Me,You&ISLAM (78)

25 7 0
                                    

🌷 Untuk kamu wahai wanita 🌷
🌸 Wanita solehah. Siapakah mereka?Ada tak ciri-ciri tersebut dalam diri kamu?
.
1- Wanita solehah 🌸 dirinya susah nak dikenali malah ada yang tak dikenali.
.
2- Wanita solehah 🌸 susah dicari kerana dia tidak menonjolkan diri.
.
3- Wanita solehah 🌸 auratnya dan kehormatan dirinya terpelihara kerana dia tahu diri dia hanyalah untuk suaminya.
.
4- Wanita solehah 🌸 jalannya diam, tak berbunyi. Datang dan pergi seperti angin yang bertiup.
.
5- Wanita solehah 🌸 akhlaknya mulia, kerana dia sentiasa mendahulukan agamanya.
.
6- Wanita solehah 🌸 ibarat permata di celah-celah kaca. Hanya orang-orang tertentu yang dapat memetiknya.
.
7- Malunya berbalut takwa, sejuknya menenteramkan jiwa, terbingkai pada dirinya seorang solehah.
.
8- Sebelum dirinya berjumpa yang selayaknya, cintanya hanyalah untuk Yang Maha Esa. Itulah wanita solehah.
.
9- Wanita solehah 🌸 sentiasa menjaga setiap tutur kata, setiap perbuatannya kerana dia tahu, wanita itu fitnah dunia.
.
10- Wanita solehah 🌸 penemannya Allah, tempat luahannya Allah, buah hatinya Allah, segala-galanya ada Allah dalam dirinya.
.
11- Wanita solehah 🌸 tak semestinya yang berniqab / berpurdah. Kerana keimanan seseorang bukan dinilai dari pemakaiannya.
.
12- Wanita solehah 🌸 dirinya tidak menjadi rebutan para lelaki biasa. Kerana dirinya hanya untuk lelaki yang luar biasa.
.
13- Dirinya seperti pokok semalu. Bila dengan ajnabi dirinya akan menguncup malu. Durinya sebagai pertahanan. Itulah wanita solehah.
.
14- Jalannya tunduk, jalannya tak mendahului lelaki ajnabi, kakinya tak dihentak dengan kuat bila berjalan. Itulah cara wanita solehah berjalan.
.
15- Wanita solehah 🌸 tak banyak mengeluh, tak banyak bicara.
.
16- Wanita 🌸 kamu digelar penyeri dunia. Jadilah kamu penyeri pada suamimu, bukannya penyeri kepada lelaki selain suamimu.
.
17- Wanita solehah 🌸 tak akan mengaku dirinya solehah.
.
18- Ingatlah wanita 🌸 kelembutan fizikalmu bukan tandanya itu kelemahanmu. Bukan juga penghinaan dari Tuhan, tapi ia sebagai hiasan kecantikanmu.
.
19- Wanita hiasan dunia. Dan seindah hiasan itu adalah WANITA SOLEHAH.
.
20- Isteri yang solehah? Isteri solehah ibarat tongkat bagi si buta. Yang melengkapkan hidup suaminya.

Hijrah CintaWhere stories live. Discover now