Esyana duduk berteleku di atas tikar sejadah.Air mara Yana mengalir tidak henti- henti.Dalam pada itu,Yana merenung jauh ke dalam sebuah bingkar gambar di atas meja belajarnya.Yana tunduk.Seperti tidak mampu untuk menatap gambar itu lagi.Selepas melipat kain solatnya,Yana turun ke bawah untuk mengambil minuman.Yana duduk di atas kerusi di dapur sambil meneguk air."Apa kau buat pagi- pagi buta ni Yana?"sergah Adam apabila melihat Yana termenung dari tadi.Yana yang masih terkejut beruk itu mengurut dadanya."Nasib baik tak terkena heart attack tau".Yana melihat jam tangannya.Sudah hampir pukul 4 pagi.Yana pun tidak perasan."kenapa mata kau merah ni,kau sakit ke?"tanya Adam risau sebaik melabuhkan punggung di sebelah Yana."Yana rindu arwah mamalah abang."Mata Yana mula berkaca.Air mata Yana gugur satu demi satu.Adam terus memeluk Yana.Sebagai anak sulong dalam keluarga,Adam memahami perasaan Yana.Ibu mereka meninggal dunia sewaktu Yana berumur empat tahun."Dahlah tu menangis,lebih baik Yana sedekahkan Al fatihah kepada arwah mama.semoga roh nya tenang di sana"kata Adam sambil mengusap-usap rambut adiknya...............