#Thinkpositivereader
Aku menjengah keluar dari pintu bilik air. Dilihat si dia sedang tersenyum senyum memandangku. Aku menelan air liur.
"Come dear.."
Perlahan lahan aku menapak kehadapan. Setapak demi setapak hingga aku sudah keluar dari bilik air. Kakiku kepit. Mulutku kemam. Mata meliar memandang lain. Takut memandang lelaki dihadapannya itu. Bajuku genggam penuh erat.
"Sini!!" Lelaki itu menepuk nepuk tempat disebelahnya. Katil? Ya dia duduk diatas katil. Oh god! Apa aku nak buat ni?
Aku masih kaku berdiri didepan bilik air. Tak sanggup rasanya nak melangkah kehadapan apalagi dengan pakaian yang menjolokkan mata ini.
Aku lihat lelaki itu leka memandangku atas bawah. Menjamah tubuhku yang terdedah ini. Aku menelan air liur lagi sekali.
Aku menunduk saat melihat lelaki itu menghampiriku. Oh god! Apa mamat ni nak buat kat aku? Apa semua ni?
Aku tersentak bila terasa ada tangan kasar yang mengusap bahuku. Kepala ku panggung. Aku telan air liur untuk kali ketiga. Lelaki itu sudah berada didepanku.
"Err..encik.."
"Syhh.." Jari telunjuknya hinggap dibibirku. Aku tergamam. Mataku memandang matanya. Dia kenyit mata. Oh melt!
Eh apa aku merepek ni? Pantas ku geleng laju laju.
"You look so sexy dear...." Suara itu amat menggoda. Matanya masih tak lepas memandangku.
Eh mamat ni, pandang pandang pulak! Aku gigit jari kau ni kang baru tahu! Gumamku.
"Close your eyes."
"Hah?"
"Close your eyes.." Bisiknya ditelingaku.
Entah kenapa suara itu gemersik ditelingaku. Tanpa sedar aku menutup mata mengikut arahannya. Baru beberapa saat aku menutup mata, tubuhku bagai berada diawangan. Oh god! Bumi habis graviti ke? Oh my!
Tubuhku dibaling diatas katil. Mak nenek kepala hang! Sakit gila! Tahulah badan aku ni kecik takyah nak baling baling! Marahku dalam hati.
Aku membuka mata. Terbelalak biji mataku melihat tubuh sasa itu diatasku. Aku menolak dadanya. Dia ketawa.
Eh mamat ni gelak pulak!
"Err...encik nak buat apa ni?" Tanyaku gementar. Tangan masih aktif menolak dadanya. Mataku kini tertacap pada gaun tidurku yang sudah tersingkap hingga paras peha.
"Buat apalagi? Our first night." Bisiknya menggoda. Mata tidak lepas merenungku. Eh mamat ni, aku cucuk biji mata kau kang baru tahu!
Wait? First night? Our first night? Mataku kini merenungnya kembali. Aku belum kahwin lah sengal!!!!
Wajahnya semakin dekat dengan wajahku. Dadaku berombak. Hembusan nafas jelas terasa dimukaku. Hidung kami berlaga. Automatik aku terus menutup mata. Tahu agenda selepas ini. Bibir kami hampir bercantum.
"Sabariah......" Suara itu bergema.
Aku celik lalu memandang siling begitu juga dengan lelaki itu.
"Who?"
"IDK! Forget it! Let's continue."
Aku terus menutup mataku kembali.
"Sabariah!!!"
Uikk! Macam aku kenal suara tu. Aku membuka mata kembali.
SPLASH!!
Menggelupur aku diatas katil seperti ikan. Mataku terbuka luas.
"Padan muka! Nah kau sebaldi air. Dah sakit tekak aku ni terjerit jerit kejutkan kau! Pergi bangun sekarang, subuh dah nak habis ni." Ujarnya sebelum berlalu.
Aku terpinga pinga. Kepalaku garu perlahan cuba mengingati apa yang berlaku. Akhirnya aku tersenyum sendiri.
"Saba...saba.... Macam mana lah kau boleh mimpi sampai macam tu sekali? Hehe first night ye?" Aku ketuk kepalaku sendiri. Ngee..ngee... Gatal!!
#sorrytakbest
#vote&comment
YOU ARE READING
[SLOW UPDATES] PERSONALITY
Non-FictionSudah tertulis di Luh Mahfuz, mereka akan berkenalan. Akhirnya,takdir telah menemukan dua insan yang lemah di muka bumi ini sebagai dua manusia yang berbeza akal dan fikiran. Seorang begitu,seorang begini. Mereka dipertemukan atas dasar rela tak rel...