"KAK LYNNA! Selamat hari jadi kak Lynna!" Fang peluk Lynna di hadapan pintu rumah dan lalu lepaskannya "Kak Lynna masuklah tapi abang hari ini tak sihat" Lynna masuk ke dalam rumah tersebut dengan sebuah beg plastik makanan yang besar
"Abang tak sihat?" Fang mengambil beg plastik makanan itu
"Ha ah, dia demam" Fang melihat di dalam beg plastik itu dan nampak sebuah kotak besar "Akak bawak apa hari ini?"
"Akak bawak kek lebihan malam tadi. Keluarga akak sambut hari jadi akak malam semalam, ini kek lebih ni akak bawa ke sini, nak kongsi dengan Fang dan abang tapi.. macam mana abang boleh demam pulak?" Lynna ikut Fang masuk ke dalam dapur. Dia nampak Fang sedang sediakan sup lobak merah untuk abangnya. Ada sebuah mangkuk dan secawan air putih di atas dulang
"Masa kak Lynna takde, abang asyik dengan latihan tempur sahaja tapi semalam dia tak larat. Dia cakap, jangan beritahu kak Lynna sebab dia nak sambut hari jadi kak Lynna. Dia cuba nak sembuhkan diri dia tapi hari ini makin teruk demam dia" Fang meletakkan sup di dalam mangkuk besar itu. Semuanya sudah siap, hanya tinggal untuk menghantar sup itu ke atas sahaja
"Fang duduk sahaja di bawah, biar akak bawakan untuk abang" Fang terus tersenyum dan biarkan Lynna mengangkat dulang itu. Mereka berdua keluar dari dapur dan terus ke bilik Kaizo yang berada di tingkat atas. Fang membuka pintu bilik abangnya. Kaizo sedang nyenyak tidur dan Lynna masuk ke dalam bilik itu. Fang tinggalkan Lynna di dalam bilik abangnya. Lynna meletakkan dulang itu di atas meja dan lalu pergi kejutkan Kaizo
"Kaizo, bangun.. Lynna ada bawakan sup lobak merah" Kaizo membuka matanya dan nampak senyuman lembut Lynna
"Lynna? Kau buat apa dekat sini?" Kaizo terus dudukkan dirinya di atas katil. Lynna periksa dahi Kaizo
"Hmmm.. aku ke sini sebab aku ingatkan nak kongsi kek hari jadi aku dengan kau dan adik kau tapi aku dapat tahu, kau demam pula" Lynna pergi mengambil mangkuk sup lobak merah itu dan lalu duduk di tepi katil Kaizo. Dia suapkan sup lobak merah itu kepada Kaizo tetapi Kaizo tidak mahu membuka mulut "Makanlah, nanti kau akan bertambah sakit"
"Tapi kau tak perlu suapkan aku" Kaizo mengambil sudu dan mangkuk itu di tangan Lynna "Aku boleh suap diri aku sendiri" Lynna tidak kisah, asalkan Kaizo makan "Maaf sebab aku tidak dapat sambut hari jadi kau hari ini"
"Takpe, yang penting sekarang, kau mesti sembuh. Hari jadi aku, tahun depan boleh sambut" Kaizo tidak berkata apa lagi, dia terus makan sup lobak merah sambil di temankan oleh Lynna
-----------------------------------------
Dua hari selepas itu, Kaizo sudah kembali pulih. Dia sudah mula jalani latihan tempur bersama dengan Lahap. Adiknya, Fang turut ada di situ juga tetapi dia duduk di tepi sahaja untuk membuat kerja latihan matematik
"Pang! Kau sudah siap dengan kerja kau?" Kaizo datang dekat kepada adiknya
"Tinggal satu lagi soalan" Fang tidak mengalih pandangannya kerana dia terlampau tumpukan perhatian dengan soalan matematik yang terakhir itu. Kaizo duduk di sebelah adiknya sambil minum air. Lahap sudah pengsan di tengah-tengah tempat latihan tempur kerana kaptennya belasah dia sepuas-puas hati "Abang.."
"Hmmm.. kau nak apa?" Kaizo menutup botol airnya "Kau tak dapat nak jawab soalan matematik tu ke?"
"Bukanlah" Fang menulis jawapan matematik itu dan terus dia menutup buku latihannya "Abang tak nak sambut hari jadi kak Lynna ke?"
"Bukan hari jadi dia sudah lepas ke?"
"Memanglah sudah lepas tapi abang tak buat sesuatu ke? Masa abang demam hari itu, dia yang jaga abang dari pagi sehingga malam. Kasihan kak Lynna tak dapat nak sambut hari jadi dia"
YOU ARE READING
Kawan Baik Ku
FanficKaizo dan Lynna sudah lama menjadi sahabat baik, tapi pada suatu hari, perasaan cinta mulai timbul di hati mereka. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Faye, Bella dan Lily akan menghuru-harakn keadaan cinta perasaan diantara Kaizo dan Lynna...