Boleh Buka Hati? 💝 Baca sekejap. 👇" Alah. Bukan seriyes pun. Mesej gitu gitu ja. Tak heran pun. "
" Sama je. Mesej tak mesej pun bukan jejas hidup aku. "
" Kami tak couple. Cuma kami saling sayang menyayangi. "
" Aku sayang dia sangat. Aku nak dia jugak! Pasti. "✋ Itulah ayat mereka. Alasan satu dua tiga ribu boleh bagi. Asalkan nak bela jugak 'kuasa cinta' dia tu.
👊 Sy heran tahap nak meletup dah otak ni. Ayat ayat yang tak masuk akal bila ditanya ;
" Betul ke korang couple? "
" Tak takut dosa ke setiap hari mesej? "
" Tak fikir ke apa Allah akan balas kalau bergayut dgn lelaki/perempuan ajnabi 24/7 ? "🌹 Sebenarnya korang tahu tak hukum berCOUPLE ?
Ohh. Tahu ?!
Tapi. Tapi. Buat tak tahu ?
➡ Takpa. Biar sy bagitahu sekali lagi. Risau awak awak lupa.
Hukum COUPLE before akad nikah adalah HARAM ! 🙅 Haram hokay ❓❗ Bukan makhruh. Bukan harus. Apatah lagi sunat.
Tau dak haram tu apa ? 😰
❗HARAM tu adalah perkara yang Allah larang. Yang Allah laknat kalau terus melakukan perbuatan tu. ❗
Allah kata apa ?
Jangan apaaa ?
Jangan dekati apaaa ?Yaa ! Jangan dekati zina ! 👫
Nak ulang ? Ok boleh.
LA TAQROBU ZINA !
JANGAN DEKATI ZINA !" Hey ! kami tak buat benda tak senonoh tu hokay? "
Allah. Saudaraku sayang , zina bukan setakat hubungan seks secara haram antara girl and boy je.
Zina tu boleh dibahagi kepada zina hati. Zina mata. And so on..
Faham tak? Eleh. Tak kan la mata korang tu tak pernah usyar kekasih hati korang tu. Tambah lagi yang badan agak sado tu 💁 Muka ala korea. Tak pun ala lelaki/perempuan melayu terakhir. Rasa nak tenung sampai tembuihh jantung dia. Tudia. Astaghfirullah 🙍
Hati. Kalau kena ayat manis suwit muit sirap merah tu kompem cayaq ! Mula hegeh. Sengeh tak lekang 😬 Berangan macam macam. Tak baik tau cemtu. Takmo !🙅
🌹Sebenarnya apa yang ada dalam fikiran korang tu ? Cuba share dengan sy. Sebab sy hairan. Sanggup habiskan banyak masa untuk Mr./Mrs. Tak Halal tapi nak luang masa sikit untuk Allah pun berkira.
" Hey ! Kite solat je. Kite zikir je. Kite baca je Al-Quran. Bukannya kite tak hingat Allah langsung. "
😢 Tapi. Sikit je kan ? Solat tergesa-gesa. Al-Quran selak selak ja. Zikir tak masuk hati. Macam tu ke yang korang kata korang ingat Allah ? 😢
Syurga tu milik siapa ? 💔 Kalau milik Mr./Mrs. Tak Halal korang.. silakan. Teruskan perkara yang Allah larang tu. Sy surrender 🙋.
TAPI ❗
Tak kan ? Syurga milik Allah. Korang ingat senang nak masuk Syurga Allah yang mahal tu ? Hahh ?Yang baik baik ni pun belum tentu Syurga milik dia. Apatah lagi yang jelas langgar larangan Allah.
😔 Sy tak nak menilai korang teruk teruk sangat. Sebab sy tahu korang boleh berubah.
😌 Allah tengah tengok korang baca bebelan sy ni. Cuba korang istighfar. Fikir baik baik.
" Kalau aku teruskan dengan apa yang aku buat selama ni , agak agak Allah redha tak ? "
🌹Bila dah terjatuh dalam jurang cinta muda mudi ni , memang hakikatnya susah nak lupakan. Sy faham.
💝 Tapi. Apalah sangat bersusah payah utk melupakan lelaki/perempuan ajnabi semata mata demi raih kembali redha Ilahi. Kan ?
Sy bagi cara cara untuk melupakan :
1 👉 Istighfar banyak banyak. Ikhlas. Pejam mata. Biar menitis air mata. Kenang semua dosa yang dah dilakukan. Biar bintik hitam dalam hati hilang sedikit demi sedikit.
2 👉 Selawat. Ingat Rasulullah s.a.w . Betapa rindunya Baginda kepada kita. Di akhirat kelak , syafaat Baginda yang akan kita tagih. Jangan sampai Baginda tak mengaku kita ni umatnya. Selawat biar masuk tertusuk dalam hati. Biar sampai.
3 👉 Solat . Solat ni banyak. Solat taubat. Solat hajat. Solat tahajjud. Semua lah. Korang bangun la qiam. Dirikan solat. Ambil wudhu' dgn sempurna. Solatlah. Sujud biar lama. Minta Allah bukakan hati kita. Minta bantuan Allah. In sya Allah. Bantuan Allah tu sangat hampir.
☺ Korang cubalah buat. Yang penting ikhlas. Allah tahu korang nak Syurga. Tapi korang kenalah usaha.
🌹 Jodoh tu semua sudah ditentukan oleh Allah. Jangan risaulah. Kalau korang berhenti. mencari, Allah akan beri sesuatu yang sangat baik satu hari nanti.
🌹 Jodoh itu cerminan diri. Kalau korang jaga hati. Perbaiki diri. In sya Allah , jodoh korang juga sedang lakukan perkara yang sama.
💝 Ingat MATI. Bakal jenazah tu dah komfem kita pegang. Cuma bakal pengantin tu je la.. Belum tentu dapat kat dunia ni. Kalau ajal datang dulu? Hmm. Fikirlah.
🌹 Jangan bazirkan masa yang tersisa. Dunia ni makin nazak. Ramai yang sedang usaha gigih bangun qiam, solat siang malam untuk dapatkan Syurga Allah. Tak kan lah kita duduk diam. Bersenang lenang fikir pelamin anganku bersama kekasih hati. 😬 Rugilah kalau macam tu.
Korang berubah tau ? Ikhlas kerana Allah.
Sy pernah baca ni 👇
🌹Rumah asal kita adalah Syurga. Now, kita sedang dalam perjalanan untuk kembali ke rumah kita. Rumah kita mesti rindu kita kan? Apa yang Syurga rasa bila kita berusaha masuk rumah satu lagi yakni Neraka? Sedih tahu? 😔
Jom berubah.
Sy dah tegur. Sy nak kita masuk Syurga sama sama. In sya Allah. 💝
Minta maaf yaa . Sy sayang , sy tegur.
Hadza Min Fadhli Rabbi. 🌹
Sekian usrah hati.
😌
#peringatan tok diri sendiri
YOU ARE READING
Hijrah Cinta
De TodoYou re true Muslim? Sure? "Berani baca?" "I CABAR YOU" "Baca sampai habis" "Jangan menyesal" "If u boleh makan MCD,KFC, subway and etc untuk makanan fizikal, I@@@baaa can't u read this for your rohani?"