Prolog

260 2 0
                                    


"MAMA, TOLONG MAMA!"

Terangkat telinga wanita itu bila mendengar suara seorang kanak-kanak yang mirip suara anaknya. Selepas itu dia memanggil-manggil nama anaknya berulang-ulang tapi tiada sahutan.

"Kau jangan apa-apakan anak aku! Aku janji aku takkan kacau hidup kau lagi. Aku janji, aku merayu pada kau. Lepaskanlah anak aku. Lepaskan dia, kau bunuhlah aku, kau buatlah apa yang kau nak. Kau biarkanlah anak hidup."

"Mama, tolong Mama! Mama, tolong mama! Mama, tolong mama...!" suara kanak-kanak itu makin kuat. Wanita itu mati kata, merayu mendekati pembesar suara di kanannya di dalam bilik kurungan itu.

"Tolong kasihankan dia, tolong. Jangan apa-apakan dia. Tolong jangan. Tolong lepaskan dia. Tolong..."

Klak!

Satu suiz ditekan, kemudiannya membuatkan televisyen yang ada di hadapan wanita itu hidup. Dia melihat seorang kanak-kanak dan beberapa orang wanita di dalam kaca televisyen.

"Ini balasan untuk orang yang cuba menentang aku. Aku memang macam ni. Aku suka kalau orang lihat video ni lebih menderita daripada yang diseksa. Sekarang kau saksikanlah... kau saksikanlah puas-puas anak kau. Ini kali terakhir kau dapat menatap wajah dia..." wajah budak perempuan itu didekatkan ke kaca televisyen oleh seorang wanita yang dikenalinya.

"Tolong lepaskan dia, aku merayu pada kau. Tolong lepaskan dia! Lepaskan diaaa! Lepaskan dia!!" wanita itu berteriak, memandang kaca televisyen. Basah air mata dipipi, basah badannya dengan peluh, menggigil melihat apa yang dilihatnya!

"Sekarang, kau tengoklah hasil perbuatan kau. Kau adalah punca kematian anak kau! Kau tanam dalam minda kau. Kau adalah punca kematian anak kau sendiri! Kau pembunuh! Pembunuh!" teriak wanita di dalam kaca televisyen itu berulang-ulang.

Wanita itu hanya memerhati anaknya diletakkan di atas kerusi, tangannya terketar-ketar tidak tahu apa yang dibuat oleh wanita di kaca televsiyen itu bersama orang-orangnya. Dia sendiri berdebar-debar dengan penuh esak tangis. Merayu meratap beberapa kali meminta dikasihani. Merayu meratap agar anaknya dilepaskan.

Zapppp!

Tiba-tiba saja darah merah pekat memercik mengalir di kaca televisyen dan satu benda terus terjatuh ke bawah. Televisyen kemudiannya dimatikan.

"Pembunuhhh!!" 

RevengeWhere stories live. Discover now