Bab 8 -KAU?!

6.7K 179 3
                                    

"Ermm...Fiona?!" panggil lelaki itu.

"Apa? Aku nak balik!" balas Fiona dan bangun dari mencangkung membantu lelaki itu tadi.

"Saya minta maaf pasal marah awak tentang bubur hari tu.." ujar lelaki itu iaitu Asfia.

Fiona diam.

"Sayang!" panggil seseorang yang Fiona benci.

"Kau jangan panggil aku sayanglah Adam. Aku muaklah! Aku bagi warning kat kau, jangan nak dekat dengan aku kalau kau tak nak rasa penampar maut aku.." kata Fiona keras.

"Bagi saya peluang!" pinta lelaki itu.

"Peluang apa? Peluang kau nak hancurkan hati aku?! Hish, pi mampus lah dengan peluang kau tu! Mulai hari ni, aku tak nak tengok kau cuba ambil hati aku. Aku tak hingin" ujar Fiona panjang lebar bersama kegeraman melihat wajah Adam.

"Saya takkan berhenti berusaha pikat hati awak!" balas Adam tekad.

Fiona geram lalu menghampiri Adam dan menyepak kemaluan Adam dengan kuat sekali.

"Aduh!!!" erang Adam menahan sakit disepak Fiona di bahagian kemaluannya.

"Itu baru sikit! Cubalah lagi kalau berani!" Fiona terus berlalu sambil menarik Haniza yang tergamam melihat Fiona menyepak kemaluan Adam.

Asfia pula tercengang! Dengan perasaan takut dia beredar cepat dari situ meninggalkan Adam. Takut dia pulak yang kena nanti!

"Bangsat punya perempuan! Aku takkan mudah mengalah Fiona. Aku akan pastikan kau milik aku!" kata Adam geram dengan Fiona yang telah memalukannya di depan orang.

Adam terus ke keretanya dan pulang bersama kesakitan!

*******

"Cuba teka? Aku jumpa siapa tadi?" Soal Asfia kepada Marc yang leka memberi anak ikannya makan di kolam.

"Siapa?" Soalan berbalas soalan.

"Fiona " jawab Asfia.

"Perempuan tu...Kau buat apa jumpa dia?" Soal Marc biasa sahaja.

"Terserempak. Dan ada adegan panas berlaku tadi.." Ujar Asfia.

"Adegan apa? 18sx?" Soal Marc.

"Bolehlah...Fiona terajang batang sorang mamat ni tadi kat mall! Punyalah kuat dia sepak batang budak tu. Kalau aku memang menangislah!" Terang Asfia.

"Siapa lelaki tu?"

"Entah! Tapi kalau ditengokkan gayanya, dia sukakan si Fiona tu tapi Fiona tak layan. Siap kena marah lagi dengan Fiona tadi! "

"Siapa nama dia?"

"Adam tak silap akulah!" Jawab Asfia.

Marc diam.

"Aku masuk dulu. Nak solat Zohor..." Pamit Asfia.

Marc angguk.

Sungguhpun Asfia berkerja dengan Marc yang bukan islam, namun dia tetap menunaikan kewajibannya sebagai umat islam iaitu solat 5 waktu. Dia tidak akan abaikan tanggungjawabnya walaupun sibuk. Lagipun, Marc faham Asfia sebagai umat islam.

"Ade jugak rupanya jantan sukakan perempuan tomboi macam kau yer?" Soal Marc sendiri pabila mengenangkan sifat Fiona.

"Apa hebatnya kau?!"

DEGIL!Where stories live. Discover now