"Macam mana dengan dia doktor?" tanya nenek Kirana sambil melihat seorang doktor lelaki memeriksa Lynna. Boboiboy, Fang, Lily, Faye dan Bella mengintai-intai dari luar untuk mendengar keadaan Lynna. Kaizo tiada di situ, dia kini berada di luar rumah kerana terlalu marah dengan diri dia tetapi atuk dia cuba nasihatkan dia, semua ini bukan salah dia
"Semuanya ok, Puan" kata doktor itu "Cuma ingatan dia sahaja yang perlu dipulihkan dan dia perlukan berehat lagi. Kalau Puan perlukan apa-apa lagi, panggil saya sahaja" Doktor itu mengemas alatan dia dan terus keluar dari bilik tersebut. Nenek Kirana ikut doktor itu keluar dari bilik. Boboiboy dan rakan-rakannya masuk ke dalam bilik untuk melihat Lynna
"Kak Lynna" panggil Fang
"Saya kakak kamu ke? Saya mempunyai adik lelaki?" Lynna melihat Fang dengan wajah keliru dia. Lalu dia melihat wajah-wajah kawan Fang "Kamu semua siapa?"
"Kak Lynna, ini Fang. Saya bukan adik akak tapi akak selalu layan saya seperti adik akak sendiri" Fang pegang tangan Lynna tetapi wajah Lynna seperti tidak mengenali sesiapa di dalam bilik itu "Kak Lynna kenal dengan Fang tahun lepas, ingat tak kak Lynna?"
"Ha ah, masa itu kak Lynna ada menggunakan kuasa secara tak sengaja. Kita orang kak Lynna ingat musuh kami, rupanya bukan" kata Boboiboy
"Kuasa? Akak ada kuasa ke?" Lynna cuba ingatkan sesuatu tetapi satu benda tiada yang timbul "Maaf semua, akak memang tak tahu. Akak tak tahu siapa diri akak tapi nama Lynna tu memang nama akak ke?"
"Yea kak Lynna, nama akak memang nama Lynna tapi saya suka panggil akak angsa putih sebab akak cantik macam angsa putih! Saya adalah Lily!"
"Saya pula Bella, kawan baru Lily dan Faye" kata Bella sambil senyum kepada Lynna
"Saya pula Faye" Faye berikan senyuman kepada Lynna "Fang adalah sepupu saya dan yang pakai topi oren ini adalah Boboiboy. Kak Lynna sekarang berada di rumah saya"
"Rumah kamu? Kenapa saya berada di sini? Ada sesuatu yang berlaku menyebabkan akak lari ke sini ke?"
"Bukan kak Lynna" Fang rasa susah hati pula dengan Lynna dan dia melihat Lynna dengan perasaan kasihan dia "Kak Lynna ada-" mulut Fang kena tutup oleh Bella
"Kami keluar dulu" kata Bella. Mereka keluar dari situ sambil mengheret Fang keluar. Lynna rasa pelik dengan kelakuan mereka. Dia ingin bangun tetapi kaki dia rasa sakit, jadi dia baring sahaja dan pejamkan mata. Pemikiran dia cuba ingatkan sesuatu tapi gagal. Dia rasa sedikit kecewa dan sedih, kerana dia tidak tahu siapa diri dia dan siapa diri mereka itu. Di luar bilik Lynna, Bella lepaskan mulut Fang
"WOI! Yang kau pergi tutup mulut aku apasal"
"Aku tutup mulut kau sebab aku tak nak kau beritahu apa yang telah berlaku ke atas diri dia. Aku rasa kita perlukan sesuatu yang gembira untuk ingatkan dia balik, bukan sesuatu yang buruk" kata Bella
"Tapi kita sendiri tak pernah melihat kehidupan kak Lynna di Kuala Lumpur" kata Boboiboy. Mereka semua duduk di atas kerusi ruang tamu untuk memikirkan cara-cara memulihkan ingatan Lynna. Nenek Kirana nampak mereka berlima duduk di atas kerusi dengan muka serius masing-masing. Dia hanya tersenyum sahaja dan terus mencari Kaizo. Dia sedang pegang sebuah mangkuk berisikan bubur. Dia nampak Kaizo duduk berseorangan di veranda rumah sambil memikirkan sesuatu
"Kaizo" Kaizo terus tersedar dan menoleh ketepi "Kaizo, mari sini" Kaizo bangun dan terus bergerak ke nenek dia
"Nenek nak apa?" tanya Kaizo
"Kamu pergi berikan bubur ini kepada Lynna. Berboraklah dengan dia, ingatkan dia balik. Pulihkan ingatan dia balik, Kaizo. Nenek yakin yang kamu boleh kembalikan ingatan dia" Kaizo mengambil mangkuk itu di tangan neneknya "Kamu sayangkan dia, jangan abaikan dia dalam waktu begini. Dia perlukan kau untuk pulihkan ingatan dia. Tunjukkan kasih sayang kau kepada dia" ujar nenek Kirana
YOU ARE READING
Kawan Baik Ku
FanfictionKaizo dan Lynna sudah lama menjadi sahabat baik, tapi pada suatu hari, perasaan cinta mulai timbul di hati mereka. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Faye, Bella dan Lily akan menghuru-harakn keadaan cinta perasaan diantara Kaizo dan Lynna...