* UPDATE UPDATE. Belanja laaa sikit lagi harini. Jangan lupa comments and vote yaaa.*
Sekembalinya dia di bumi Malaysia, Najia terus mengambil keretapi pulang ke kampungnya di Kampar, Perak. Harapannya untuk membuat 'grand homecoming' Najia dikejutkan dengan berita lain pula. Terasa gelap dunia seketika !
"Apa mak ayah cakap ni ?" tanya Najia terkejut. Cincin yang tersemat didalam kotak baldu merah itu dipandang dengan perasaan bercampur baur.
"Ni cincin tunang kamu. Cuba sarung dekat jari manis kamu. Muat ke tidak ?" ujar Puan Zuraidah sambil menolak kotak berbentuk hati itu dekat kepada anak dara sulungnya itu.
Ruang tamu rumah banglo itu terasa hangat walaupun berpenghawa dingin. Berkeringat Najia dibuatnya.
"Mak.. Along tahu mak ni kelakar orangnya. Tapi tolong jangan buat lawak benda macam ni ?" ujar Najia sambil ketawa. Kedengaran canggung tawanya, tapi peduli apa dia ! Jiwanya tengah kacau bilau dek berita yang langsung tidak disangka.
"Apa pula mak nak buat lawak ? Tanya ayah kamu tu." Ujar Puan Zuraidah sambil menjuihkan bibirnya ke arah Encik Rustam. Encik Rustam yang sedang khusyuk menonton Maharaja Lawak Mega itu terangguk-angguk apabila terdengar namanya disebut. Entah apa diangguknya, entahlah.
Najia memandang ayahnya yang acuh tidak acuh itu menanti jawapan. Namun ayahnya itu langsung tidak mempedulikannya dan matanya setia melekat pada skrin television itu, Sesekali tawanya meledak apabila aksi peserta rancangan komedi itu mencuit hatinya.
Ish ! Bengang pula rasa ! Najia sudah mengomel dalam hatinya.
"Ayah ! Betul ke ?" Tanya Najia sambil menguatkan sedikit suaranya. Cuba meraih perhatian ayahnya yang jauh menerawang di dalam dunianya sendiri.
Encik Rustam tersentak apabila namanya dipanggil kuat. Melihat mata-mata yang berada di ruang tamu itu memandangnya serius, dia terus membetul duduknya. Dia mencapai alat kawalan television dan menutupnya.
Encik Rustam berdehem.
Pasangan suami isteri itu berbalas pandang sambil menggunakan bahasa isyarat mata. Perbualan menggunakan mata yang jelas tidak melibatkan Najia.
"Hmm, betul tu." Lambat-lambat Encik Rustam mengiyakan kata isterinya. Ada bunyi lega dihujung suaranya. Dia sendiri tidak betah menyimpan hakikat itu dari naka dara sulungnya itu.
"AYAH ! MAK !" berdiri Najia dibuatnya. Matanya pinar. Dia kembali duduk untuk menstabilkan diri.
Biar betul ? Kalau ayah yang cakap, maknanya..
"Apa ni mak ? apa ni ayah ? Kan along dah cakap.. along balik for good kali ini. Along janji nak settle down tak merayau ke luar Negara dah. Tapi ni tak bermaksud along nak kahwin !" ucap Najia penuh emosi. Setakat ini suaranya masih terkawal walaupun jantungnya sudah berdegup kencang menahan amarah. Hatinya diketuk pilu apabila masa depannya sudah ditentukan tanpa dia bisa membuat pilihan !
"Along.. Ayah dan mak buat ni untuk kebahagiaan dan keselamatan along. Along kena ingat along dah 27 tahun. Mak runsing tengok kamu hidup macam ni !"
"Mak.. along bukannya buat benda bukan-bukan. Along meneroka bumi tuhan yang maha luas. Salah ke ?" suara Najia berubah rentak.
"Tak salah. Tapi sudah masa kamu bekeluarga along. Adik-adik semua dah besar. Along kena tunjuk contoh yang baik.. Adik kamu si Najwa tu dah lama berkawan dengan Afiq. Ikut hati mereka nak langsungkan saja majlis tapi ditahan hati sebab nak kasi kamu lepas dahulu. Kamu tak kasihan ke dia ?"
Najia terdiam. Teringat sang adik yang sudah beberapa kali memberi hint suruh dia berkahwin cepat. Tetapi dia ingat sekadar gurauan. Sampai begitu Najwa mahu berpegang pada tradisi? Ini tahun 2015 bukan 1940. Apa adik ni ?
"Tapi ayah.. mak.. Along belum jumpa orang yang betul-betul along nak habiskan hidup bersama.."
"Itu sebab mak ayah pilihkan untuk kamu. Ayah yakin kamu akan bahagia. Berilah tunang kamu peluang. Kenal dia dahulu.. "
Najia memandang kotak baldu merah itu dengan perasaan berbaur. Bibirnya digetap perlahan. Rasa mahu pecah dada ini sekarang. Serta merta mindanya melayang teringat sang sahabat.
Hafiz.. Apa yang patut aku buat ? Jiwanya merintih.
YOU ARE READING
Selamanya Cinta
RomanceIman Najia - Jiwanya mahu bebas seperti burung. Tiada batasan. Tiada yang mustahil. Impulsive and carefree. Tiada yang bisa mengerti. Kecuali dia. Hafiz Fakhri - Dia merentas benua mahu mencari si dia pelengkap jiwa. Bila sudah ketemu, kenapa hatiny...