Selangkah demi selangkah kaki diayun penuh karisma. Senyuman menggoda tidak lekang dari bibirnya. Lenggok badannya cukup memukau pandangan kaum adam walaupun pakaiannya persis seperti penjenayah dikehendaki. Tubuhnya dibaluti dengan pakaian berwarna hitam dari atas hingga ke hujung kaki.
Langkahnya terhenti saat dirinya betul betul dihadapan balai berlepas yang tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk dilalui. Matanya melilau memandang sekeliling. Dia tersenyum.
"On the count of three, two, one..."
Derap kaki sekumpulan lelaki yang bersut lengkap jelas dipendengarannya. Derap kaki yang berlari kesana kemari menggamit senyumannya. Suka? ya, dia suka! Suka mendengar agenda begitu. Bunyi itu ibarat muzik ditelinganya. Setiap langkah, nafas, jeritan...
"Itu dia!!" Tuding seorang pemuda. Kini semua mata terarah padanya.
Jeda. Suasana KLIA2 menjadi hening seketika. Mungkin kaget mendengar jeritan lelaki itu. Wanita itu hanya diam tidak berkutik tanpa ada rasa mahu melihat ataupun menoleh. Buat apa kalau dah tahu siapa yang dimaksudkan.
KLIA2 kembali bising dengan suara suara manusia disitu. Walaupun suasana disitu teramat bising, namun pendengarannya masih dapat menangkap bunyi derap kaki lelaki lelaki tersebut yang menuju kearahnya. Berlari! ya,itu dia pasti!
Dia tersenyum sinis. "Here we go." Ujarnya.
Kacamata dipakai menutupi mata menggodanya. Kakinya kembali diayun melalui balai berlepas. Segala yang berkenaan diserahkan kepada pegawai yang bertugas. Sempat dia berikan senyuman menggodanya sebelum melalui mesin pengimbas. Kelam kabut pegawai muda itu dibuatnya. Dia ketawa kecil. Tangan didepangkan.
"Cepat! Jangan sampai dia terlepas lagi!" Arah satu suara dengan tegas. Larian mereka menjadi tumpuan manusia disitu. Mana taknya, tengah tengah hari buta pakai baju bersut bagai dengan cermin mata hitamnya lagi! Berlari sana berlari sini! dah macam bodyguard pulak! Ehh jap! boleh jadi juga! hehe..
"Here miss." Ujar pegawai muda itu lalu menyerahkan kembali barang kepunyaan wanita itu.
Tangannya lantas mengambil dan berlalu memasuki balai berlepas. Dia menoleh. Kelihatan lelaki lelaki bersut itu sudah berada dihadapannya namun langkah mereka terhalang disebabkan pegawai muda tersebut. Lelaki itu merengus. Matanya tajam menikam wanita itu.
Wanita itu tersenyum lagi. "Selamat tinggal dunia, selamat tinggal mama papa, selamat tinggal Mikhail....."
#sorrytakbest
#vote&comment
YOU ARE READING
[SLOW UPDATES] PERSONALITY
Non-FictionSudah tertulis di Luh Mahfuz, mereka akan berkenalan. Akhirnya,takdir telah menemukan dua insan yang lemah di muka bumi ini sebagai dua manusia yang berbeza akal dan fikiran. Seorang begitu,seorang begini. Mereka dipertemukan atas dasar rela tak rel...