ARIANA CITRA sibuk membuat kerja sekolah sementara ibunya pula sibuk memasak di dapur menunggu ayahnya pulang daripada out station selama seminggu.
"Mama, papa pulang hari ni ya?" tanya Ariana Citra menganggu ibunya yang sedang memasak.
"Ya Ariana. Papa balik hari ni. Ni yang mama masak ayam gulai kegemaran ayah kamu ni. Bersiaplah mandi, nanti ayah datang kita makan sama."
Ariana Citra yang berumur 7 tahun ketika itu lantas berlari naik ke biliknya untuk bersiap. Dia pasti ada hadiah istimewa daripada ayahnya seperti selalu.
"Assalamualaikum..."
Khadijah terdengar suara suaminya. Segera dia berjalan ke pintu utama mahu menyambut kepulangan suaminya. Dipulasnya tombol dan dia melihat suaminya beserta seorang wanita bersama tiga orang kanak-kanak, dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan di belakangnya.
"Waalaikumsalam, Abang. Siapa mereka ni? Saudara abang?" tanya Khadijah dengan senyuman memandang mereka.
Zakaria, suami Khadijah terus masuk membawa wanita itu ke dalam tanpa menjawab sepatah pun soalan daripada Khadijah. Riak wajahnya tiada langsung sebarang senyuman.
"Abang, siapa ni?" Tanya Khadijah aneh. Sambil memandang atas bawah wanita di hadapannya. Wanita itu hanya tersenyum sambil memegang tangan anak perempuannya yang berumur lingkungan 3 tahun. Dua kanak-kanak lelaki pula hanya berdiam diri sambil memandang sekeliling rumah tersebut.
"Khadijah. Ini madu kamu, isteri kedua abang," selamba saja Zakaria menjawab selepas itu tanpa memandang Khadijah sekalipun.
"Bila abang kahwin?" tanya Khadijah.
"Selepas setahun kita kahwin. Kau dapatkan anak lambat, lepas 5 tahun kahwin baru ada seekor. Tengok Zahara. Anak tiga orang semua dah besar."
"Apa semua ni bang?!" Khadijah membentak tiba-tiba.
Ariana Citra yang baru turun terdengar suara tinggi ibunya, segera dia turun mendapatkan ibunya. Tangan ibunya dipegang.
"Saya ketua dekat rumah ini, saya ada hak buat sesuka hati saya. Jangan kau persoalkan apa yang aku buat! Aku berkuasa dalam rumah ni." Zakaria membalas.
Khadijah sudah hilang sabar. "Abang memang keterlaluan! Arwah ayah saya berikan semua untuk abang. Saya takkan biarkan semua ni terjadi. Tak akan!" Amuk Khadijah.
Khadijah pantas menarik tangan Zahara dan anaknya mahu membawa mereka keluar.
"Keluar! Ini rumah saya! Keluar!" Bentak Khadijah kuat.
Pap!
"Jangan kurang hajar! Ini rumah Zahara sekarang. Kalau tak suka kamu boleh keluar!"
Khadijah ditampar dan ditolak sehingga terjatuh. Zahara hanya memerhatikan dengan senyuman, tiga anaknya di belakang bersembunyi di belakang ibunya kerana ketakutan.
"Mama... mama... mama...." Ariana Citra segera memeluk ibunya sambil menangis.
"Sedar diri sikit Khadijah! Aku kahwini kau pun sebab terpaksa. Jika tak, aku takkan dapat semua ni. Aku takkan ada kedudukan seperti ini. Kau tu aku pergunakan!"
Khadijah bangun. Segera menerpa suaminya dan memukulnya.
"Kurang hajar! Dasar lelaki tak sedar diuntung. Kau dulu siapa saja di rumah ini. Kau sedar sikit Zakaria, kau tu budak kampung yang ayah aku kutip tepi jalan saja!"
"Hei perempuan!"
Sekali lagi Zakaria mengasari Khadijah seolah mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Hari ini buat pertama kali belang Zakaria benar-benar muncul di depan mata Khadijah!
"Abang! Sudah... sudah!" Zahara segera menghalang, memegang tangan Khadijah yang kelihatan seolah-olah mengasihani Khadijah yang dikasari suaminya.
"Dasar tak sedar diri! Cermin diri kau Khadijah. Hei Khadijah, buat pengetahuan kau. Aku ni tak pernah cintakan kau tahu. Langsung tak pernah! Aku hanya cintakan harta yang ada dalam rumah ni. Duit kau!" Zakaria membentak berteriak memberitahu isi hatinya.
Khadijah terpana. Ariana Citra walaupun masih kecil memandang ayahnya tajam. Setiap patah perkataan itu seolah-olah menyiat-nyiat hati anak kecil itu.
"Kalau mahu hidup senang. Hormati Zahara! Dan kau Ariana Citra, kalau kau nak senang, berbaik-baik dengan adik beradik tiri kau atau kau berdua boleh berambus!" tegas Zakaria memberi amaran, seolah-olah kasih sayang tak pernah wujud di antara keduanya.
Ariana Citra pandang ayahnya tajam, air matanya mengalir di pipi, melihat ayahnya yang bukan seperti dulu, seorang ayah penyayang dan sopan. Yang dia tahu, ayahnya kini bukan manusia, tapi binatang betopengkan manusia!
"Sudah bang. Sudah. Biar saja saya yang bercakap dengan dia." Zahara bersuara lembut dan mengangguk memandang suaminya, cuba meredakan keadaan sekali lagi.
Segera dia bawa Khadijah ke tepi dengan lembut dan kemudian berbisik halus.
"Kakak jangan melampau. Saya boleh bunuh kakak dan suami kakak sekarang juga. Nanti saya akan dapat semua harta dan fikirkanlah anak kecil kakak masa tu..." Zahara memberi amaran mencengkam kuat tangan Khadijah.
Khadijah segera melepas tangannya. Dia pandang Zahara tajam.
"Aku takkan biarkan!" balas Khadijah.
"Comel anak kakak..." Zahara cuba menyentuh Ariana Citra, segera Ariana Citra ke belakang ibunya. Benci memandang wanita perampas di hadapannya, dia mendengar setiap bait kata wanita itu pada ibunya, bibir Ariana Citra menggigit geram.
Zahara senyum dan memandang Khadijah.
"Nasihat saya baik kakak keluar saja dari rumah ni. Saya tak suka hak saya diambil orang lain. Saya bagi peluang setengah jam kak... Pergilah, saya takkan ganggu kakak lagi. Asalkan Zakaria dan rumah ni milik saya." Zahara mengugut lagi.
Khadijah diam. Dia usap kepala anaknya berkali-kali.
"Kamu ambillah Zakaria. Ambil saja lelaki tak guna tu!" bentak Khadijah, bulat dengan keputusannya. Dia tak sanggup hidup berdua dengan perempuan ular itu!
"Bagus kak. Macam tulah, senang sikit kerja saya." Zahara tersenyum.
Dan, Khadijah terus membawa Ariana Citra keluar. Ariana Citra yang ditarik tangannya tak lepas memandang Zahara yang tersenyum puas, kali ini tiada air mata di pipinya. Ariana Citra hilang rasa. Hanya yang ada adalah dendam. Sambil pandang Zahara, Ariana tekad, bibirnya digigit keras!
'Suatu hari nanti aku akan datang kembali...'
�-uK/I-
YOU ARE READING
Revenge
Mystery / ThrillerRevenge - Muhammad Fatrim KarnaDya Publishing Sdn Bhd Akan Mula Dijual di Ekpo Buku Malaysia 2016 Ariana Citra mahu menghancurkan keluarga baru ayahnya sendiri dan mendapatkan haknya yang dibuang selama 17 tahun. Demi misi dendamnya, Ariana Citra m...