Saat Kau Pergi (Last Part)

49 3 0
                                    

Masa begitu pantas tanpa aku sedar....

Aku telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaya selama 5 tahun dalam jurusan Akauntan..Akhirnya, aku telah keluar dan berjaya sebagai seorang Esekutif Bank di sebuah bank yang terkemuka di Kuala Lumpur. 

Takdir juga telah menemukan aku dengan pilihan hatiku yang juga merupakan seorang Esekutif Bank ditempat aku bertugas ..

Hubungan persahabatan kami telah berubah kearah alam percintaan dan seterusnya menginjak ke jinjang pelamin..Gaji kami berdua telah membolehkan kami untuk tinggal disebuah banglo dua tingkat yang terletak di tengah-tengah kota Metropolitan itu..

Kesemua adik-beradikku telah berjaya dalam bidang masing-masing kecuali adik bongsuku, Alif yang akan menduduki peperiksaan UPSR..Atuk Salleh juga telah meninggal 3 tahun lalu pada usianya 80 tahun. 

Masa kian berlalu, dan Allah telah mengurniakan keluargaku 2 cahaya mata kembar, iaitu Sofea dan Akmal..Alangkah indahnya kalau aku dapat konsikan detik indah indah ini bersama ayah tercinta...

Daripada pengetahuanku, ayah telah dibebaskan dari penjara 2 tahun lalu namun keberadaannya masih belum diketahui sehingga kini..

Aku sendiri tidak tahu-menahu alasan sebenar mengapa ayah tidak mencari kami sekeluarga sama sekali..Apakah dia masih malu akan perbuatannya itu? Jauh disudut hatiku, aku telah lama memaafkannya dan tidak putus berdoa agar takdir masih mengizinkan aku untuk bertemu dengan ayah..

Aku tahu , setinggi mana sekalipun dendam dan amarah yang menguasai diri, namun sifat kasih dan sayang yang telah disemai sejak lahir tak mungkin dapat memutuskan pertalian darah antara seorang ayah dan anak..

AYAH, DI MANA AYAH SEKARANG NI? AYAH AKAN SENTIASA MENJADI YANG TERBAIK DALAM HIDUP KAK LONG..KAK LONG AKAN TETAP TUNGGU AYAH SAMPAI HUJUNG NAFAS KAK LONG...KAK LONG SAYANG AYAH, SELAMANYA......

Saat Kau Pergi (Cerpen) [COMPLETED]Where stories live. Discover now