BAB 2

62 8 4
                                    

"Shit!! kau orang ni buat kerja macam mana hah?! aku dah kata awasi perempuan tu betul betul! jangan sampai terlepas! kau orang ni tak faham bahasa ke? nak aku cakap macam mana lagi?! Argh!"

Habis fail fail berterabur akibat ditolak jatuh dari meja. Dia merengus geram. kaki kerusi disepaknya. Meja dihadapan ditolak kuat. hampir saja meja itu terbalik gara gara menjadi mangsa kemarahan lelaki itu.

"Kau!" Matanya mencerlung memandang pekerjanya.

Umar melangkah setapak kehadapan. "Kami minta maaf encik Megat. kami betul betul minta maaf. kami pun tak sangka cik Kirana boleh terlepas sedangkan kami perhatikan cik Kirana dari minggu lepas,cuma.."

"Cuma apa?!"Keras suara Megat Mikhail. dadanya berombak menahan kemarahan. matanya mencerlung menikam wajah Umar.

"Cuma pagi tadi kami gagal..maaf!" Umar hanya menunduk begitu juga dengan beberapa rakan sekerjanya.

Megat Mikhail memukul kuat meja. "Bodoh!aku dah kata dari awal lagi perhatikan perempuan tu betul betul, jangan sampai terlepas pandang! perempuan tu licik! lagi licik kalau benda tu dah hinggap dalam diri dia!" Marahnya makin membuak buak. matanya meliar memandang semua pekerja yang diambil sebagai pengawai peribadinya.

Mereka hanya menunduk. tidak berani memandang wajah bengis majikannya itu.

"Sekarang ni kau orang nak buat apa,buat lah. asalkan Kirana ada dekat depan mata aku! aku bagi masa dekat kau orang 1 bulan! ingat! 1 bulan dari sekarang! kalau tak...dengan kau kau sekali aku pancung Umar! aku tak kira kau ni orang kepercayaan aku atau tak! faham?!" Telunjuknya masih terarah pada Umar.

Umar diam. tiada gentar akan ugutan itu walaupun dia pasti benda itu akan terjadi.

"Maaf encik Megat." Celah Lily,selaku perempuan tunggal dalam kumpulan itu.

Megat Mikhail menoleh. "Ada apa Lily?"

"Maaf saya mencelah encik Megat. mengikut apa yang saya siasat, memang cik Kirana selalu larikan diri dari rumah itupun masih dalam Negara kita. Cuma sekarang ni lain dari yang lain. setahu saya cik Kirana tak berani nak ambil risiko pergi ke luar Negara kerana dia masih lagi perlukan rawatan selanjutnya. dan menurut apa yang diberitahu oleh mereka semua, berkemungkinan cik kirana bukan pergi seorang diri tapi ditemani oleh orang lain dan saya mengesyaki dalangnya adalah dari orang dalam,orang kita."

Dahinya sudah berkerut seribu cuba memahami setiap butir yang dibicarakan oleh Lily. "apa maksud kamu,Lily?" soal Megat Mikhail.

"Kami syak Hakim encik Megat. Hakim McVilder. pengawal peribadi yang encik terima dua bulan lepas." terang Lily lagi.

Hakim? Hakim McVilder? lelaki berdarah bricial inggeris yang diterima kerja dua bulan lepas? tahukah dia?

"Mana dia?"

"Dia dah hilangkan diri encik megat sejak semalam lagi dan Khalif ada bagitau saya yang dia Nampak kelibat Hakim dibalai berlepas tadi."Terang Umar pula.

"Damn! kau cari Hakim bangsat tu sampai jumpa! kalau betul dia terlibat dalam kes ni,tahulah aku nak buat apa."

"Baik encik megat!" mereka semua beredar dari bilik itu.

"Kau lupa janji kau Kirana...."

#sorrytakbest

#vote&comment

[SLOW UPDATES] PERSONALITYWhere stories live. Discover now