"Bila lah dia orang nak balik" Ochobot sudah bosan menunggu Boboiboy dan yang lain-lain balik ke bumi. Sampai dia sendiri tidak boleh tidur dengan lena. Gopal, Yaya dan Ying juga tertanya-tanya bila mereka akan sampai ke bumi. Adakah Lynna sudah dapat diselamatkan atau mereka masih mencari dia lagi. Rizu tidak boleh tidur sampai dia terpaksa tidur di rumah Yaya ataupun Ying supaya dia dapat tidur dengan lena. Mereka semua kini berkumpul di kedai Kokotiam Tok Aba. Rizu pun turut ada di situ juga sambil melukis gambar Kaizo dan Lynna. Yaya dan Ying belikan sebuah buku melukis dan sekotak pencil untuk Rizu. Mereka tidak mahu Rizu begitu risau sangat dan mereka beli itu untuk Rizu adalah untuk tenangkan dia
"Cantik tak Pizu lukis?" tanya Rizu sambil menunjukkan lukisan dia kepada Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot
"Lawanya" kata Yaya "Pandai Rizu lukis"
"Nah Rizu, atuk berikan ice cream chocolate dan vanilla. Makan elok-elok" kata Tok Aba "Siapa yang kamu lukiskan tu?"
"Ini gambar abang Paizo dan kak Lynna, atuk" kata Rizu sambil makan ice cream dia yang diberikan oleh Tok Aba tadi "Rizu bayangkan abang Paizo dan kak Lynna terbang di langit dengan burung-burung merpati putih"
"Dasyat sungguh imaginasi si Rizu ni" kata Gopal
"Nanti Pizu lukis gambar abang Gopal terbang pula ok! Abang Gopal terbang sebab kena kejar dengan hantu badut" Gopal menggigil apabila terdengar perkataan hantu badut "Eh! Kapal angkasa lah!" Mereka semua keluar dari kedai tersebut dan berdiri di hadapan kedai. Kapal angkasa itu keluarkan Boboiboy, Fang, Bella, Faye dan Lily
"YEAHHH! Kita sudah sampai di bumi!" Lily meloncat-loncat kegembiraan "Tapi mesti ibubapa aku risaukan aku sebab tiba-tiba sahaja hilang"
"Isk Lily ni, pergi tak beritahu dia orang" marah Boboiboy
"Ala, dia orang mesti ingat Lily tidur dekat rumah Bella aje"
"Mana Kaizo dan Lynna?" tanya Tok Aba "Tak kan dia orang tak nak balik pulak"
"Entah-entah.. DIA ORANG KAHWIN LARI?!" Terus kepala Gopal kena ketuk oleh Ochobot. Fang memberikan renungan maut ke arah Gopal "Hehehee.. aku bergurau sahaja"
Kapal angkasa Kaizo terus naik ke atas tetapi Kaizo dan Lynna tidak turun ke bumi. Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Rizu dan Tok Aba rasa hairan, dimana mereka berdua? Hanya Boboiboy, Fang, Faye, Bella dan Lily sahaja tahu di mana mereka berdua berada sekarang tetapi mereka hanya senyap sahaja
-------------------------------------
"Betul ke Kaizo?"
"Betul"
"Kalau macam tu! RASAKAN SERANGAN DARI AKU!"
Rupanya mereka berdua sedang menjalani latihan tempur di kapal angkasa. Mereka kembali seperti biasa, seperti dulu, dua sahabat baik tetapi sekarang ini, hubungan sahabat mereka bertukar menjadi lebih daripada itu. Lynna akhirnya berhenti mencari kerana dia telah jumpa seseorang yang memahami diri dia, menerima diri dia seadanya dan dia dapat menggunakan kuasa dia secara bebas di depan orang yang di sayangi. Kaizo dan Lynna bertarung di dalam tempat latihan tempur sambil di lihat oleh Lahap. Dia nampak mereka tersenyum dengan serangan balas dari masing-masing
"Semoga kapten bahagia selepas ini"
---------------------------------
Beberapa tahun kemudian...
Lynna bangun dari tidur dengan gembiranya. Dia bangunkan diri dan duduk di atas katil sambil melihat langit biru di luar tingkapnya. Hari itu begitu indah sekali, udara rasa nyaman dan sejuk, matahari tidak begitu terik dan awan-awan menghiasi langit biru. Burung-burung di luar tingkap Lynna bernyanyi-nyanyi dengan cerianya. Lynna pandang ke tepi katilnya untuk mengambil sesuatu tapi apa yang dia jumpa adalah sesuatu membuat dia terkejut. Sebuah bekas kotak kecil berisikan sebentuk cincin dan sehelai nota yang ditulis oleh Kaizo sendiri. Lynna mengambil nota itu dan lalu membacanya. Dia menangis kerana terharu dan terus dia cepat-cepat pergi siapkan dirinya untuk pergi berjumpa Kaizo yang ada di Pulau Rintis
dan apa yang terjadi seterusnya, Lynna menjawab "Yes"
-insert lagu Ever Ever After by Carrie Underwood sebagai ending credit- (HAHAHAAHAA!)
~Tamat~
YOU ARE READING
Kawan Baik Ku
FanfictionKaizo dan Lynna sudah lama menjadi sahabat baik, tapi pada suatu hari, perasaan cinta mulai timbul di hati mereka. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Faye, Bella dan Lily akan menghuru-harakn keadaan cinta perasaan diantara Kaizo dan Lynna...