Saat Kau Pergi (Part 3)

36 2 0
                                    


Pada waktu itu, kami lapan beradik baru selesai makan malam. Kesemua adik-beradikku yang lain mengambil keputusan untuk berehat diluar rumah. Daripada apa yang ayah beritahu kepada ibuku, dia ingin keluar untuk minum bersama kawan-kawannya di Warung Pak Seman yang terletak kurang dari 2 km dari rumah. 

Aku juga semakin curiga, kerana kebelakangan ini ayahku memang kerap benar keluar pada waktu malam..dan selalunya ayah akan pulang pada lewat malam..Biasanya lebih kurang pada 1 atau 2 pagi. Namun, aku cuba berfikiran positif..

"Mungkin waktu malam nilah , masanya ayah dapat berehat dan menenangkan dirinya setelah seharian penat mencari nafkah..." getus hati kecilku...

Lalu aku terus melabuhkan punggung dan mengambil sebuah buku Matematik dari beg sekolah. Kelihatan ibuku sedang asyik menyiapkan anyaman tudung saji yang tergendala pada petang tadi. Tiba-tiba kedengaran siren kereta polis disekitar kawasan rumahku. 

Ibu segera meletakkan hasil anyamannya yang hampir siap itu dan bingkas bangun lalu menjenguk keluar rumah. Aku hanya buat-buat tidak mendengar dan tidak mengendahkan bunyi tersebut  kerana bagiku pasti ada masalah kecurian atau rompakan saja.

 Aku tidak berminat sama sekali untuk mengetahui keadaan lanjut dan hanya fokus terhadap pembacaanku sahaja. 

Ibu menapak keluar rumah apabila melihat sebuah kereta polis dan sebuah van milik JAIP berada dihadapan rumah Cik Zah. Cik Zah merupakan seorang janda beranak satu yang ditinggalkan suami tiga tahun lalu. 

Dia yang dahulunya berasal dari Perak mula menetap dikampung ini dan bekerja sebagai pelayan di Rstoran Mak Senah yang terletak dihujung kampung. Orang ramai dan jiran tetangga mula memenuhi perkarangan rumah Cik Zah apabila melihat kelibat kereta polis yang amat 'digeruni' itu. 

Adik-adikku yang lain meminta izin untuk melihat dan mengetahui apa yang terjadi namun lantas ditegah oleh ibuku. Dari situ, kami dapat melihat 2 orang anggota polis bersama beberapa pegawai JAIP sedang menggari dan membawa Cik Zah dengan berkain batik dan masuk ke dalam kereta polis. 

Tidak lama kemudian, suasana dikawasan itu semakin hingar-bingar apabila seorang lelaki muncul dengan hanya memakai tuala dan diapit oleh 2 orang anggota polis lelaki. 

"Astaghfirullahala'zim...." Ibunku beristighfar panjang apabila melihat lelaki yang digari dan memakai tuala itu ternyata suaminya sendiri! Air mata yang bergenang dikelopak mata sejak tadi akhirnya gugur jua. 

Aku bingkas bangun dan mengehentikan pembacaanku lalu menghampiri ibuku. Akhirnya, ayah dibawa masuk kedalam van tersebut dan berlalu pergi meninggalkan kami sekeluarga. 

"AYAHHHHHHH!!!!!!!!"

Kesemua adik-beradikku yang lain menjerit memanggil ayahku dan berlari mengejar van tersebut yang berlalu pergi..Mereka tidak lagi menghiraukan tegahan ibuku. Aku terkesima melihat kejadian yang berlaku didepan mata ku sendiri.

Aku cuba menenangkan keadaan ibuku yang sudah terjelopok diatas tanah sambil pipinya dibanjiri air mata yang terus-terusan mengalir sejak tadi. Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku dan mengharapkan ia hanyalah sebuah mimpi ngeri tang tidak berkesudahan. 

Tidak kusangka, kesetiaan yang dijaga dengan ketulusan hati yang dipaparkan itu akhirnya musnah dan tergadai pada malam itu...

Hari silih berganti meninggalkan diri kami dengan bayangan peristiwa hitam yang asyik menyelubungi jiwa dan fikiran. Ibu jugasudah mula bekerja dan Natasya, adik keduaku atau angah yang kini mengambil alih tugas ibuku yang berniaga nasi lemak dan kuih -muih dikawasan kampung. 

Aku pula tetap mengharungi liku-liku hidupku seperti biasa..Aku terpaksa mengorbankan masa untuk berniaga dan pelajaranku sejak peristiwa itu berlaku. Peperiksaan UPSR yang aku nantikan selama ni akhirnya telah selesai aku jalani..

Namun, ternyata kehidupan kami semakin berubah..terutamanya sejak Atuk Salleh iaitu ayah kepada ibuku yang membawa kami berpindah dan memulakan hidup baru dikediamannya di Kampung Lebak, Temerloh. 

Rutin dan cara hidup kami juga sudah berubah 360 darjah.Sejak itu, ibu tidak perlu lagi bersengkang mata, dan bangun awal untuk mengukus kuih-muih untuk dijual pada keesokan paginya. 

Kami adik beradikku juga tidak perlu lagi bekerja dan bebas melakukan apa sahaja aktiviti yang diinginkan. Memandangkan jarak antara rumah Atuk Salleh dengan Sungai Pahang hanya terletak beberapa kilometer saja, kami sering menemani atuk untuk memancing dan mandi sungai pada setiap hari. 

Kebahagiaan kian mengulit jiwaku disaat usaha yang aku lakukan selama ini ternyata membuahkan hasil apabila aku berjaya meraih 5A dalam peperiksaan UPSR. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara apabila aku harus berpisah dengan keluargaku demi menyambung pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuantan. 


Saat Kau Pergi (Cerpen) [COMPLETED]Where stories live. Discover now