5ノ Cemburu

35 1 3
                                    

Haera mengetap bibirnya. Rambut yang terbebas dari topi, mengenai dahinya ditiup kasar.

Sudahlah semalam buat dia tidak keruan, ah macam mana nak dijadikan kisah pula. Harinih, seorang pelajar perempuan pertukaran dari Busan disumbatkan ke dalam kelas mereka.

Clara Kim. Dia sebenarnya setahun lebih muda dari mereka, namun lompat kelas mengikut tahap kepandaiannya. Cliché, pantang cun sikit terus tersebar satu sekolah.

Bila tiba masa rehat, sibuk si KimKai itu berlagak sebagai 'KingKa' di situ.

Haera yang melihat dari kejauhan keakraban mereka, merenyukkan tin minuman di tangannya. Air yang sedikit melimpah keluar tidak dihiraukan. Dia cuba mengawal riak wajahnya.

Cemburu? Haera menepis perasaan itu. Tin minuman dibaling ke belakang. Langkah sepantasnya diorak menjauhi tempat itu.

Hanya ada satu tempat terbayang di kepalanya kini. Dia perlu menenangkan fikirannya. Dan.. Juga perasaannya.


“Awh!” lelaki itu mengaduh apabila terasa sesuatu yang selamat mendarat di kepalanya sebentar tadi.

“Wae?” tanya suara disampingnya.

Lelaki tadi menoleh ke belakang. Tin minuman? Padan juga perit hentaman tadi. Dia menggosok bahagian dahinya.

“Takda pa-pe,”

Lelaki itu mencari dari arah mana empunya tin itu. Selamba badak sahaja membaling sebegitu. Nasib kena dahi. Ni kalau berdarah ni kena minta insurans double. Kalau leba–

“Haera?”

Dia terlihat Haera mengambil langkah pergi dari situ. Sekarang dia sudah tahu siapa angkara perbuatan tadi. Hanya gadis itu yang berada pada arah itu.

“Mana Haera?” tanya satu lagi suara disebelahnya lagi.

Dia memandang Haera pergi.

“Hyung. Kau jalanlah dulu, aku ada hal.” lelaki itu menepuk bahu kawannya kemudian lantas beredar.

Bukan soal perhitungan tentang tin minuman tadi objektifnya kini. Namun, dia sempat menangkap wajah Haera seperti...

Frust?

“Yah, Oh Sehun!”

Sehun tidak memperdulikan Luhan yang terpekik namanya. Dia cuba menyaingi langkah Haera.

Tapi bila memandang ke hadapan, gadis bertopi hitam merah itu sudah hilang dari pandangan.

Sehun menghela nafas. Dia sudah mengagak lokasi perempuan itu.

Sebelum pergi, dia sempat menoleh arah pandangan Haera tadi. Dia mengeluh.


Dia menundukkan wajahnya. Segala perasaannya diluahkan di situ. Hatinya berkecamuk. Sebutir demi sebutir bening membolosi dinding pertahanannya.

Tiba-tiba bahunya terasa disentuh. Haera tersentak. Hampir sahaja dia hendak terjatuh dari kedudukannya.

“Haera-ah...”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GIRL ✘ FRIEND「KJI」Where stories live. Discover now