Saat Kau Pergi (Part 2)

46 2 0
                                    

Pada hari itu, aku bersiar-siar bersama adik ketigaku, Shila dalam perjalanan ke rumah. Aku dan Shila masing-masing berjalan beriringan dan memegang tangan kiri dan kanan ayahku. 

Bahagia benar-benar mengulit jiwa ketika itu. Kami berjalan melalui beberapa buah rumah usang dan sebahagiannya masih didiami oleh penduduk disitu. Aku sedar masih ramai lagi penduduk disini yang senasib denganku. Kedengaran derai tawa kanak-kanak yang berkejar-kejaran diluar kawasan rumah. Tak kurang juga tangisan kuat dari bayi kecil yang kedengaran jelas dari dalam rumah. 

Mungkinkah mereka tidak selesa atau kelaparan? Hanya Tuhan yang lebih Mengetahui-Nya...

Sewaktu kami berjalan, kami melalui sebuah rumah yang tidak asing lagi buat penduduk di Kampung Melayu. Pemiliknya Sakdiah atau lebih dikenali dengan panggilan ' Cik yah ' merupakan antara penduduk yang boleh dilabel sebagai 'orang berada' di kampung itu. 

Dibahagian luar kawasan rumahnya, Cik Yah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau menjual gula-gula, coklat,dan pelbagai jenis makanan ringan yang lazimnya dibeli oleh kanak-kanak dikawasan perkampungan itu. Ayahku sempat menegur dan menyapa Cik Yah yang sedang melayan pelanggannya. 

"Abah, adik nak beli coklat yang Cik Yah jual tu boleh tak?" rengek Shila tiba-tiba. Ayah menyelukkan tangannya ke dalam kedua-dua poket seluarnya. Kosong. Duit hasil mencuci pinggan di Restoran Pak Cik Sufian sudah habis dipakai untuk membeli makan malam. Ayah meleraikan pegangan tangan tangan kami dan perlahan-lahan duduk berlutut di hadapan Shila.

"Sayang kalau kita beli coklat tu esok boleh tak?" pujuk ayahku perlahan. 

"Kenapa? Ayah tak ada duit lagi ke? Ayah selalu macam tu, Ila nak apa-apa semua susah sangat nak dapat. Kawan-kawan Ila semua cakap je nak apa, semua mak ayah diorang beli. Tak macam ayah. " tutur Ila sayu. 

"Ila, esok abah belilah sayang. Kak long akan pastikan Ila akan dapat coklat tu esok, boleh?" celah aku. 

Aku tidak menyalahkan Ila yang berusia 8 tahun itu kerana tidak memahami keadaan ayahku. Ayah hanya memandangku dengan wajah yang sugul .

"Taknak! Ila nak coklat tu hari ni jugak!" bentak Shila. 

"Ila dengarlah cakap kak long kali ni. Kita beli esok ya coklat tu, sayang.."aku terus memujuk. 

"Tak nak, Ila nak hari ni jugak. Ila nak makan malam ni. "Ila mula menangis. Hatiku semakin sakit dengan sikap adikku itu. 

"Ila boleh tak jangan degil. Taukan ayah dah guna duit untuk beli makan malam tadi. Kak long dah cakapkan tadi, kita beli esoklah coklat tu." Suaraku sedikit meninggi. Api amarah dalam hatiku semakin membuak-buak . Sesekali aku tewas melawan api amarah dan rimas melihat sikapnya. 

Sempat aku beristighfar beberapa kali memohon kesabaran untuk berhadapan dengan perangai adikku itu. 

"Kak long, tak baik cakap macam tu kat Ila. " sampuk ayahku pula. Ayah memandang wajah Ila kembali seraya berkata, 

"Oklah, kita beli coklat tu hari ni ya.Adik dengan kak long tunggu kat sini diam-diam tau." tutur ayah sambil mengusap lembut ubun-ubun adikku. Senyum girang mula terukir diwajahnya. 

Ayah berjalan menghampiri Cik Yah yang sedang memberi pulangan baki kepada pelanggannya. 

"Abang Kasim nak beli apa hari ni? Manabudak-budak lain?" sapa Cik Yah mesra.

"Rahmah ada kat rumah jaga anak-anak macam biasa. Yang ikut saya hari ni Shila dengan kak long, itu diorang. "kata ayah menunjukkan tangannya kearah kami. Kami saling berbalas pandangan dan lambaian. 

"Yah, saya segan sebenarnya..Shila nak beli coklat.T..Tapi duit saya hari ni dah habis untuk beli makan malam..S..Saya hutang dulu boleh tak?" pinta ayah lemah.

Aku berdiri tidak jauh dari mereka, memasang telinga dan mendengar perbualan mereka. 

"Tak apalah, Abang Kasim.Saya faham keadaan abang. Abang ambillah apa yang abang nak. Nanti bila abang dah ada duit, baru bayar balik. Kalau tak bayar pun tak apa ."

"Betul ke ni, Yah? Banyak betul hutang abang terhadap Yah. Tak taulah abang dapat bayar balik tak kesemuanya. Apapun, terima kasih untuk coklat ni." Ayah mengambil beberapa batang coklat dan mengucapkan terima kasih sekali lagi sambil tersenyum.

Aku hanya memerhatikan dari jauh. Aku tahu bukan sekali ayah berhutang dengan Cik Yah. Hutangnya sudah tidak dapat dihitung dengan jari. Malah bukan dengan Cik Yah saja, Jika dihitung kembali mungkin mencecah ratusan atau ribuan ringgit dengan sekitar penduduk kampung. 

Begitulah sikap ayahku yang sanggup menebalkan muka berhadapan dengan orang ramai demi mengukir bahagia di jiwa kami adik-beradik. 

Itulah ayah, yang akan sentiasa menjadi juara hatiku. Tidak pernah kusangka, ayah yang aku gelarkan HERO itu akhirnya membuatkan aku merana. Insan yang aku banggakan , kagumi selama ni telah menghancurkan kepercayaanku terhadapnya. 

 . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . 

Saat Kau Pergi (Cerpen) [COMPLETED]Where stories live. Discover now