Kata-kata orang tua ada benarnya. Cuma mungkin terpakai pada sesiapa yang baru bermula. Bagi Solahudin mungkin kena ubah sikit. Perlu beringat-ingat bila dah senang. Bukan lupa atau alpa lagi. Bisik hati Solahundin.
Isteri dah sebulan di utara. Solahudin yang uruskan anak-anak. Mujur ibu membantu. Beliau juga sekarang bekerja sebagai pengurus projek di sebuah tapak binaan. Sebelah malam beliau akan menjalankan perniagaan online.
Pelan utama adalah untuk menjual. Sedikit sebanyak dapat menampung apa yang tak tertampung. Mujur isteri dapat geran MY BRAIN. Kalau tidak terpaksa Solahudin cari duit lagi. Apa-apa pun nafkah isteri perlu diberi juga. Wajib.
Sejak berkecimpung dengan dunia online, Solahudin berkenalan dengan seorang sahabat maya bernama Oren. Oren merupakan seorang kapitalis. Mempunyai skil yang hebat dalam menjual. Terutama membantu syarikat yang perlukan modal.
Skil utama Oren adalah "pitching" pelabur untuk melabur dalam syarikat. Pendapatan Oren tak perlu ceritalah. Oren juga buat kelas teknik -teknik yakinkan prospek untuk beli apa yang dijualnya.
Sejak itu Solahudin mula ikuti apa saja kelas dan penulisan Oren. Tidak ketinggalan juga Solahudin akan email atau "chatting" dengan Oren. Walaupun Oren sibuk, beliau tetap melayan sesiapa saja yang perlukan pertolongan. Lebih-lebih lagi mereka yang pernah membeli dengan beliau.
Solahudin meluahkan semua masalah. Bertanya Oren apa yang perlu dilakukanya. Solahudin bercadang untuk menjual online. Antara produk pilihan Solahudin ialah ebook. Itu yang paling cepat untuk jana pendapat kata Solahudin.
Oren bersetuju dengan Solahudin.
"Jika ebook, apa tajuknya? Apa ilmu yang cuba dikongsi? " tanya Oren.
"Saya nak cuba jual maklumat tentang teknik pemasaran email", kata solahudin.
"Oh ok. Apa yang nak disampaikan?"
"Begini Oren. Pemasaran email memang mantap kalau tahu guna. Tujuan utama untuk kumpul email prospek. Disamping untuk bantu prospek bagaimana nak buat pemasaran email. Pada masa yang sama boleh jadi affiliate." jawab Solahudin lagi.
"Baik , sebelum tu kena kumpul email. Kena buat validasi. Buat satu laporan percuma dan juga laman sasaran. Bagi percuma laporan tersebut untuk kenal pasti prospek yang berminat." kata Oren.
"Lagi, macamana kau nak promosikan laman sasaran?", tanya Oren lagi.
"Mungkin pemasaran percuma. Nak cuba promosi melalui facebook dan blog." jawab Solahudin.
"Baik. Buat dulu dan selamat maju jaya." Jawab Oren.
Solahudin agak terkejut. Apa maksud Oren ucapkan selamat maju jaya? Macam perli aje. Tak pa lah. Aku cuba siapkan laporan percuma dulu, bisik hati Solahudin.
Jam menunjukan pukul 1.30 a.m. Solahudin masih bertungkus lumus siapkan laporan percuma. Mukasurat dijangkakan dalam 50 halaman. Tajuk masih belum di tentukan. Hanya isi kandungan yang banyak bercerita tentang pemasaran email.
Sebelum ni Solahudin pernah terlibat dalam pemasaran email. Banyak email yang dikumpulkan. Banyak juga jualan yang terhasil dari kempen "affilliate". Hilang fokus penyebab dia tidak teruskan.
Sekarang dia bertekad. Jangan hilang fokus lagi. Bukan tak boleh berjaya, tapi apabila banyak benda nak buat itu yang masalah, getus hati Solahudin. Jari jemari Solahudin laju menaip. Satu laporan percuma teknik pemasaran email siap untuk disogokan kepada prospek sebagai proses validasi.
"Selesai", bisik Solahudin lagi.
"Hmm, kena buat laman sasaran. Email pakai yang free ajer lah dulu." Solahudin bermonolog.
Jam menunjukan pukul 2.15 pagi. Solahudin selesai mencipta satu laman sasaran. Semua menggunakan aplikasi percuma. Blogspot digunakan sebagai hosting dan domain laman sasaran. Sementara penangkap email digunakan yang percuma sebagai percubaan.
"Sapa kata tak boleh menjual online dengan aplikasi percuma," Solahudin tersenyum.
"Kena tanya Oren dulu apa pendapat dia", kata Solahudin lagi. Segala pautan di email pada Oren untuk maklumbalas.
"Abaaahhh", suara anak bongsu memanggil. Solahudin segera bingkas bangun. Dijenguknya di ruang tamu. Anak-anak semua tidur di ruang tamu. Dihamparnya toto. Di bilik terasa panas. Anak-anak lebih suka tidur di ruang tamu bila balik kampung.
"Kenapa?" tanya Solahudin kepada anak bongsu. Dilihatnya anak bongsunya tercongok.
"Nak susu"
"Ok bak botol", kata Solahudin.
Solahudin ke dapur untuk buat susu. Anak bongsu selalu bangun malam. Lapar susu. Segala peralatan susu telah disediakan oleh Solahudin. Untuk memudahkan kerja. Hanya perlu dibancuh saja.
"Nah, dah baca doa tidur?" tanya Solahudin.
"Dah abah" balas anak sambil tangan mencapai botol susu dan disuakan ke mulut terus rebah.
Solahudin kembali ke bilik. Isteri tiada. Sibuk di universiti. Dah sebulan di sana. Solahudin tidur sendirian. Solahudin pasrah. Dipandang komputer riba berskrin 10 inci. Pandangan dialihkan pula pada jam dinding. Hampir pukul 3 pagi.
"Kena tidur. Esok nak kerja pulak. Tak pa lah. Bersusah dulu bersenang kemudian", bisik Solahudin.
Ditutup komputer riba. Katil dikibas untuk buang habuk yang ada. Dihempuknya badan atas katil sambil mencari posisi yang sesuai. Doa tidur dibaca sambil berdoa segala usaha berhasil.
Solahudin terlelap.
YOU ARE READING
Journal Solahudin : Aku Penjual Online , Bangun Bila Rebah
General FictionSolahudin terpaksa menelan malu. Jiran-jiran seakan-akan mengejek. Rumah sewa yang telah diduduki sejak dua tahun yang lalu terpaksa ditinggalkan. Tuan rumah memberi amaran akhir untuk pindah. Enam bulan sewa tidak berbayar. Solahudin hanya mengeluh...