BAB 5 : 3 Minit $10,000?

34 4 0
                                    

Solahudin terus membuka komputer bimbit. Dia ada temujanji bersama Oren.

Temujanji secara  atas talian. Ada soalan yang ingin ditanya oleh Oren. Soalan berkenaan perniagaan dalam talian.

Setelah aplikasi skype dibuka, Solahudin terus menghubungi Oren. Menunggu seketika sebelum talian bersambung.

Terpampang wajah Oren di skrin. Orangnya dalam lingkungan 40 an. Masih muda.

Rambutnya perang disisir rapi. Tidak berkumis dan berjanggut. Memakai t-shirt kosong warna hitam.

Solahudin belum pernah bertemu Oren secara terus. Dia hanya mengguanakan apalikasi facebook atau email.

Ini adalah pertama kali mereka bersua dalam talian secara langsung.

"Kau lambat. Tak bagus untuk perniagaan. Orang bisnes kena hargai masa", kata Oren.

"Oh! Maaf bos. Ada perkara tidak dapat dielakkan. Alahai baru 3 minit", jawab Solahudin.

"Tiga minit aku boleh buat $10,000",jawab Oren. Memang betul apa yang Oren katakan.

Dia bukan sahaja pakar pemasaran internet. Tapi juga pakar mendapatkan modal untuk startup. Bukan modal kecik-kecik tapi juta.

Tak heranlah kalau kadar masa $10000 untuk 3 minit.

"Ok, ok baik. Sorry".

"Nak tanya apa?"

"Begini Oren, aku dah siap buat landing page. Tujuan aku nak capture subscriber. Sebagai imbalan, aku hadiahkan ebook percuma."

"Oh ok. Bagus untuk permulaan. Online marketing paling penting ada funnel mantap."

"Ya , betul. Aku akan mula enggage dengan mereka melalui email. Email lebih kepada berkongsi ilmu."

"Kau kena pastikan juga jangan hanyut dengan kongsi ilmu sahaja. Kena berani buat tawaran."

"Baik bos. Sebelum tu aku nak hantar ebook ni dulu untuk kau komen, boleh?"

"Ok, email sekarang. Nanti aku tengok. Aku ada hal sekarang. Apa-apa hal email".

"Ok", jawab Solahudin ringkas.

Tanpa lengahkan masa aku terus email Oren. Ebook setebal 40 muka surat cadangnya untuk diberi percuma.

Setelah selesai. Solahudin terus menutup laptop. Tiba tiba isteri dia terjongol di pintu bilik.

Mukanya agak berubah. Nampak macam tak puas hati. Solahudin masih bersahaja.

Buat-buat biasa. Tapi hati berdebar-debar. 'Apa pula nak kena kali ni', bisik Solahudin.

*************
Setakat ini dulu bab 5. Mohon sahabat komen dan vote ya.

Terima kasih

Journal Solahudin : Aku Penjual Online , Bangun Bila RebahWhere stories live. Discover now