Solahudin terpaksa pulang ke kampung. Tuan rumah dah beri amaran. Sewa dah 6 bulan tak bayar. Beliau berusaha untuk bayar. Tapi gagal. Solahudin cuba dapatkan bantuan kawan-kawan. Jawapan hampa. Semua tengah sesak.
Solahudin terpaksa buat keputuan untuk sementara waktu pulang ke kampung. Menumpang di rumah ibunya. Isterinya pula mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di sebuah universiti di utara. Solahudin pula perlu mencari kerja disamping menjaga anak.
Setelah berbincang dengan isteri. Kata sepakat dicapai. Barang-barang rumah yang tidak diperlukan disedekah kepada rumah-rumah kebajikan. Ada yang diberi kepada jiran-jiran. Hanya tinggal barang keperluan seperti pakaian saja.
Peti ais dan mesin basuh pun disedekahnya. Hanya yang muat-muat kereta saja yang dibawa. Urusan sekolah anak telah pun di lakukan. Ibu di kampung juga dimaklumkan.
Solahudin bertolak ke kampung di pantai timur pada pagi selepas subuh. Anak-anak yang tidak mengerti apa-apa hanya menurut. Isteri hanya mendiamkan diri. Suasana hening. Tiada kata-kata yang terucap.
Perasaan malu dengan jiran-jiran dipendamkan. Mana yang sempat bertemu, maaf dipinta jika ada salah dan silap. Muka terpaksa ditebalkan. Solahudin berbisik di hati, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kereta meluncur laju membelah bukit di bukit titiwangsa. Destinasi seterusnya akan bertemu bandar Jeli. Suasana yang masih dingin dan nyaman amat menenangkan perasaan. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Solahudin mula teringat kehidupan lalu. Kehidupan ketika bermula sebagai peniaga. Walaupun bermula perit. Tapi berbaloi. Hidup terasa gembira. Melancong kesana kemari. Kenapa tidak? Duit ditangan sentiasa ada.
Kata orang-oang tua-tua beringat-ingat sebelum menyesal. Bila senang, hati mula lalai. Urusan dengan tuhan yang satu mula dibuat tangkap muat saja. Hanya untuk penuhi syarat. Dan Allah masih sayang hambanya. Dihantar ujian untuk susah.
Supaya hamba itu kembali rapat dengan Nya. Syukur bisik Solahudin. Allah masih sayangkan aku katanya.
"Aduh".
Terdengar suara anak dibelakang. Solahudin tersedar dari lamunan. Anak-anak bersesak-sesak di belakang kereta. Memang susah untuk tidur. Apatah lagi abang-abang nya bertubuh besar.
Jam menunjukan pukul 10 pagi. Tidak banyak kereta yang lalu. Hari kerja. Bukan juga hari perayaan. Perut Solahudin terasa lapar. Beliau teringat. Belum bersarapan. Begitu juga isteri dan anak-anak.
"Kita sarapan dulu jom", kata Solahudin.
"Ingat dah lupa", balas isteri.
"Jom abah, adik dah lapar", kata anak bongsu yang berumur 4 tahun. Memang dia pandai bercakap. Lebih-lebih lagi dalam memberi alasan.
"Makan apa yang abah benarkan saja. Tak boleh lebih-lebih. Nanti tengahari nak makan lagi", pesan Solahudin. Cuba berjimat cermat. Perlu berhati-hati untuk berbelanja sementara mendapat kerja di Terengganu nanti.
Selesai sarapan, perjalanan diteruskan. Solahudin tidak mahu lambat sampai. Beliau berhajat untuk sampai dalam pukul 4 petang. Anak-anak menyambung tidur. Isteri hanya diamkan diri. Solahudin hanya fokuskan pada pemanduan.
"Abang , nanti apa rancangan abang", tanya isteri tiba -tiba.
"Abang bercadang mencari kerja. Sambil-sambil tu abang akan buat bisnes online" jawab Solahudin.
"Abang boleh jaga budak-budak tak nanti? Ayang daftar lagi dua minggu."
"Boleh, jangan risau. Ayang fokuskan pada pelajaran. Abang tahulah apa nak buat", balas Solahudin sambil menelan air liur.
"Nanti dah stabil sikit, kita buat rancangan baru. Sekarang abang akan fokus untuk tambah duit, ayang fokus pada pelajaran ok," kata Solahudin cuba mengawal getaran suara.
Isteri Solahudin hanya menangguk-angguk. Solahudin kembali tumpukan kepada pemanduan. Anak-anak macam biasa lena. Hari mula hangat. Matahari dah mula meninggi. Perjalanan ke Terengganu sebenarnya amat menyenangkan kerana dikelilingi bukit-bukit yang hijau dan berkabus.
Pada pukul 3.30 petang Solahudin sudah sampai di sempadan Terengganu. Antara Pasir Putih dan Besut. Jangkaan 4 petang sampai agar tersasar. Solahudin terpaksa berhenti untuk lepaskan hajat. Dijangkakan pukul lima petang akan sampai.
Pulang ke kampung bukan pulang untuk rehat. Pulang ke kampung untuk tujuan yang baru. Bertujuan untuk bangkit kembali. Hanya bertukar persekitaran, bisik hati Solahudin. Perlu bekerja keras. Itu tanggunjawab ketua keluarga.
Bukan bebankan anak isteri. Itu pesanan yang diterima oleh Solahudin dari arwah bapa. Sebagai suami dan ketua keluarga sudah menjadi tanggungjawab dia untuk pastikan semua keperluan lengkap dan sempurna. Isteri bertanggungjawab menggunakan keperluan dan alatan yang disediakan untuk pastikan keluarga berada di landasan yang betul.
Itu tekad Solahudin. Walaupun berbunyi ego. Tapi itulah hakikatnya. Bila isteri sedia membantu, tanggungjawab sebagai ketua keluarga masih perlu digalas. Solahudin nekad. Perancangan teliti perlu dilakukan untuk bangkit semula.
Pukul 5.30 petang Solahudin tiba dengan selamatnya di rumah ibu kesayangan. Sang ibu sedang menunggu dengan penuh senyuman menyambut cucu-cucu ynag dirinduinya.
Dan Solahudin bertekad akan bermula semula dengan apa yang ada ditangan.
YOU ARE READING
Journal Solahudin : Aku Penjual Online , Bangun Bila Rebah
Fiksi UmumSolahudin terpaksa menelan malu. Jiran-jiran seakan-akan mengejek. Rumah sewa yang telah diduduki sejak dua tahun yang lalu terpaksa ditinggalkan. Tuan rumah memberi amaran akhir untuk pindah. Enam bulan sewa tidak berbayar. Solahudin hanya mengeluh...