ㆁ Keesokan harinya, di sekolahHaera berjalan dengan langkah perlahan menyusuri koridor sekolahnya. Pelajar-pelajar yang menyapanya sepanjang perjalanan tadi hanya dibalas dengan senyuman tipis.
Otaknya melayang, entah ke mana. Mood dia hilang untuk melayan sesiapa hari ini.
“Haera !”
Haera tersentak pabila namanya diseru sebegitu. Dengan refleksnya dia menoleh ke belakang.
Ah, dia rupanya. Haera meneruskan langkahnya, tanpa memperdulikan panggilan dari belakangnya.
“Haera ! Tunggu, tunggu aku !”
Bukannya menurut, malah semakin melajukan langkahnya dari lelaki itu.
“Haera ! Kang Haera ! ”
Kali ini langkahnya mulai bertukar menjadi larian. Begitu juga dengan lelaki di belakangnya. Terasa jarak diantara mereka semakin dipendekkan.
Kai. Yang tadinya berlari menghentikan langkahnya. Peluh membasahi dahinya. Gadis yang dikejarinya tadi sudah membelok ke dalam bilik muzik. Kai menunduk, melepaskan penatnya. ‘Laju juga minah tuh lari,’ selorohnya di dalam hati. Melihat ramai pelajar di dalam bilik itu, dia membatalkan niatnya untuk terus mengikuti Haera.
Seseorang menyapanya dari belakang. Dia tersentak. Rupanya Sehun.
Sebenarnya tadi dia berjalan bersama Sehun, namun pabila dia terlihat Haera, ingatkan mahu mengajak gadis itu bersama mereka. Entah mengapa, gadis itu melarikan diri.
Tidak tahu pula Sehun ikut mengejarnya dari belakang. Lelaki itu juga tercungap-cungap nampaknya.
“K-kai..” Sehun cuba mengatur nafasnya.
“Hmm,” hanya gumaman diberikan sebagai balasan.
“Oh, Haera mana ? Bukan kau kejar dia ke tadi ?” setelah agak normal kadar pernafasannya, tutur bicaranya kembali normal.
Kai memuncungkan bibirnya ke bilik di hadapannya.
“Bilik muzik ?”
“Hmm..”
“Kenapa kau tak masuk ? Kenapa dia lari ? Kenapa dia masuk bilik nih ? Lagi aku musykil, sejak bila dia minat muzik bagai nih ? Kena-”
“Stop !” Kai menghentikan percakapan Sehun. Bertubi-tubi soalan dilontarkan kepadanya, seolah-olah dirinya pesalah pula.
“First, aku tak nak masuk, ramai orang. Second, kenapa dia lari ? Aku tak tau. Kenapa dia masuk sini ? Tanya dia sendiri. Dan.. Ah, apa soalan kau yang last tadi ?” Mhuahaha, amnesia bermusim.
“Eum.. Apa eh ? Aku pon lupa.” Sehun menggaru dagunya.
“Eh ?”
“Ah ! Sejak bila dia minat muzik bagai ?”
“Ouh. Entah~ ”
“Erk ?”
Sehun melihat ke dalam bilik itu. Kakinya mulai disusun ke arah bilik itu, namun..
“Tunggu !” Kai menahannya.
“Kenapa ?”
“Kau nak buat apa ? Pergi mana ?”
“Masuk dalamlah. Jumpa Haera.” Sehun ingin melangkah masuk sekali lagi.
“Yah yah,” Juga sama, kali ini tetap Kai tidak membenarkannya.
“Wae ?”
“Biarkan dia. Maybe she need a little space privacy only for herself.”
“Hah ? Kenapa ? Kau gaduh ngan dia erk ?” Sehun curiga.
YOU ARE READING
GIRL ✘ FRIEND「KJI」
Romance|I MALAY SHORT FF I| ❝ Kau.. Suka aku ke? ❞ _KANG HAERA ❝ Hah? K-kau? Mimpi pun takkan lah. Aku suka yang rambut panjang, lembut, rajin, dan semua yang berlawanan dengan kau lah! ❞ _KIM JONGIN Hati insan mana yang tidak terluka pabila dilemparkan...