Sendirian

535 5 0
                                    

Dunia ini amat ganjil
Sebelum semua manusia lesap
Ia berbunyi seperti bom yang meletup
Namun kini, suara manusia bercakap
Pun tidak kedengaran.

Hanya kita berdua insan bisu
Tak tahu apa yang mahu diungkapkan
Dunia kelihatan sungguh sayu
Di dunia ini, kita sendirian.

Gitar dipetik dengan jari-jemari lembut
Hendak menyanyi, suara tidak keluar
Menyedut banyak udara
Namun tidak kedengaran suara.

Kadang-kadang
Biarlah sesekali dunia bergema
Dengan bunyi ketawa anak-anak pun jadilah
Kerana bagiku, kini dunia
Terlampau sunyi, dipenuhi sepi
Baruku sedar, kita sendirian.

Kata-Kata DeepWhere stories live. Discover now