BAB 1

24 1 0
                                    


Iman Najia menatap berkali-kali skrin Iphonenya. Mencerna setiap bait kata dari insan yang sentiasa dirinduinya. Ditatap gambar profail facebook insan itu sepuasnya. Iphone digenggam erat. Keindahan semulajadi Milfourd Sound New Zealand itu langsung tidak dapat menjentik hatinya saat ini supaya ceria seperti selalu.

Jauh Najia merenung kosong ruang hadapannya. Entah apa yang difikirkan tak tahulah.

Yang pastinya Najia dipagut rasa ralat. Kalaulah dia membaca pesanan yang dihantar melalui facebook itu lebih cepat.. Kalaulah.. Argh ! Dia menjerit dalam hati.

Najia menatap skrin telefonnya buat kesekian kali.

"Jia.. kau dekat mana ? Seronoknya tengok instagram kau pusing Europe."

"Jia.. rindu gila dekat kau. Cepatlah balik Malaysia."

"Jia.. Geng nakal kita si Nani tu dah balik. Dia ingat balik dari Aussie dapat jumpa kau. Cepatlah balik.."

"Jia.. kau tak bukak facebook ke ?"

"Jia.. Kau sihat tak ?"

"Iman Najia, kalau kau baca ni.. Aku nak nikah lagi 2 bulan dari hari ni. Aku tak minta apa-apa melainkan kau ada dengan aku hari tu. Teman aku. Aku cuak. Please come back home soon best friend."

Najia menggigit bibirnya. Hafiz Fakhri, sahabat baiknya merangkap the-only-man-Jia-ever-like dari kecil bakal mendirikan rumah tangga dalam masa dua bulan lagi. Oh, silap. Sebulan lagi. Ini semua gara-gara dia terlalu berseronok menikmati dunia sehingga terlupa nak memberi khabar kepada sang sahabat merangkap crush sepanjang zaman.

HAFIZ FAKHRI NAK KAHWIN. The worst part is, bukan dengan aku !

Dia tertanya-tanya juga kenapa tidak terbit langsung dari mulut emaknya tentang khabar ini sewaktu dia menelefon kampung tempoh hari. Mungkin emak terlupa.

Entah apa perasaannya tatkala ini. Hati melompat mahu pulang dan meminta Hafiz membatalkan niatnya seperti selalu. Ya. Dia adalah sahabat jenis itu. Sudah dua kali dia menghalang Hafiz dari bertunang. Kejam kan ? Si sahabat nak bina masjid bukan mahu ditolong. Malah, melengahkan lagi ada ! Dia teringat lagi antara modus operandinya agar Hafiz membatalkan niat ingin bertunang adalah kononnya dia ditimpa kecemasan dan dia tidak boleh pulang ke Malaysia waktu itu. Pernah sekali itu dia sengaja mogok lapar tidak keluar bilik kerana Hafiz mahu melamar si Elia bekas teman wanitanya yang berambut karat.

Anehnya, Hafiz boleh dikatakan gigih jugalah melayan peelnya yang tidak berapa semenggah itu. Jadi Najia rasa, Hafiz turut sukakannya. Logik tak ?

Namun kali.. Apa sudah jadi ? Najia dapat rasakan ia berbeza dari sebelum ini. Mungkin Hafiz serius. Mungkin Hafiz sudah bosan dan tidak mampu mengikut kehendaknya seperti selalu. Kalau difikirkan balik, betul lah tu. Siapa dia ? Apa kepentingan dia ? Hm.

Lamunan Najia terhenti apabila seseorang mengambil tempat disebelahnya. Jose, lelaki Filipino yang menjadi geng back pack setianya.

"Hey.." Tegur Najia sambil tersenyum pahit. Sudah setahun dia mengenali Jose. Perkenalan mereka bermula diblog travel milik Najia. Dek kerana berkongsi minat yang sama, Jose sentiasa berinteraksi dengannya diblog travelnya. Sehinggalah mereka dengan tiga backpackers lain, dua dari Malaysia dan seorang dari Indonesia memutuskan untuk menjadi geng menjelajah Europe bersama. Dek keserasian itu, mereka meneruskan lagi jelajah mereka ke New Zealand pula.

"What's going on in that mind?" tanya Jose sambil merenung gadis dari Malaysia itu. Jelas menunjukkan dia concern. Gadis Melayu itu baginya tidak kelihatan seperti selalu. Tidak pernah dia melihat wajah Najia sekeruh itu. Keceriaan Najia selalu mempengaruhi mereka semua. Dia pernah bergurau dengan gadis itu jika wujud anugerah manusia paling ceria, Najia adalah orangnya ! Namun apa yang menganggu gadis itu saat ini ?

"My best friend is getting married." Ujar Najia senada. Tanpa riak mulanya tapi seketika kemudian dia mengigit bibirnya. Cuba menyembunyikan rasa pilu yang mencengkam sanubarinya saat ini. Terasa sakit menyebut kenyataan itu sendiri.

"Wow ! Congratulation to your best friend. She must be happy !" ujar Jose teruja. Namun cepat juga warga Australia berdarah kacukan dia menangkap riak sedih pada wajah mulus itu.

"But.. What's with your expression ? Are you okay?" sambung Jose lagi.

Najia tersentak dari lamunannya.

"I'm okay and yes. I bet he is happy." Gumam Najia perlahan. Dikuis-kuis rumput hijau menggunakan kakinya.

Jadi, sahabatnya lelaki ? Mendengar itu Jose mengangguk-angguk. Seakan-akan mengerti punca keresahan Najia.

"So, when are you going back to Malaysia ?" tanya Jose setelah membiarkan seketika berlalu. Sengaja memberi ruang kepada Najia untuk malayani perasaan.

Najia menggeleng perlahan. Dia menghela nafas sebelum melepaskannya kuat. Dengan harapan muncul satu jawapan jika buat begitu. Namun usahanya gagal. Dia masih buntu. Nak balik ke tak ?Tak nak balik ke nak ?

"I'm not sure.. We just reached here. How can I leave New Zealand so soon ?" ucap Najia kemudiannya.

"There is always next time. Your friend probably needs you to be there on his big day." Nasihat Jose.

"But..."

"There is no use for you to stay here with us if your heart is not here anymore. I bet you know the ultimate backpacking rule, right? We only agreed to get around the world together because of our passion, heart and soul put in this journey. Without that, it means nothing !"

"I know.. But leaving for Malaysia now would mean no more backpacking for me after this. You understand that right ? " Najia berubah sayu. Teringat perjanjiannya dengan kedua ibu bapanya dahulu.

Awal perkenalan dahulu dia sudah menceritakan hal ini kepada rakan-rakannya. Ini adalah jelajah backpacknya yang terakhir. Inilah harga yang harus dia bayar sewaktu meminta kebenaran ibu bapanya tempoh hari. Dia sudah berjanji kepada keluarganya untuk settle down selepas melaksanakan impian jelajah eropah. Namun selepas habis meneroka Eropah, Najia tidak menunaikan janjinya untuk terus pulang ke Malaysia. Sebaliknya meneruskan pengembaraannya ke bumi New Zealand pula. Bagi Najia, alang-alang penyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

Ekspedisi jelajah bumi New Zealand itu adalah impromptu plan. Sayangnya untuk meninggalkan dunia backpacknya apabila dia sudah pun berpijak di bumi serba hijau ini. Impiannya setelah sekian lama. Bolehkah dia mengorbankan impiannya yang satu ini ?

Sepatutnya dia harus pulang ke pangkuan keluarga sementelah umurnya semakin meninggi. Dia faham kerisauan ibu bapanya yang runsing dengan cara hidupnya yang suka bebas dan merantau seorang diri. Tapi kalau itulah satu-satunya jalan yang bisa membahagiakan hati seorang Iman Najia bagaimana ?

"My dear Jia. No one can ever tie a heart of adventurer." Ujar Jose sambil menepuk lembut belakang gadis itu. Gaya abang yang menasihati seorang adik yang sedang buntu.

"We will travel whenever we want because the heart will always find what it wants."

Najia mengangguk. Betul juga. Ada rezeki, dia pasti kembali. Mungkin saat ini, Allah takdirkan dia harus kembali ke bumi Malaysia. Walaupun hanya untuk melihat cinta hati dibawa pergi, dia harus kembali demi Hafiz Fakhri.

'He needs me.' Itulah mantra menguatkan hatinya. Dalam waktu dia berfikir tadi, tiada baktinya pada lelaki itu selama ini. Hanya lelaki itu yang setia disisi.

"So what are you waiting for ? Go hop on the plane back to your motherland young lady !"


Selamanya CintaWhere stories live. Discover now