3ノ Perasaan yang..

61 1 0
                                    

“Kai ?”

Kai tersenyum simpul. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans nya, badannya dibongkokkan sedikit ke Haera.

“Kau tak pape ke ?”

“Ah ? N-nae..” Haera menundukkan kepalanya.

Kai tersenyum lagi. Kali ini Haera mendongakkan kepalanya.

Di sudut lainnya,

Taehyung mencapai sebatang kayu yang cukup keras. Dia menjeling ke arah Kai yang baru sahaja mencederakan salah seorang konconya.

“Tak guna.”

Taehyung menghampiri mereka dengan senyap ke belakang Kai. Dia mengangkat kayu itu ke udara dan..

“Kai !” Haera bangkit dari duduknya lalu menolak tubuh Kai tepi. Kayu Taehyung terlepas sasarannya begitu sahaja. Haera segera menendang perut Taehyung, membuatkan lelaki itu jatuh menyembah tanah.

Taehyung meringis, segera bangkit. Dia menyerang Haera pula kali ini. Nasib baik Haera sempat menyadung kaki Taehyung, membuatkan tubuhnya jatuh ke tanah kembali.

Lelaki itu semakin geram, tangannya menumbuk tanah di sampingnya. Gadis ini benar-benar keterlaluan. Nampaknya marahnya sudah sampai kemuncaknya.

Dia bangkit sekali lagi, namun kali ini lawannya Kai. Taehyung merenung tajam pandangan Kai. Meluap-luap benci dihatinya.

Perlawanan berlangsung di antara mereka. Masing-masing tidak mahu menyerah kalah.

Haera pula berlawan dengan beberapa orang lagi konco Taehyung yang bangkit setelah dibelasah tadi.

Tumbuk, tendang, siku, malahan sesi tampar-menampar juga diheret. Dasyat dak?

Namun, pabila seorang rebah, seorang demi seorang pula bangun kembali. Malah, ada juga konco Taehyung 'memberikan pertolongan' bersama. Semakin lama, semakin bertambah lawan Haera juga Kai. Rasa penat mulai meresap ke tubuh.

Seorang namja lengkap pakaiannya hitam, dari hadapan menyerang gadis itu. Haera sempat menunduk, namun Taehyung pula menyepak lututnya dari belakang. Haera hendak terjatuh, namun Taehyung sempat menyambut tubuhnya. Mata mereka berlaga.

“Taehy–” Haera terkesima.

“Hmph. What ? Kau ingat aku masih syok kat kau ?” Taehyung membalas tatapan mata Haera. Haera hairan.

“In your nightmare, dear.” Taehyung lantas menarik tubuh Haera dan memusingkannya ke arah berlawanan. Tangan kiri Taehyung merangkul leher Haera. Kuat pegangannya. Haera terjerit kecil.

.

Kai masih lagi bertarung, seorang demi seorang juga ditumbangkannya meskipun lelah menguasai diri.

“Kai ?”

Kai memandang ke hadapan. Sehun ?

“Apa kau buat kat sini ?”

“Aku yang patut tanya. Kenapa ka– Belakang !”

Kai menendang manusia di belakangnya.

“Haera ?” Sehun memandang ke depan, lebih tepat manusia di belakang Kai.

Kai memusingkan tubuhnya. Terkejut dia melihat Haera ditangkap Taehyung. Dia baru sahaja hendak berlari..

“Yah, Haera !” pantas Sehun berlari ke hadapan. Sehun lebih pantas selangkah dari Kai.

GIRL ✘ FRIEND「KJI」Where stories live. Discover now