... banyak lawa muka kau. Kau dah janji dekat aku, kan? Aku nak besok pagi kau sampai sini. Kalau tak besok pagi pun, petanglah."

"Dah pernah jumpa ke kawan dia yang nama Sam tu?" tanya Puan Julia lagi kepada Salina.

"Tak pernah lagi, mak ngah."

"Apa? Tak boleh?"

Kali ini terdengar pula suara Khalil meninggi sedikit.

"Okeylah. Okeylah. Lusa pun tak apa. Asal jangan tak datang langsung pula. Kalau tak, kau aku putus kawan," tambah Khalil.

"Putus kawan?"

Bulat mata Puan Julia memandang Salina apabila mendengar ugutan Khalil kepada temannya itu.

"Jahat betullah Khalil ni," katanya.

Salina dan yang lain hanya tersengih mendengar kata-kata Puan Julia. Tapi, mereka memang kenal sangat sikap Khalil. Di sebalik ugutan itu, tidak lain hanyalah gurauan semata-mata.

"Yalah. Dahlah aku nikah hari tu kau tak ada, takkan majlis sanding ni pun kau tak boleh datang. Okeylah, okeylah. Jumpa lusa tau. Assalamualaikum."

Khalil mengakhiri panggilan dengan ucapan salam buat temannya bernama Sam nun di sana.

"Siapa Sam tu?" Puan Julia pun bertanya. Kalau setakat Ajai dan Diana, mereka semua kenal. Semasa di ibu kota dahulu, Khalil selalu juga membawa teman-temannya itu singgah ke rumahnya. Kadang-kadang bermalam di sana. Tapi, Sam? Baru kali ini Puan Julia dan yang lain mendengarnya.

"Kawan Khalil masa di universiti dulu," jawab Khalil sambil memandang isterinya dan sempat tersenyum lagi sebelum menoleh kepada ibu saudaranya, Puan Julia.

"Kawan universiti? Tak pernah dengar pun. Pernah Khalil ajak ke rumah? Manalah tahu kalau-kalau mak ngah lupa pula, kan?" kata Puan Julia lagi.

"Tak pernah, mak ngah."

KelibatWhere stories live. Discover now